- Apakah Yes DIA?
Yes DIA ialah perkhidmatan yang menyediakan akses internet yang diperuntukkan untuk anda, dari lokasi anda ke Laluan Internet tempatan yang sedia ada. Perkhidmatan ini akan memastikan anda akan selalu mempunyai langganan jalur lebar untuk meneruskan urusan perniagaan penting anda. - Apakah perbezaan antara Yes DIA dengan perkhidmatan jalur lebar biasa?
Dengan jalur lebar biasa, penyambungan internet anda dikongsi dengan pelanggan lain yang berada di kawasan yang sama. Oleh itu, anda mungkin tidak akan mendapat kapasiti sebenar jalur lebar yang dilanggani. Dengan Yes DIA, anda akan sentiasa mendapat nilai jalur lebar yang dilanggani kerana kapasiti ini tersedia dengan jaminan 99.5% untuk kegunaan anda. - Adakah terdapat nisbah perebutan dengan Yes DIA?
Tidak. Oleh kerana penyambungan internet ini adalah diperuntukkan kepada anda, anda dijamin dengan jalur lebar yang dilanggani kerana hanya anda sahaja yang akan menggunakannya. - Bolehkah Yes menyedia dan menguruskan CPE di kawasan saya?
Ya, boleh. Kami boleh merujuk anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda. - Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf jalur lebar semasa tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf jalur lebar pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf lebar jalur sepanjang tempoh komitmen. Anda hanya boleh berbuat demikian selepas tempoh komitmen tamat. - Adakah terdapat penalti sekiranya saya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Caj penalti akan dikenakan sekiranya anda menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen anda berakhir. - Apakah cara bayaran Yes DIA yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan YES DIA. Kami akan mengemas kini maklumat ini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
a) Cek
b) Pemindahan bank - Apakah kitaran bil Yes DIA yang tersedia?
Berikut ialah kitaran bil bagi perkhidmatan langganan Yes DIA:
a. Bulanan
b. Suku tahun
c. Setengah tahun
d. Tahunan - Adakah Yes menyediakan peralatan bagi perkhidmatan Yes DIA?
Ya, kami akan menyediakan peralatan berikut sebagai perkhidmatan Yes DIA. Peralatan ini akan dikekalkan dan ia adalah hak milik Yes.
Gelombang Mikro Frekuensi Tinggi:
1x Antena, 1x Pendakap/Tiang, 1x Gelombang Mikro IDU, 1x UPE, Pemasangan Kabel, 1x Bateri Sandaran, 1x Penerus
Gelombang Mikro Titik ke Titik:
1x Antena, 1x Pendakap , 1x UPE, Pemasangan Kabel
Fiber Angkut balik (Backhaul):
1x Penghala Fiber, 1x UPE, Pemasangan Fiber kepada UPE - Siapakah boleh saya hubungi sekiranya terdapat masalah penyambungan dalam perkhidmatan Yes DIA?
Anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 9pagi – 6petang). Anda juga boleh emel ke premiersupport@yes.my untuk sebarang bantuan.