- Apakah Promosi Pelan SIM Prabayar Yes Kasi Up x Shopee?
Promosi Pelan SIM Prabayar Yes Kasi Up x Shopee adalah promosi terhad anjuran YTL Communications Sdn Bhd (“YTLC”) dengan kerjasama Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (“Shopee”). Promosi ini membenarkan seorang individu membeli satu (1) Pelan SIM Prabayar Yes Kasi Up pada harga RM1 di Kedai Rasmi Yes di Shopee. Promosi ini juga tertakluk kepada Terma dan Syarat. - Apakah yang ditawarkan dalam pelan SIM Prabayar RM1 Yes Kasi Up x Shopee ini?
Pelan SIM Prabayar RM1 Yes Kasi Up x Shopee ini termasuk:
(a) Nombor Telefon Yes
(b) Data 10GB LTE
(c) Panggilan dan SMS rangkaian Yes yang tidak terhad
(d) Tempoh sah Akaun selama 30 hari dari tarikh SIM diaktifkan - Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan SIM Prabayar Yes Kasi Up saya?
(a) Muat turun aplikasi MyYes. Buka aplikasi tersebut dan klik “New User” (pengguna baru)
(b) Klik “Activate SIM” (Aktifkan SIM). Seterusnya klik “Start” (Mula)
(c) Imbaskan kod bar yang tertera di jaket SIM, ataupun isikan secara manual nombor siri SIM anda.
(d) Terima nombor telefon yang diberi ataupun pilih pertukaran kepada Yes. Sekiranya anda memilih untuk menukar ke Yes, isikan nombor telefon semasa anda dan sahkan pilihan anda dengan menekan “Switch to Yes”.
(e) Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah eKYC yang tertera di skrin anda (anda akan diminta memasuki nombor telefon serta butiran peribadi anda). Seterusnya, sahkan ID anda.
(f) Anda akan menerima mesej pengesahan pengaktifan yang berjaya.