- Dimanakah saya boleh memohon untuk tukar ke Yes?
Permohonan untuk bertukar ke talian Yes boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MyYes. Sekiranya anda adalah pelanggan baru Yes, anda boleh memilih daripada pelbagai pelan Yes yang sedia ada. Setelah menerima SIM Yes, sila muat turun aplikasi MyYes untuk pengaktifan dan pengesahan sebelum bertukar ke nombor sedia ada anda. Anda boleh bertukar ke nombor sedia ada semasa proses pengaktifan atau pada bila-bila masa sahaja.
Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada Yes,
i. Rujuk “Akses Pantas”, pilih “Tukar ke Yes” dan masukkan “Nombor Pertukaran”.
ii. Anda akan menerima SMS pengesahan dari telco berkenaan. Balas SMS tersebut untuk mengesahkan pertukaran talian.
Sebagai pilihan, anda juga boleh ke Yes Stores, Kiosk Yes atau Rakan Niaga Yes yang terdekat untuk memohon pertukaran talian ke Yes. - Apakah yang harus saya lakukan atau semak sebelum menghantar permohonan untuk pertukaran talian ke Yes?
Untuk proses pertukaran yang lancar ke rangkaian Yes, sila pastikan dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda bahawa:
1. Akaun anda adalah aktif;
2. Tiada bil tertunggak/ belum dijelaskan
3. Tiada obligasi kontrak tertunggak;
4. Talian tambahan mesti ditukar bersama-sama Nombor Utama.
Jika perlu, anda mungkin ingin menyimpan semua nombor kenalan anda daripada kad SIM yang sedia ada sebelum pertukaran talian ke Yes. - Bagaimanakah cara untuk mengetahui status pertukaran talian saya ke Yes?
Anda akan menerima notifikasi SMS daripada pembekal penyedia perkhidmatan semasa anda [setelah berjaya bertukar ke Yes]. - Bagaimanakah cara untuk menyemak status pertukaran talian saya secara online?
Anda boleh menyemak status pertukaran anda melalui aplikasi MyYes. Tekan ikon “Switch to Yes” dan klik “Check Status”. - Mengapakah saya tidak dapat menyemak status permintaan pertukaran talian ke Yes melalui aplikasi MyYes?
Pertukaran talian ke Yes yang dilakukan melalui Yes Stores atau Rakan Niaga Yes, pelanggan akan dimaklumkan mengenai status pertukaran melalui notifikasi SMS. Sebagai alternatif, anda boleh menyemak status melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya akan menghadapi gangguan perkhidmatan semasa proses pertukaran talian ke Yes?
Anda tidak akan menghadapi sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses pertukaran talian ke Yes. Namun begitu, jika anda ingin ke luar negara semasa proses pertukaran talian, anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk mengetahui sama ada akan berlaku sebarang gangguan untuk perkhidmatan perayauan. Tiada gangguan perkhidmatan daripada pihak Yes. - Bolehkah saya membatalkan permohonan saya untuk pertukaran talian?
Anda masih boleh membatalkan permohonan untuk beralih jika permintaan itu sedang diproses. Setelah pertukaran talian adalah berjaya, anda tidak boleh membatalkan permohonan tersebut.
Sila ambil perhatian: Sebarang permintaan dan bayaran yang telah dibuat bagi prtukaran talian ke Yes (MNP) tidak akan dikembalikan. - Adakah saya perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa saya sebelum pertukaran talian ke Yes?
Tidak, anda tidak perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa anda. Perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa akan dihentikan secara automatik setelah anda berjaya bertukar ke Yes. - Jika anda bukan pelanggan Yes, adakah anda akan terima kad SIM baru setelah pertukaran talian ke Yes?
Ya, kami akan menyediakan Kad SIM yang baru apabila anda bertukar ke Yes. - Bolehkah saya mula menggunakan kad SIM serta-merta selepas saya mendapat kad SIM daripada Yes?
Hanya untuk permintaan pertukaran talian yang dilakukan melalui Yes Stores atau Rakan Niaga Yes di bawah pelan SIM Pascabayar sahaja, pelanggan boleh mula menggunakan dan menikmati perkhidmatan Yes selepas permintaan pertukaran talian ke Yes (MNP) adalah berjaya. - Bolehkah nombor saya bertukar talian tanpa kebenaran saya?
Tidak boleh. Peralihan nombor tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. Yes mesti mengesahkan permohonan dan dokumen sokongan pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses pertukaran talian ke Yes. - Bagaimanakah jika salah satu pemegang talian tambahan saya tidak mahu bertukar ke Yes?
Sebagai pemegang akaun utama, anda perlu mengunjungi penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk menamatkan talian tambahan yang ada di bawah nombor utama. Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun yang utama. Setelah proses ini selesai, maka anda sebagai pemegang akaun utama boleh betukar ke Yes. - Bolehkah saya menukar nombor saya kepada penyedia perkhidmatan yang lain lebih daripada satu kali?
Ya, tetapi anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan pertukaran talian (MNP) pada waktu masa yang sama ke penyedia perkhidmatan mudah alih yang berbeza. - Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk bertukar ke Yes?
Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 1 atau 2 hari bekerja untuk peralihan talian individu. - Adakah terdapat sebarang pembayaran bagi pertukaran talian ke Yes?
Permohonan untuk pertukaran talian ke Yes adalah percuma. Namun begitu, anda perlu membayar fi komitmen Pelan Perkhidmatan berdasarkan kepada pelan yang anda pilih. (Jika ada atau diperlukan semasa pendaftaran). *Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah yang akan berlaku dengan penggunaan yang belum dibilkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa, sementara menunggu untuk pertukaran talian ke Yes?
Anda perlu membuat pembayaran kepada penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk penggunaan yang belum dibilkan apabila menerima invois, walaupun anda telah berjaya bertukar ke Yes. Jika tidak, anda akan disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa kerana tidak menjelaskan bil tertunggak anda. - Jika saya telah mendaftar untuk pakej bundle Yes melalui aplikasi MyYes atau Kedai Atas Talian (Yes Online Store), saya telah pun mengaktifkan SIM dan meminta untuk pertikaran talian ke Yes melalui aplikasi MyYes . Apakah yang akan berlaku kepada kontrak saya di bawah pakej bundel jika permintaan pertukaran talian ke Yes gagal?
Jika permintaan pertukaran masuk anda masih tidak berjaya, untuk Pakej Bundel Yes, anda akan diberikan nombor semnetara Yes selepas mengaktifkan SIM Yes. Anda boleh terus menggunakan nombor sementara Yes sebagai nombor tetap anda atau menamatkan pelan anda. Jika anda ingin menamatkan perkhidmatan akaun Yes, anda akan dikenakan, yuran penamatan awal seperti yang dinyatakan dalam kontrak pakej anda dan sebarang pembayaran yang dibuat semasa pendaftaran pelan tidak boleh dibatalkan dan tidak akan dikembalikan. - Apakah yang berlaku jika saya meminta untuk pertukaran talian ke Yes semasa pendaftaran SIM Pascabayar/Prabayar dengan Pelan sahaja melalui aplikasiMyYes atau Kedai Atas Talian (Yes Online Store) dan permintaan itu tidak berjaya?
Jika permintaan pertukaran talian ke Yes anda tidak berjaya, SIM Yes akan ditamatkan dalam masa 30 hari dan sebarang pembayaran yang telah dibuat semasa pendaftaran pelan tidak akan dikembalikan.
- Saya telah mendaftar untuk pelan SIM Prabayar/Pascabayar melalui Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. Apakah yang akan berlaku kepada pelan saya sekiranya pemohonan saya tidak berjaya?
Anda boleh menghantarkan semula permohonan anda dan adalah dinasihatkan untuk menghantar semula permintaan anda dalam masa 30 hari bagi mengelakkan penamatan kad SIM anda. - Siapakah yang boleh saya hubungi jika permintaan pertukaran ke Yes tidak berjaya?
Anda boleh menghantarkan semula permohonan anda melalui saluran yang telah anda lakukan sebelum ini di Yes Stores, Rakan Niaga Yes, aplikasi MyYes atau secara alternatif e-mel kami di yescare@yes.my untuk bantuan yang lebih lanjut. - Bolehkah saya membuat pertukaran talian keluar dari Yes setelah saya memohon untuk penamatan akaun Yes saya?
Setelah anda memohon untuk penamatan perkhidmatan Yes, akaun Yes anda akan menjadi tidak aktif semasa proses penamatan dan anda tidak lagi boleh menukarkan nombor anda ke penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain.
.