- Adakah saya dibenarkan untuk menukar Pelan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Prabayar Yes FT5G?
Tertakluk kepada syarat bahawa anda tidak melanggani mana-mana Pelan-pelan Yang Dikecualikan atau anda tidak terikat di bawah apa-apa kontrak, anda adalah dibenarkan untuk menukar mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar anda yang sedia ada kepada yang berikut:-
(a) Pelan Perkhidmatan Pascabayar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G; dan
(b) Perkhidmatan Prabayar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. - Apakah Pelan-pelan Yang Dikecualikan?
Ia adalah:-
(a) Yes 4G Broadband Bundle Service Plans;
(b) Fixed Wireless Internet Service; dan
(c) Kasi Up Family Plan
(selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai “Pelan-pelan Yang Dikecualikan”). - Bagaimanakah saya boleh menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Anda boleh berbuat demikian melalui mana-mana suatu saluran yang dinyatakan di bawah ini:-
(a) Yes Store
(b) Pengedar Sah Yes atau
(c) Aplikasi MyYes
(d) Hantar e-mel kepada kami di yescare@yes.my - Bolehkah saya terus menggunakan Kad SIM saya yang sedia ada setelah saya berjaya bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Tidak, Kad SIM anda yang sedia ada adalah tidak sesuai untuk digunakan dengan Pelan Perkhidmatan Pelan Pascabayar Power 35 dan Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Oleh itu, setelah anda memilih untuk bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G, kami akan menghantarkan Kad SIM yang baru kepada alamat penghantaran anda. Anda adalah dikehendaki untuk mengaktifkan Kad SIM baru tersebut sebelum anda boleh menikmati tawaran perkhidmatan yang disediakan di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Sila rujuk kepada Terma dan Syarat Kempen Yes First to 5G untuk butiran lanjut berkenaan dengan pengaktifan Kad SIM anda di www.yes.my/docs/tnc/. - Bagaimanakah saya akan mengetahui samada Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Prabayar saya yang sedia ada ini telah berjaya ditukar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Anda akan menerima notifikasi samada melalui e-mel atau SMS setelah pertukaran pelan anda berjaya. - Bagaimanakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM?
Sila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini jika penuakaran pelan melalui aplikasi MyYes:-
1. Log masuk ke aplikasi MyYes
2. Klik “Aktifkan SIM” di bawah Akses Pantas dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin.
3. Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda akan di log masuk secara automatik ke aplikasi akaun perkhidmatan anda. - Sekiranya terdapat sebarang data internet yang tidak digunakan di dalam Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada, adakah data internet yang tidak digunakan tersebut boleh dipindahkan ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Tidak, anda tidak boleh membawa ke hadapan sebarang baki data internet yang tidak digunakan dari Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar anda yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Ini bermakna, sebarang data internet di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar yang tidak digunakan akan terbatal setelah pertukaran pelan anda berjaya. - Sekiranya saya terikat di bawah kontrak dan saya masih di dalam tempoh kontrak, adakah saya dibenarkan untuk menukar pelan perkhidmatan saya yang sedia ada?
Tidak, anda tidak dibenarkan untuk menukarkan pelan perkhidmatan anda sekiranya masih di dalam kontrak. - Sekiranya saya telah menjelaskan fi komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada di dalam suatu bulan calendar tertentu, adakah fi komitmen sedemikian akan diprorata sekiranya saya bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35?
Fi komitmen yang telah dibayar di dalam suatu bulan calendar akan dipuratakan dan ditolak daripada bil yang dikeluarkan di dalam bulan yang berikutan selepas bulan di mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 telah berjaya ditukarkan.
Sebagai contoh:-
• Pelanggan telah membayar fi komitmen untuk bulan Januari 2022 seperti yang dinyatakan di dalam bil yang dikeluarkan pada bulan Januari 2022 di bawah suatu Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada pada 2/1/2022;
• Pelanggan telah meminta untuk menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pelan Pascabayar Power 35 pada 5/1/2022; atau
• Pelanggan telah mengaktifkan Kad SIM yang diterima pada 8/1/2022,
di dalam keadaan sedemikian, fi komitmen untuk bulan Januari 2022 yang dibayar pada 2/1/2022 akan diproratakan dan ditolak daripada fi komitmen pada bulan Februari 2022 dan butiran akan dimasukkan ke dalam bil yang dikeluarkan pada bulan Februari 2022. - Adakah akan terdapat sebarang perubahan kepada had kredit sekiranya saya menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35?
Ya, akan ada perubahan terhadap had kredit yang dinikmati oleh anda sekiranya anda bertukar daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar anda yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pelan Pascabayar Power 35. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan maklumat had kredit, sila:
(a) muat turun dan Log Masuk ke aplikasi MyYes;
(b) Klik pada tab “profil”; dan
(c) klik pada tab”Akaun”. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan sekiranya saya menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35?
Ya, caj akan dikenakan sekiranya anda bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35. Caj adalah bergantung kepada jenis kadar tawaran di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 yang dilanggan oleh anda. Anda boleh merujuk kepada www.yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah terdapat sebarang caj yang akan dikenakan sekiranya saya menukar Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Ya, caj akan dikenakan sekiranya anda bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Anda boleh merujuk kepada www.yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menggunakan sebarang baki yang masih ada di dalam Yes Credit dan menggunakan baki tersebut untuk menolak caj yang terpakai dikenakan semasa pertukaran kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Tidak, anda tidak boleh menggunakan baki yang masih ada di dalam Yes Credit bagi akaun sedia anda untuk digunakan ke atas caj yang dikenakan bagi pertukaran Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. - Apakah yang akan berlaku kepada jumlah baki yang masih ada di dalam Yes Credit setelah saya pertukaran Pelan Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35?
Sebarang baki Yes Kredit akan dipindahkan ke dalam akaun perkhidmatan pascabayar anda di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 dan akan digunakan terhadap pembayaran fi komitmen pada bulan yang berikut selepas bulan kalendar di mana pertukaran pelan anda berjaya dilakukan. Butiran berkenaan dengan pengunaan Yes Kredit terhadap pembayaran fi komitmen akan dinyatakan di dalam bil berikutnya selepas pertukaran pelan berjaya. - Apakah yang akan berlaku kepada jumlah baki yang terkandung di dalam Yes Kredit setelah saya bertukar Pelan Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Sebarang baki Yes Kredit akan dipindahkan ke dalam akaun perkhidmatan Prabayar baru anda di bawah Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. - Bolehkah saya membayar fi komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes FT5G secara Auto Billing?
Sekiranya anda ingin membayar fi komitmen Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G secara Auto Billing, anda dikehendaki memilih Auto Billing melalui MyYes app dan mengikuti langkah-langkah yang yang disediakan. Sebagai penjelasan, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih pembayaran fi komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan sedia ada anda secara Auto Billing, selepas pertukaran pelan kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Power 35 servis ini akan tamat secara automatik dan anda perlu melakukan kembali penolakan bil secara automatik (Auto Billing). - Bagaimana sekiranya saya mempunyai sebarang Soalan lanjut yang tiada di dalam soalan lazim ini?
Anda boleh merujuk pada laman web kami untuk maklumat yang lebih lanjut atau menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Secara alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes app dari Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery dan berhubung bersama pegawai advokasi (YesCare) kami.