- Apakah faedah Mobiliti Perniagaan Yes / SoHo Yes kepada saya?
Dengan perkhidmatan liputan luas kami, anda dijamin dapat kekal berhubung kepada ketersambungan Internet dan Suara di mana jua anda berada. - Bagaimana boleh saya menyemak sama ada lokasi saya termasuk dalam liputan rangkaian Yes?
Anda boleh menyemak kawasan liputan di www.yes.my/support/coverage. - Bolehkah saya menukarkan pelan Mobiliti Perniagaan Yes /SoHo Yes semasa tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan tersedia pada masa depan. - Adakah terdapat bayaran tambahan kuota data untuk perkhidmatan ini?
Untuk memastikan penggunaan yang adil antara pelanggan Yes, kami menghadkan penggunaan data secara bulanan. Sila rujuk kepada Jadual Harga untuk maklumat terperinci. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya mencapai kuota data bulanan yang ditetapkan?
Anda boleh membeli Tambahan data untuk meningkatkan kuota data pelan andabagi menjamin kepantasan lebar jalur anda. - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya saya memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda. - Apakah cara pembayaran Perkhidmatan Yes?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan:
a. Perbankan dalam talian (bank terpilih)
b. Kad Kredit
c. Bayaran Kaunter (Yes Store /Kiosk, Rakan Niaga Eksklusif Yes) - Apakah kitaran bil Yes Converged Service yang sedia ada?
Kitaran bil bagi Yes Converged Service adalah secara bulanan. - Adakah Yes menyediakan peralatan bagi Perkhidmatan ini?
Ya, ini tertakluk kepada pelan yang dipilih. - Apakah tempoh jaminan bagi peralatan ini?
Tempoh jaminan standard adalah 1 tahun. - Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya Perkhidmatan Yes mengalami masalah sambungan?
Kami sedia membantu! Anda boleh emel ke premiersupport@yes.my untuk sebarang bantuan.