- Apakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber?
Pelan ini menawarkan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 300Mbps untuk memperkasakan rumah dan perniagaan anda. Pelan ini datang bersama Wayarles WiFi6 dan Modem dengan kontrak 24 bulan. Untuk maklumat berkenaan tawaran perkhidmatan, sila rujuk di bawah;Nama Pelan Yes Fibre 300Mbps Yes Fibre Biz 300Mbps Yes Fibre 300Mbps F Data Pelan & Kelajuan Data: Tanpa Had
Kelajuan: 300MbpsData: Tanpa Had
Kelajuan: 300MbpsData: Tanpa Had
Kelajuan: 300MbpsPeranti GPON Modem (PERCUMA (RRP RM250)) +
WIFI6 Wireless Router (PERCUMA (RRPRM150))Komitmen Bulanan RM139 RM189 RM139 Komitmen Bulanan (Harga Diskaun) RM139RM35
(RM37.10 termasuk SST)
(untuk kontrak 24 bulan
dari tarikh pengaktifan)
RM189RM50
(RM53.00 termasuk SST)
(untuk kontrak 24 bulan
dari tarikh pengaktifan)RM139 Kontrak 24 months 24 months 24 months Pembayaran Pendahuluan Pelan N/A N/A RM139
(RM147.34 termasuk SST)Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) RM0 RM0 RM139
(RM147.34 termasuk SST)Deposit Warga Asing N/A N/A RM250 Yuran Pemasangan RM250PERCUMARM250PERCUMARM250PERCUMAWaranti Peranti 24 months
(from account activation)24 months
(from account activation)24 months
(from account activation)Hadiah Percuma
(Sementara Stok Masih Ada)(i) PERCUMA 1 x Telefon Pintar (RRP RM399)(ii) PERCUMA 1 x Kad SIM Pelan Prabayar Yes FT5G Discover (RRPRM15)(i) PERCUMA 1 x Telefon Pintar (RRP RM399)(ii) PERCUMA 1 x Kad SIM Pelan Prabayar Yes FT5G Discover (RRPRM15)(i) PERCUMA 1 x Telefon Pintar (RRP RM399)(ii) PERCUMA 1 x Kad SIM Pelan Prabayar Yes FT5G Discover (RRPRM15)Kelayakan Untuk warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah Untuk warganegara Malaysia dengan ID BRN bagi setiap pengaktifan Untuk warga asing dengan Pasport yang sah - Apakah kelayakan untuk mendaftar bagi Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber?
Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber?
Terdapat deposit sebanyak RM250. - Di manakah saya boleh mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber?
Anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber melalui Rakan Niaga Yes di Sabah. - Bolehkah saya mendaftar untuk lebih daripada satu (1) Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber?
Anda boleh melanggan satu Pelan Perkhidmatan Fiber Yes dengan syarat anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih dari lima belas (15) Pelan Perkhidmatan Pascabayar yang berdaftar dengan Yes. - Adakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber disertakan dengan perkhidmatan suara atau SMS?
Pelan ini tidak menyokong panggilan dan SMS. Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber adalah untuk penggunaan data sahaja. - Bagaimanakah cara saya menyemak penggunaan data saya atau membuat pembayaran bil untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber saya?
Anda boleh menyemak penggunaan anda atau membuat pembayaran melalui aplikasi MyYes atau merujuk pada Kaedah Pembayaran Yes untuk maklumat lanjut. - Bagaimanakah cara saya menuntut waranti jika peranti Yes Fiber yang saya beli rosak?
Anda boleh hubungi Rakan Niaga Yes di Sabah atau YesCare di yescare@yes.my untuk bantuan yang lebih lanjut. - Berapa ramai pengguna boleh menyambung ke peranti Yes Fiber pada satu masa?
Peranti Yes Fiber boleh disambung sehingga 32 peranti. - Adakah peranti Yes Fiber menyokong CCTV?
Peranti Yes Fiber menyokong CCTV IP berasaskan awan (cloud-based IP CCTV). - Adakah bayaran penalti akan dikenakan jika saya menamatkan langganan saya dalam tempoh kontrak?
Jika anda menamatkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Fiber semasa Tempoh Kontrak, anda akan tertakluk pada Caj Penamatan Awal (“ETC”). - Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan SIM Pelan Prabayar Yes FT5G Discover?
Untuk mengaktifkan Kad SIM 5G anda:Jika anda Pengguna Baru, sila ikuti langkah berikut:
(i) Muat turun aplikasi MyYes
(ii) Pada halaman log masuk, klik “Pengguna Baru”
(iii) Klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah pengaktifan diri pada skrin
(iv) Setelah pengaktifan anda berjaya, anda kini boleh log masuk ke akaun Perkhidmatan anda dengan menggunakan nombor telefon Yes dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC jika anda tidak dapat mencari kata laluan anda.Jika anda Pengguna Yes, sila ikuti langkah berikut:
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes
(ii) Pergi ke Akses Pantas, klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah pengaktifan diri pada skrin
(iii) Setelah pengaktifan anda berjaya, anda kini boleh log masuk ke akaun Perkhidmatan anda menggunakan nombor telefon Yes dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC jika anda tidak dapat mencari kata laluan anda. - Apakah pelan SIM Pelan Prabayar Yes FT5G Discover saya?
Pelan Prabayar Yes FT5G Discover datang bersama data percuma 10GB dengan tempoh sah 30 hari dari tarikh pengaktifan SIM, sebarang data mudah alih yang tidak digunakan selepas tempoh tarikh sah tidak lagi boleh digunakan. - Apakah yang berlaku jika akaun Pelan Prabayar Yes FT5G Discover menjadi tidak aktif?
Anda masih dapat menerima panggilan & SMS dan membuat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membuat sebarang panggilan, menghantar SMS atau melayari internet. Sila beli tambah nilai semula atau Data tambahan melalui aplikasi MyYes, untuk terus menggunakan perkhidmatan Yes. - Adakah sebarang caj akan dikenakan apabila saya menghubungi nombor mudah alih Yes yang lain?
Tiada caj akan dikenakan untuk panggilan domestik dari nombor mudah alih Yes ke nombor mudah alih Yes yang lain. Bagaimanapun, caj akan dikenakan ke atas semua panggilan antarabangsa dan SMS mengikut kadar panggilan suara dan SMS yang terdapat di yes.my/roaming. - Adakah sebarang caj akan dikenakan apabila saya menghubungi rangkaian lain?
Ya, kadar standard akan dikenakan. Sila rujuk jadual di bawah:-Jenis Servis di luar rangkaian Yes Kadar (RM) Caj (dalam saat) Panggilan Suara RM 0.09/minit 30 SMS RM 0.09/SMS – - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.