- Apakah eSIM Yes?
eSIM Yes merupakan SIM digital yang membolehkan anda mengaktifkan pelan mudah alih Yes tanpa penggunaan kad SIM fizikal untuk berhubung ke rangkaian Yes (untuk panggilan, SMS dan penggunaan data). Dengan eSIM Yes, anda boleh mendapatkan pelan mudah alih baru dan/atau memindahkan pelan mudah alih Yes sedia ada dari satu telefon ke telefon lain dengan cepat dan mudah, pengaktifan eSIM Yes pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. - Di manakah saya boleh mendapatkan eSIM Yes?
Anda boleh mendapatkan pelan ini melalui laman web Yes (yes.my), aplikasi MyYes, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. - Adakah terdapat sebarang pembayaran untuk mendapatkan eSIM Yes?
Tiada caj pada eSIM Yes untuk pelanggan baru dan Port in (MNP) yang baru. Bagi penggantian eSIM Yes, caj penggantian SIM akan dikenakan. - Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan eSIM Yes?
Anda boleh mengaktifkan eSIM Yes anda dengan menggunakan aplikasi MyYes. Sila ikuti langkah-lagkah pengaktifan pada skrin. - Adakah saya perlu mendaftar ke n mana-mana pelan mudah alih Yes untuk menggunakan eSIM Yes?
Ya, anda boleh mendaftar untuk pelan mudah alih Prabayar atau Pascabayar Yes dan menggunakan eSIM Yes, pastikan peranti anda disokong untuk penggunaan eSIM.
eSIM Yes adalah tidak disokong bagi penggunaan peranti jalur lebar. - Mengapakah saya perlu memasang profil eSIM Yes pada peranti saya?
Profil eSIM Yes membolehkan peranti pelanggan yang disokong eSIM Yes untuk berhubung ke rangkaian Yes dan menikmati perkhidmatan servis Yes. - Apakah peranti yang disokong oleh eSIM Yes?
Untuk menggunakan eSIM Yes, anda perlu mempunyai peranti yang disokong oleh eSIM Yes. Sila rujuk peranti yang disokong eSIM Yes untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Bolehkah saya menukarkan kad SIM fizikal saya yang sedia ada kepada eSIM Yes, dan sebaliknya?
Ya boleh. Caj penggantian SIM akan dikenakan. - Apakah yang akan berlaku kepada pelan mudah alih Yes jika saya memadam profil eSIM Yes?
Jika anda memadam profil eSIM Yes anda, pelan mudah alih Yes anda adalah masih sah dan tidak terjejas. Untuk terus menggunakan rangkaian dan perkhidmatan Yes, sila memasang semula profil eSIM Yes melalui aplikasi MyYes. - Apakah yang perlu saya lakukan jika peranti saya yang diaktifkan dengan eSIM Yes telah hilang atau dicuri?
Anda perlu membuat laporan polis dan e-mel ke yescare@yes.my dan meminta penggantungan sementara talian mudah alih bagi mengelakkan penggunaan pihak ketiga yang tidak dibenarkan. Sebaik sahaja anda telah mempunyai peranti baru yang disokong eSIM Yes, anda boleh meminta untuk penggantian eSIM Yes. - Apakah yang perlu saya lakukan jika profil eSIM Yes saya gagal dipasang?
Sila pastikan peranti anda mempunyai sambungan internet sepanjang proses pemasangan profile SIM Yes. Anda boleh cuba memasang semula profil eSIM Yes melalui aplikasi MyYes. Sila pastikan juga bahawa akaun anda dalam status aktif (tidak digantung atau disekat). - Bolehkah saya menukar profil eSIM Yes saya kepada peranti lain yang disokong eSIM Yes?
Ya, anda perlu memadamkan profil eSIM Yes anda daripada peranti semasa dan memasang semula profil eSIM Yes ke dalam peranti baru yang disokong eSIM Yes. Kebanyakan peranti hanya menyokong satu (1) profil eSIM Yes yang aktif pada satu masa. - Saya adalah pengguna iPhone. Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan ciri pemindahan pantas profil eSIM pada iOS 18 dan ke atas?
Pada masa ini, ciri ini tidak disokong oleh Yes. Namun, jangan risau! Anda boleh mengikuti langkah di bawah untuk memindahkan profil Yes eSIM anda ke peranti baru menggunakan aplikasi MyYes.Langkah-langkah untuk Memindahkan Profil Yes eSIM Anda ke Peranti Baru:
i. Padamkan Profil eSIM daripada peranti semasa anda melalui tetapan peranti.
ii. Muat turun Aplikasi MyYes pada peranti baru.
iii. Buka aplikasi MyYes dan log masuk ke akaun anda pada peranti baru.
iv. Pada skrin utama MyYes, cari butang pasang eSIM.
v. Klik pada Butang ‘Pasang’ untuk memulakan proses pemasangan eSIM ke dalam peranti baharu anda.
vi. Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan proses pemasangan eSIM.
vii. Setelah eSIM dipasang, mula menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Yes 5G. - Bolehkah saya memasang profil eSIM Yes yang sama pada berbilang peranti?
Tidak, anda tidak boleh memasang profil eSIM Yes yang sama pada berbilang peranti. Kebanyakan peranti hanya menyokong satu (1) profil eSIM Yes yang aktif pada satu masa. - Saya telah memadam profil eSIM Yes saya secara tidak sengaja/penetapan semula telefon saya. Bolehkah saya memasang semula profil eSIM Yes saya?
Ya, anda boleh memasang profil eSIM Yes anda sekali lagi melalui aplikasi MyYes. - Saya secara tidak sengaja memadamkan profil eSIM Yes saya. Adakah akan menjejaskan talian peribadi atau tambahan saya yang berdaftar di bawah saya?
Tidak, ini tidak akan menjejaskan talian peribadi atau tambahan anda. Anda hanya perlu memasang semula profil eSIM Yes anda dalam mana-mana peranti yang disokong eSIM. - Apakah yang perlu saya lakukan dengan dengan eSIM Yes, jika saya ingin menjual atau menukarkan peranti saya?
Anda harus memadamkan profil eSIM Yes dari peranti. Jika tidak dipadamkan, sebarang penggunaan pada masa hadapan pada peranti lama akan di bil ke akaun anda. - Bolehkah saya menambahkan profil eSIM yang lain ke dalam peranti yang disokong eSIM Yes?
Pemasangan bagi penambahan profil eSIM boleh dipasang ke dalam peranti yang disokong. Walau bagaimanapun, kebanyakan peranti hanya menyokong satu (1) profil eSIM Yes yang aktif pada satu masa. - Saya tidak menerima sebarang e-mel bagi kod bar untuk pengaktifan eSIM Yes, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh menghubungi YesCare melalui e-mel yescare@yes.my. - Adakah perkhidmatan pelan mudah alih Yes saya akan terganggu selepas pemasangan profil eSIM?
Tidak, tiada sebarang gangguan pada perkhidmatan pelan mudah alih Yes anda. - Bolehkah eSIM Yes digunakan untuk perayauan atau IDD?
Ya, eSIM Yes boleh digunakan untuk perayauan atau IDD. Sila layari yes.my/roaming/ untuk maklumat lanjut. - Adakah kenalan yang disimpan pada SIM fizikal saya akan dipindahkan ke eSIM Yes saya apabila saya bertukar dari SIM fizikal?
Tidak, anda perlu memindahkan kenalan telefon anda ke peranti anda sebelum bertukar ke eSIM Yes. - Adakah eSIM Yes mempunyai nombor mudah alih yang sah?
Ya, anda akan diberikan nombor mudah alih Yes bagie SIM Yes. - Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mengaktifkan eSIM Yes?
eSIM Yes sendiri adalah tidak terikat dengan kontrak. Walau bagaimanapun, kontrak adalah bergantung pada pelan mudah alih Yes yang dilanggan oleh anda. - Bolehkah talian tambahan saya menggunakan eSIM Yes?
Ya boleh, hanya pastikan talian tambahan anda menggunakan peranti yang disokong eSIM Yes. - Adakah saya memerlukan sambungan internet untuk mengaktifkan eSIM Yes saya dan memasang profil eSIM Yes?
Ya, anda memerlukan sambungan internet bagi proses pengaktifan dan pemasangan profil eSIM Yes. - Adakah penggunaan eSIM Yes menjejaskan kelajuan internet?
Penggunaan eSIM Yes tidak akan menjejaskan kelajuan internet anda. - Bolehkah saya menukar pelan mudah alih saya daripada SIM fizikal ke eSIM? Adakah terdapat sebarang kos untuk penukaran SIM? Dan, berapa lamakah untuk proses pertukaran SIM?
Ya, anda boleh menukarkan SIM fizikal Yes ke eSIM Yes. Anda boleh berbuat demikian melalui aplikasi MyYes, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes dengan memilih penggantian SIM. Caj penggantian SIM akan dikenakan. - Adakah eSIM Yes menjadikan bateri peranti anda habis dengan cepat?
Tidak, eSIM Yes tidak akan membuatkan bateri peranti anda habis dengan cepat. - Peranti saya bukan peranti yang disokong eSIM dan saya telah membeli eSIM Yes. Apakah yang patut saya lakukan?
Anda boleh melakukan penggantian SIM, tukarkan eSIM Yes ke SIM fizikal. Caj penggantian SIM akan dikenakan. - Saya telah berjaya memasang peranti profil eSIM Yes tetapi masih tidak dapat berhubung ke rangkaian Yes, apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan kawasan anda adalah di bawah liputan Yes 5G/4G dan tetapan bagi eSIM Yes diaktifkan pada telefon anda. Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi YesCare melalui e-mel yescare@yes.my.