- Apakah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa membolehkan anda menggunakan telefon mudah alih anda untuk panggilan, SMS dan data semasa anda berada di luar negara.
- Siapakah yang layak untuk Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Semua pelanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes layak untuk Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. Pelanggan mungkin dikehendaki untuk membayar deposit perayauan sebelum perayauan. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah jenis perkhidmatan yang boleh saya gunakan di bawah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Jenis perkhidmatan yang anda boleh gunakan di bawah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa adalah:
(a) Untuk membuat dan menerima panggilan suara;
(b) Untuk menghantar dan menerima mesej teks melalui SMS; dan
(c) Penggunaan perkhidmatan data. - Bolehkah saya membuat perayauan di mana-mana negara di dunia dengan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa saya?
Kami menawarkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di lebih 120 negara di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari yes.my/roaming atau melalui aplikasi MyYes di bawah ikon “YesRoam”. - Apakah caj yang mungkin dikenakan di bawah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Anda akan dikenakan caj untuk penggunaan jenis perkhidmatan berikut di bawah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa:
a) Buat dan terima panggilan suara;
b) Hantar dan terima SMS; dan
c) Capaian/penggunaan data.Sila ambil perhatian bahawa caj untuk penggunaan perkhidmatan perayauan Antarabangsa mungkin berbeza bergantung pada negara tempat anda merayau. Sila rujuk yes.my/roaming atau aplikasi MyYes di bawah ikon “YesRoam” untuk butiran mengenai kadar yang berkenaan pada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. - Adakah had kredit di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya terpakai kepada perkhidmatan yang saya gunakan di bawah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Had Kredit akaun Perkhidmatan Pasca Bayar Anda (jika berkenaan) akan dikenakan pada caj Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Anda. Oleh itu, anda dikehendaki memantau masa bercakap, SMS dan penggunaan data anda sendiri apabila anda menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dan anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua caj yang ditanggung ke atas penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di bawah akaun Perkhidmatan Pascabayar anda. Selanjutnya, sila ambil perhatian bahawa Yuran Komitmen bulanan Pelan Perkhidmatan Pascabayar anda hanya meliputi penggunaan data di Malaysia dan tidak termasuk sebarang penggunaan data di luar Malaysia. - Mengapakah akaun Perkhidmatan saya tidak disekat serta-merta selepas melebihi had kredit semasa saya menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Sila ambil perhatian bahawa sehingga pihak kami menerima kemas kini daripada operator rakan kongsi rangkaian perayauan kami berkenaan penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa anda di negara yan dilawati, kami tidak akan mengetahui sama ada penggunaan anda telah melebihi had kredit akaun Perkhidmatan Pascabayar anda. - Bilakah caj ke atas penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa saya akan ditunjukkan dalam bil saya?
Caj akan ditunjukkan dalam Bil bulanan pada kitaran bil selepas penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa anda. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menjamin bahawa semua panggilan perayauan/SMS/penggunaan data akan ditunjukkan dalam kitran bil anda yang seterusnya. Sila ambil perhatian bahawa butiran panggilan perayauan yang tertentu tidak akan ditunjukkan dalam bil anda, termasuk nombor panggilan masuk ke peranti anda semasa anda menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. - Apakah yang perlu saya lakukan jika saya memerlukan bantuan dengan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa apabila saya berada di luar negara?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah dengan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa, anda boleh menghantar e-mel ke yescare@yes.my atau dapatkan aplikasi MyYes dan urus akaun anda di mana-mana sahaja dengan aplikasi MyYes. Sila ambil perhatian bahawa caj perayauan akan dikenakan. - Adakah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)?
Ya, berkuat kuasa dari 1 September 2018, Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa tertakluk kepada SST.
Sebelum Melancong
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa semasa berada di luar negara?
Anda perlu memastikan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa diaktifkan dalam akaun Perkhidmatan Pascabayar anda, dan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa terpilih di negara lawatan anda. Untuk senarai operator perayauan yang tersedia dan jenis perkhidmatan serta kadar, sila rujuk yes.my/roaming atau aplikasi MyYes di bawah ikon “YesRoam” untuk butiran lanjut.Anda boleh menyemak sama ada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa DIAKTIFKAN untuk akaun Perkhidmatan Pascabayar anda pada aplikasi MyYes.Ikuti langkah berikut untuk semakan:
i. Log masuk ke aplikasi MyYes.
ii. Di bawah Akses Pantas, klik ikon “YesRoam”.
iii. Semak status di bawah “Aktifkan Perayauan”.
Selain itu, sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi dalam akaun Perkhidmatan Pascabayar anda untuk mengelak dari disekat semasa dalam perjalanan. Anda boleh menyemak had kredit anda melalui aplikasi MyYes sebelum melancong.
Anda boleh meminta untuk meningkatkan had kredit anda melalui aplikasi MyYes di bawah ikon “YesRoam”.
- Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa pada akaun Perkhidmatan Pascabayar saya?
(A) Jika anda adalah pelanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada enam (6) bulan, anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dengan;
i. Membayar deposit sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus (RM 300) (“Jumlah Deposit”) melalui aplikasi MyYes; dan
ii. Melakukan pengaktifan kendiri Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa melalui aplikasi MyYes.(B) Jika anda adalah pelanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes dengan tempoh lebih daripada enam (6) bulan dengan rekod pembayaran yang baik, anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dengan:
i. Melakukan pengaktifan kendiri Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa melalui aplikasi MyYes.Langkah demi langkah untuk mengaktifkan sendiri Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.
i. Muat turun dan log masuk ke aplikasi MyYes.
ii. Di bawah Akses Pantas, klik ikon “YesRoam”.
iii. Klik benarkan untuk “Aktifkan Perayauan”.
iv. Ikut arahan untuk pembayaran deposit jika tempoh Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes anda kurang daripada enam (6) bulan.
v. Perkhidmatan perayauan berjaya diaktifkan.Nota: Harap maklum bahawa berkuat kuasa 1 Ogos 2024, deposit Perayauan sebanyak RM300 akan dikembalikan kepada pelanggan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh pembayaran. Bayaran balik deposit Perayauan akan diposkan ke akaun pelanggan sebagai pembayaran bil. Had kredit pelanggan akan kekal tidak berubah walaupun pembayaran balik. Polisi bayaran balik deposit Perayauan ini terpakai kepada semua pelanggan yang membayar deposit Perayauan mulai 1 Ogos 2024 dan seterusnya.
- Bagaimanakah saya boleh menyemak pas perayauan data dan caj untuk negara destinasi saya?
Yes menawarkan pelbagai pelan data perayauan untuk memenuhi keperluan perjalanan anda. Pas dan caj perayauan data berbeza mengikut negara, jadi kami mengesyorkan agar anda menyemak pilihan perayauan, kadar data dan perkhidmatan yang tersedia untuk destinasi anda di yes.my/roaming atau melalui aplikasi MyYes di bawah ikon ‘YesRoam’ sebelum perjalanan anda.Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan perayauan data YesRoam di www.yes.my/docs/faq/roaming-idd/data-roaming/.
Semasa Melancong
- Bagaimanakah cara untuk saya menyemak kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa apabila saya berada di luar negara?
Anda boleh menyemak kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di yes.my/roaming atau melalui aplikasi MyYes di bawah ikon “YesRoam”. - Apakah yang perlu saya lakukan untuk berhubung dengan operator perayauan pilihan sebaik sahaja saya mendarat?
Sebelum mendarat:
Kami mengesyorkan untuk memastikan telefon anda HIDUP dalam mod kapal terbang semasa penerbangan dan Data Mudah Alih dan Perayauan Data kedua-duanya dimatikan pada tetapan telefon anda apabila tidak digunakan.Selepas mendarat:
Pastikan mod kapal terbang pada telefon anda DIMATIKAN untuk bersambung ke rangkaian operator perayauan di destinasi anda.Jika anda bercadang untuk menggunakan perayauan data, perkhidmatan panggilan dan SMS, anda boleh HIDUPKAN kedua-dua Data Mudah Alih dan Perayauan Data dalam tetapan telefon anda. Sebelum berbuat demikian, adalah penting untuk menyemak sama ada perayauan data terpilih adalah tersedia, jika tidak data perayauan akan dikenakan caj bagi setiap penggunaan Pay-As-You-Use (PAYU) atau mengikut sebarang pas perayauan data yang ditawarkan di destinasi pilihan anda bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan.
Jika anda hanya bercadang untuk menggunakan panggilan dan SMS, pastikan anda telah MEMATIKAN kedua-dua Data Mudah Alih dan Perayauan Data dalam tetapan telefon anda.
- Bagaimanakah cara saya menyelesaikan masalah jika saya menghadapi kesukaran sambungan ke rangkaian operator perayauan terpilih di negara yang dilawati?
Jika anda mengalami sebarang kesukaran dengan sambungan perayauan anda selepas mendarat, cuba langkah penyelesaian seperti berikut:Cuba matikan telefon anda, tunggu lebih kurang 10 saat, kemudian hidupkan semula. Sila tungu 2-3 minit untuk telefon bersambung ke rangkaian operator perayauan terpilih.
ii. Semak sama ada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa adalah diaktifkan pada aplikasi MyYes.
iii. Pastikan mod kapal terbang dimatikan pada telefon anda.
iv. Pastikan bahawa telefon anda ditetapkan untuk memilih rangkaian secara automatik. Jika anda masih tidak mendapat sambungan ke rangkaian operator perayauan pilihan, cuba pilih rangkaian operator perayauan secara manual pada tetapan telefon anda.iOS
i. Pergi ke ‘Tetapan’ telefon anda.
ii. Pilih ‘Perkhidmatan Mudah Alih’ dan kemudian ‘Pemilihan Rangkaian’.
iii. Butang ‘Automatik’ dimatikan dan pilih rangkaian operator perayauan pilihan.Android
i. Pergi ke ‘Tetapan’ telefon anda.
ii. Pilih ‘Sambungan’ dan kemudian ‘Rangkaian mudah alih’.
iii. Klik pada ‘Operator rangkaian’ pilihan.
iv. Pastikan butang “Pilih secara automatik’ dimatikan dan pilih rangkaian operator perayauan pilihan.Sila pastikan liputan dan pilihan rangkaian operator perayauan tersedia di lokasi anda.
Pastikan bahawa akaun perkhidmatan Pascabayar Yes anda tidak disekat. - Bagaimanakah saya boleh menyelesaikan masalah jika saya tidak boleh mendapatkan sebarang sambungan internet?
Sila lakukan seperti berikut:
pastikan anda telah HIDUPKAN kedua-dua Data Mudah Alih dan Perayauan Data pada tetapan telefon anda.
ii. pastikan anda disambungkan kepada operator perayauan pilihan yang disebut dalam SMS Alu-aluan.
iii. semak perkhidmatan perayauan data operator pilihan di negara lawatan anda. Harap maklum bahawa sesetengah negara mungkin tidak membenarkan perayauan data, seperti Myanmar, dan kawasan tertentu di Thailand, yang mana keseluruhan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa mungkin disekat oleh pihak berkuasa tempatan.
iv. perkhidmatan perayauan data mungkin tidak ditawarkan kerana kadar yang tidak menguntungkan. - Bagaimanakah cara saya membuat panggilan keluar atau menghantar SMS melalui Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Anda hanya perlu mengikuti langkah mudah yang seperti di bawah:
Langkah 1: Masukkan “+”.
Langkah 2: Diikuti oleh Kod Negara.
Langkah 3: Dan kod kawasan/operator dengan nombor talian mudah alih/tetap.Contoh:-
Untuk menghubungi Nombor Mudah Alih Malaysia (cth. 018 331 0000) semasa di luar negara Dail +6018 331 0000.
Untuk menghubungi Nombor Talian Tetap Malaysia (cth. 03 1234 5678) semasa di luar negara Dail +603 1234 5678.
Untuk menghantar SMS ke nombor mudah alih Malaysia (018 123 4567) semasa di luar negara Dail +6018 123 4567 dan tekan hantar. - Adakah saya dapat melihat nombor panggilan masuk (ID pemanggil) pada skrin mudah alih saya semasa saya menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
Ini tertakluk pada rangkaian operator perayauan pilihan negara yang anda lawati. - Mengapakah saya tidak dapat membuat panggilan suara atau menghantar SMS walaupun saya telah melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dan disambungkan kepada operator rangkaian perayauan?
Ini mungkin kerana anda berada dalam kawasan liputan rangkaian yang lemah. Dalam keadaan sedemikian, anda boleh cuba beralih ke kawasan lain dengan isyarat yang lebih kuat dan cuba semula membuat panggilan suara atau menghantar SMS. Sebagai alternatif, anda boleh cuba menyambung melalui mana-mana rangkaian operator perayauan pilihan lain di negara destinasi anda, seperti yang disenaraikan di www.yes.my/roaming. Sila ambil perhatian bahawa kadar berbeza mungkin dikenakan apabila anda bersambung dengan rangkaian operator perayauan pilihan yang berbeza. - Bagaimana untuk mengelakkan caj yang tidak dijangka semasa perayauan?
Sila ambil perhatian bahawa caj Perayauan Antarabangsa bergantung pada jenis perkhidmatan:SMS – menerima SMS adalah percuma, namun penghantaran SMS dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan Pay-As-You-Use (PAYU);Panggilan mudah alih – menerima dan membuat panggilan dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan Pay-As-You-Use (PAYU);
Data mudah alih – Di kebanyakan negara, kami menawarkan pelbagai pas perayauan data dengan kuota tertentu atau data tanpa had, yang boleh digunakan dalam satu negara atau berbilang negara untuk beberapa hari yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, di sesetengah negara, perayauan data adalah di caj atas penggunaan Pay-As-You-Use (PAYU).
Ikuti langkah berikut bagi pengurusan penggunaan Perayauan Antarabangsa anda:
i. Elakkan membuat panggilan keluar yang tidak perlu.
ii. Elakkan menghantar SMS keluar yang tidak perlu.
iii. Jangan jawab panggilan masuk yang tidak perlu kerana menjawab panggilan semasa perayauan dikenakan bayaran.
iv. kedua-dua Data Mudah Alih dan Perayauan Data dalam tetapan telefon anda DIMATIKAN sehingga anda tiba di negara destinasi anda untuk mengelakkan caj data yang tidak perlu (mungkin dikenakan bayaran atas penggunaan Pay-As-You-Use (PAYU)) semasa perjalanan transit anda, termasuk semasa dalam pelayaran, dalam penerbangan , atau di lapangan terbang transit.
v. Jika perkhidmatan perayauan data hanya tersedia dengan caj penggunaan Pay-As-You-Use (PAYU) di negara destinasi anda, kami mengesyorkan anda supaya kedua-dua Data Mudah Alih dan Perayauan Data DIMATIKAN dan menggunakan alternatif seperti Wi-Fi.
vi. Hidupkan Data Mudah Alih dan Perayauan Data dalam tetapan telefon anda hanya apabila perlu untuk mengelakkan penggunaan data yang berlebihan. Contohnya, sesetengah aplikasi mungkin aktif dan menggunakan data tanpa pengetahuan anda. Adalah lebih baik untuk mematikan perayauan data apabila anda tidak menggunakan data mudah alih atau apabila anda disambungkan ke Wi-Fi.
Selepas Melancong
- Apakah yang perlu saya lakukan selepas pulang dari melancong?
Sila pastikan Perayauan Data dimatikan dalam tetapan telefon anda sebaik sahaja anda pulang dari melancong.