- Apakah SIPconnect Yes?
SIPconnect Yes ialah perkhidmatan telefon bimbit gred pembawa IP yang menyediakan komunikasi suara berkualiti, yang dihantar melalui sambungan data can bukannya melalui pertukaran tembaga PSTN tradisional. - Apakah peralatan yang diperlukan untuk melanggan SIPconnect Yes?
Anda memerlukan Laluan Media dan peralatan PABX. - Adakah Yes menyokong pemindahan nombor (menggunakan nombor talian perniagaan semasa)?
Tidak. Pada masa ini kami tidak menyokong pemindahan nombor. - Bolehkan saya mengekalkan nombor SIPconnect Yes sedia ada sekiranya berpindah pejabat?
Boleh. Tidak ada penukaran nombor diperlukan sekiranya anda berpindah pejabat. Anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan untuk mengemas kini maklumat. - Bolehkah saya menambah saluran/nombor lain sebagai tambahan dalam pakej langganan ini?
Sekiranya anda mendapati saluran yang disediakan tidak mencukupi untuk keperluan perniagaan, anda boleh menaik taraf kepada pakej yang lebih tinggi. Sekiranya anda sudahpun melanggani pakej tertinggi kami dan masih memerlukan Saluran tambahan, anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda. Kami akan membantu menyokong pesanan anda.
Bagi nombor tambahan, anda boleh membeli satu blok yang merangkumi 10 nombor dengan bayaran RM50/sebulan. - Bolehkah Yes menyedia dan menguruskan CPE untuk SIPconnect Yes?
Ya. Kami boleh merujuk anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda. - Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf pakej ini dalam tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan sedia ada pada masa depan. - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda. - Apakah cara bayaran SIPconnect Yes yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan SIPconnect Yes. Kami akan mengemas kini maklumat ini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
a. Cek
b. Pemindahan bank - Apakah kitaran bil SIPconnect Yes yang sedia ada?
Kitaran bil bagi SIPconnect YES adalah secara bulanan. - Adakah Yes menyediakan peralatan bagi perkhidmatan 4G-VPN Yes?
Sekiranya peralatan IP IBX tempatan anda adalah sepadan dengan perkhidmatan kami, tiada peralatan yang akan disediakan.
Namun, sekiranya peralatan IP PBX tempatan anda tidak sepadan dengan perkhidmatan kami, peralatan Laluan Media akan disediakan. Peralatan ini akan diselenggarakan dan adalah hak milik Yes. - Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat masalah penyambungan dalam perkhidmatan SIP Yes?
Anda boleh menghubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat. Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel premiersupport@yes.my.