- Apa itu Program Internet PERCUMA Enam (6) bulan Pascabayar Kasi Up?
Program Internet PERCUMA Enam (6) bulan Pascabayar Kasi Up (“Program Internet PERCUMA”) yang ditawarkan dalam jangka masa terhad, adalah sebuah program yang dilancarkan oleh YTL Communications Sdn Bhd (“YTLC”). Program Internet PERCUMA ini memberi pelepasan selama enam (6) bulan kepada pelanggan yang layak untuk meringankan beban kewangan mereka semasa wabak COVID-19. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran dalam Tempoh Internet PERCUMA?
Tiada bayaran yang akan dikenakan selain deposit RM49, yang akan dikembalikan kepada anda setelah akaun anda tamat. Bil anda sememangnya PERCUMA selama enam (6) bulan. - Bolehkah saya memilih untuk tidak menyertai Program Internet PERCUMA?
Program Internet PERCUMA hanya terpakai untuk Kasi Up Postpaid 49 dengan Pelan Perkhidmatan Pascabayar berstatus kontrak. Sekiranya anda memilih untuk tidak menyertai Program Internet PERCUMA, anda boleh melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar tanpa kontrak yang lain. - Bolehkah saya mendaftar beberapa Pelan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak)?
Ya, anda boleh mendaftar untuk beberapa Pelan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak) dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada lima belas (15) Pelan Perkhidmatan Pascabayar dengan kami. - Bolehkah saya menaik taraf atau menukar pelan sedia ada dalam Tempoh Kontrak Pelan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak)?
Maaf, sebarang pertukaran atau naik taraf pelan adalah tidak dibenarkan dalam Tempoh Kontrak tetapi anda masih boleh mendaftar Pelan Perkhidmatan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak) yang lain untuk menikmati faedah enam (6) bulan percuma! - Setelah tamat Tempoh Internet PERCUMA, bolehkah saya memohon untuk melanjutkan tempoh tersebut agar dapat terus menikmati pengecualian Yuran Komitmen?
Tawaran Tempoh Internet PERCUMA adalah terhad untuk masa yang telah ditetapkan sahaja. Pengecualian Yuran Komitmen tidak akan dilanjutkan selepas tempoh tersebut. - Adakah saya perlu membayar deposit di bawah Program Internet PERCUMA?
Anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM 49 untuk Pelan Kasi Up Pascabayar berstatus kontrak sahaja. Deposit akan dikembalikan setelah akaun ditamatkan. Tertakluk kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar.