- Apakah pembelian talian Pascabayar tambahan?
Aplikasi MyYes kini membolehkan anda membeli akaun Pascabayar lebih dari satu dengan mudah dalam satu pesanan sahaja. Pastikan aplikasi anda dikemas kini ke versi yang terkini—Android 2.0.509 atau iOS 16.5.1 yang terkini—untuk menikmati kelebihan ini. - Bolehkah saya membeli talian tambahan (Supplementary) bersama pembelian talian Pascabayar tambahan?
Ya, anda kini boleh membeli kedua-dua talian utama dan talian tambahan hanya dengan satu pesanan. - Di manakah saya boleh membuat pembelian talian Pascabayar tambahan?
Untuk pengguna baru:
(i) Muat turun aplikasi MyYes dan klik pada ‘Baru Dengan Yes?’;
(ii) Pilih ‘Pascabayar’; dan
(iii) Tambah pelan yang anda ingin pada troli.Untuk pengguna Yes:
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes dan klik pada ‘Beli SIM’;
(ii) Pilih ‘Pascabayar’; dan
(iii) Tambah pelan yang anda ingin pada troli. - Mengapakah saya menghadapi masalah semasa proses pembelian talian Pascabayar tambahan?
Isu ini mungkin disebabkan oleh pilihan pelan yang tidak layak atau telah melebihi had maksima 15 bagi talian Pascabayar. Untuk terus dengan pembelian, sila cuba keluarkan beberapa item dari troli anda. Talian Pascabayar yang anda pilih untuk pendaftaran adalah tertakluk pada terma dan syarat, mengikut pelan yang dipilih. - Bolehkah saya memilih dua jenis Yes SIM (kad SIM atau eSIM) yang berbeza semasa pembelian talian Pascabayar tambahan?
Anda hanya boleh membeli satu jenis SIM Yes pada satu masa untuk pembelian talian Pascabayar tambahan. - Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkan talian Pascabayar tambahan SIM Yes yang dibeli?
Semua SIM akan diaktifkan bagi semua talian Pascabayar tambahan yang dibeli dengan satu pengaktifan. Anda cuma perlu ikuti langkah mudah untuk pengaktifan SIM Yes anda.Jika anda Pengguna Baru, sila ikuti langkah-langkah berikut:
(i) Muat turun aplikasi MyYes.
(ii) Pada halaman log masuk, pilih ‘Aktifkan SIM’.
(iii) Klik ‘Mula’ dan ikuti langkah pengaktifan diri pada skrin.
(iv) Setelah pengaktifan berjaya, log masuk ke akaun Perkhidmatan anda menggunakan nombor telefon anda dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC.Jika anda Pengguna Yes, sila ikuti langkah-langkah berikut:
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes.
(ii) Pergi ke Akses Pantas, pilih ‘Aktifkan SIM’ dan ikuti langkah pengaktifan diri pada skrin.
(iii) Setelah pengaktifan berjaya, log masuk ke akaun Perkhidmatan anda menggunakan nombor telefon anda dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC.Nota:
Untuk pendaftaran talian utama dan tambahan yang memilih Tukar ke Yes (MNP), nombor sementara Yes akan diberikan kepada setiap nombor MNP untuk pengaktifan. - Bolehkah saya menukar kata laluan log masuk untuk talian pacabayar tambahan lain yang telah diaktifkan?
Ya, semua talian Pascabayar tambahan lain yang telah diaktifkan adalah menggunakan kata laluan yang sama. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar kata laluan dengan mudah di bahagian Profil selepas log masuk bagi akaun tambahan yang lain. - Bagaimanakah untuk saya Tukar ke Yes bagi Pelan Keluarga dari Telco yang lain ke Yes?
Untuk Tukar ke Yes bagi Pelan Keluarga anda dari Telco yang lain ke Yes, hanya kunjungi Yes Store yang terdekat, di mana staff kami bersedia untuk membantu anda. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami di sini untuk membantu! Hubungi Yes melalui pilihan mudah
i. Berbual bersama Sofia di yes.my.
ii. Muat turun aplikasi MyYesdari Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery untuk berbual dengan Sofia bagi sokongan segera, atau hantar tiket di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon ‘YesCare’ untuk bantuan lebih lanjut.
iii. E-mel kami di yescare@yes.my untuk bantuan lebih lanjut. Kami sentiasa di sini untuk sebarang bantuan!