- Apakah Yes DLL?
Yes DLL adalah rangkaian peribadi berdedikasi yang membangunkan sambungan jalur lebar yang diperuntukkan di semua premis anda (2 atau lebih) untuk memastikan pemindahan data yang selamat dalam pejabat anda tanpa risiko diakses/digodam oleh pihak luar. - Apakah perbezaan antara Yes DLL dan Yes 4G-VPN?
Yes DLL dan Yes 4G-VPN adalah daripada keluarga produk yang sama. Kedua-dua produk membenarkan pelanggan memiliki rangkaian peribadi untuk pemindahan data yang selamat.
Perbezaannya hanyalah, perkhidmatan Yes DLL menyediakan pelanggan dengan penyambungan jalur lebar berdedikasi antara premis melalui Gelombang Mikro ataupun Fiber Angkut Balik (Backhaul) manakala 4G-VPN Yes pula menggunakan teknologi 4G tanpa wayar. - Adakah akan berlaku nisbah perebutan dalam pemindahan data dalam premis saya?
Tidak. Memandangkan pautan ini diperuntukkan kepada perniagaan anda, maka anda akan dijamin dengan perkhidmatan jalur lebar yang dilanggani dalam semua premis perniagaaan anda. - Apakah Perkhidmatan Tahap Jaminan yang Yes sediakan?
Kami komited untuk menyediakan tahap jaminan ketersediaan 99.5%, tertakluk kepada terma & syarat. Ini bermaksud ketiadaan atau gangguan hanya akan berlaku sekitar lebih kurang 1 hari, 19 jam, 44 min, 49 saat setahun. - Bolehkah Yes menyedia dan menguruskan CPE di kawasan saya?
Ya. Kami boleh merujuk anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda. - Sejauhmanakah Yes DLL selamat?
Yes DLL jamin selamat kerana ia beroperasi sebagai sambungan gelung tertutup. Sambungan ini tidak dikongsikan dengan pelanggan lain. - Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf jalur lebar dalam tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf jalur lebar pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf lebar jalur sepanjang tempoh komitmen. Anda hanya boleh berbuat demikian selepas tempoh komitmen berakhir. - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang. - Adakah cara bayaran DLL Yes yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan DLL Yes. Kami akan mengemas kini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
a. Cek
b. Pemindahan bank - Apakah kitaran bil Yes DLL yang sedia ada?
Berikut adalah kitaran bil bagi perkhidmatan langganan Yes DLL:
a. Bulanan
b. Suku tahun
c. Setengah tahun
d. Tahunan - Adakah Yes menyediakan peralatan bagi perkhidmatan DLL Yes?
Ya, kami akan menyediakan peralatan berikut sebagai perkhidmatan DLL Yes. Peralatan ini akan diselenggarakan dan adalah hak milik Yes.
Gelombang Mikro Frekuensi Tinggi:
1x Antena, 1x Pendakap/Tiang, 1x Gelombang Mikro IDU, 1x UPE, Pemasangan Kabel, 1x Bateri Sandaran, 1x Penerus
Gelombang Mikro Titik ke Titik:
1x Antena, 1x Pendakap , 1x UPE, Pemasangan Kabel
Fiber Angkut Balik (Backhaul):
1x Penghala Fiber, 1x UPE, Pemasangan Fiber kepada UPE - Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya menghadapi masalah penyambungan dalam perkhidmatan DLL Yes?
Anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 9 pagi – 6 petang). Anda juga boleh emel kami di premiersupport@yes.my untuk sebarang bantuan.