Terima kasih di atas sokongan anda.
Databack Shopee menerima sambutan yang memberangsangkan, lebih dari 200 juta baucar dan 6 bilion GB telah diberikan.
Dengan kejayaan yang diterima, promosi ini akan ditamatkan. Kami akan berusaha untuk meningkatkan kualiti tawaran perkhidmatan bagi kempen yang akan datang dengan promosi yang menarik dan lebih baik.
- Apakah Yes Databack x Shopee?
Dengan setiap pembelian RM50 di Shopee, anda berhak mendapat 5GB data Yes secara percuma. Setiap pembelian RM50 yang seterusnya akan memberikan anda data tambahan 5GB lagi secara percuma, dan data percuma yang boleh diterima adalah sehingga 100GB maksimum. Tertakluk kepada terma dan syarat. Misalnya, sekiranya anda berbelanja RM100 pada bulan Januari, anda akan menerima 10 GB data percuma pada bulan Februari. - Apakah had tuntutan baucar Yes Databack x Shopee bagi setiap ID Shopee?
Tidak ada had yang ditetapkan untuk jumlah baucar yang boleh dituntut untuk setiap ID Shopee. Namun begitu, baucar Yes Databack x Shopee bagi akaun/nombor telefon Yes adalah untuk satu (1) ID Shopee hanya boleh dituntut di bawah satu (1) NRIC/Pasport. Anda boleh menuntut Yes Databack bagi ID Shopee untuk mana-mana akaun/nombor telefon Yes anda yang berada di bawah NRIC/Pasport yang sama. Ini bermakna, baucar Shopee yang ingin dituntut di bawah satu ID Shopee boleh digunakan untuk mana-mana akaun/nombor telefon di bawah satu (1) NRIC/Pasport. - Apakah tempoh sah baucar Yes Databack x Shopee?
Tempoh sah baucar Yes Databack x Shopee adalah 4 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Sebaik sahaja diaktifkan, data tersebut perlu digunakan dalam tempoh 30 hari. - Saya tidak menerima sebarang baucar Yes Databack x Shopee. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkannya?
Untuk mendapatkan baucar Yes Databack, pengguna Shopee perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50. Setiap pembelian RM50 yang seterusnya melayakkan anda untuk 5GB lagi data percuma. Anda boleh mendapat sehingga maksimum 100GB data percuma.
Baucar Yes Databack x Shopee akan dikredit secara automatik ke akaun Shopee anda. Anda boleh mengambil semua baucar ini daripada Yes Circle melalui aplikasi Shopee.
Sila rujuk kepada perbelanjaan bulanan anda yang lepas (misalnya 1 Jun – 30 Jun). Sekiranya anda berbelanja RM50 ke atas, anda boleh mendapatkan baucar Yes Databack x Shopee.
Sekiranya baucar tiada, tetapi layak untuk mendapatkan baucar berdasarkan jumlah pembelian yang dilakukan, sila rujuk kepada Perkhidmatan Pelanggan Shopee untuk bantuan yang lanjut.
Baucar Yes Databack x Shopee ditawarkan semasa stok masih ada dan tertakluk kepada Terma & Syarat (dipaparkan di Shopee) Promosi Yes Databack x Shopee. - Saya adalah pengguna Yes. Bagaimanakah cara untuk saya menuntut baucar Yes Databack x Shopee?
Untuk mengakses dan mendapatkan baucar Yes Databack x Shopee anda daripada aplikasi Shopee, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Lancarkan aplikasi Shopee
2. Sila masuk ke Notifikasi
3. Cari maklumat kemas kini Shopee
4. Tebus baucar Yes Databack x Shopee
Seterusnya, muat turun/lancarkan aplikasi MyYes dan ikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik “Have a Voucher? Redeem Here” di laman utama aplikasi MyYes
2. Masukkan nombor siri baucar serta ID Shopee dan klik butang “Verify”
3. Sebaik sahaja penebusan anda berjaya, data percuma akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Yes anda.Nota;
i. Promosi Baucar Databack x Shopee untuk Hotspot Add-Ons dan juga Data Tambahan Add-Ons menyokong rangkaian data 4G dan 5G.
ii. Penebusan Promosi Baucar Databack x Shopee di bawah Pelan FT5G, untuk Hotspot dan Data Tambahan Add-Ons dikongsi antara 5G dan 4G. Penggunaan Data dan Kelajuan adalah tertakluk kepada liputan 5G atau 4G.
iii. Bermula 2 November 2022, untuk Pelan Prabayar, pelanggan perlu mempunyai Tambahan Prabayar yang aktif dengan nilai minimum RM15 dan ke atas dalam satu transaksi pembelian Tambahan bagi penebusan Baucar Databack x Shopee untuk Data Tambahan Add-Ons. *Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah tempoh sah data Yes percuma sebaik sahaja ia dituntut melalui aplikasi MyYes?
Data percuma yang diperoleh adalah sah untuk 30 hari dari tarikh ia dituntut. - Saya sudah pun mendaftar dengan pelan Yes yang menawarkan Data Tanpa Had (Unlimited Data). Apakah manfaat baucar Yes Databack x Shopee kepada saya?
Yes Databack x Shopee Voucher Hotspot Add-On boleh ditebus di bawah Program Pelan Servis Pascabayar Yes Infinite+ dan Program Pelan Servis Pascabayar Yes Infinite. - Data MyYes Databack tidak tersenarai dalam Akaun Yes saya. Apakah yang perlu saya buat?
Pastikan pelan perkhidmatan Yes anda adalah aktif untuk menikmati data percuma. Sekiranya data percuma ini masih tidak tersenarai dalam Akaun Yes anda, sila hubungi YesCare melalui emel di yescare@yes.my - Bolehkah baucar Yes Databack x Shopee digunakan secara kumulatif?
Ya, baucar ini boleh digunakan secara kumulatif. - Bolehkah saya berkongsi atau memberikan baucar Yes Databack x Shopee kepada rakan atau ahli keluarga saya?
Baucar Databack x Shopee daripada satu (1) ID Shopee hanya boleh dituntut di bawah satu (1) akaun perkhidmatan Yes/nombor mudah alih.Baucar yang diterima daripada ID Shopee yang dituntut boleh ditebus oleh mana-mana akaun perkhidmatan Yes atau nombor mudah alih selagi ID Shopee didaftarkan di bawah NRIC/Pasport yang sama.