- Yes adalah?
Yes ialah syarikat penyedia rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pembekalpertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE (VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas. Kami juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.
4G adalah Yes. Dan dengan 5G, sudah tiba masanya untuk prestasi Yes menyerlah. Pengiktirafan telah mengesahkan kerja keras Yes secara menyeluruh sebagai “Rangkaian Mudah Alih Terpantas” di Malaysia. Sebagai syarikat penyedia rangkaian mudah alih yang pertama melancarkan 5G di Malaysia, prestasi Yes telah meletakkan kami kukuh sebagai peneraju 5G yang tidak dapat dinafikan di Malaysia.
- Kenapa saya perlu melanggan rangkaian Yes?
Perkara yang menakjubkan berlaku apabila anda berkata Yes! Yes dicipta untuk memenuhi keperluan internet hari ini. Kami menawarkan talian pantas dengan liputan yang meluas untuk semua keperluan komunikasi anda. Berdasarkan kepada pendekatan berpusatkan rakyat, kami berusaha untuk membina rangkaian yang akan menghubungkan segenap lapisan masyarakat di negara ini. - Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar perkhidmatan Yes?
Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan Yes di www.yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery dan dengan hanya melawat mana-mana mana-mana Yes Store atau rakan niaga Yes untuk pendaftaran perkhidmatan Yes. - Bolehkah saya bertukar ke Yes sambil mengekalkan nombor saya?
Sudah tentu! Anda boleh membeli mana-mana pelan Yes, dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3!
(i) Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYes
(ii) Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada Yes dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
(iii) Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima.Proses pertukaran harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda tukarkan ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM; nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau disekat oleh penyedia perkhidmatan lain.Anda tidak akan mengalami sebarang gangguan ketika proses pengaktifan. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.