- Apakah Cloud PBX Yes?
Yes Cloud PBX ialah perkhidmatan telefon bimbit perniagaan suite berasaskan awan yang membenarkan anda menikmati ciri-ciri telefon canggih seperti Pemburuan Panggilan, Penghantaran Panggilan, Pemajuan Panggilan, Pendailan Sambungan dan sebagainya, tanpa menggunakan peralatan IP PBX tempatan. - Apakah peralatan yang diperlukan untuk melanggan Cloud PBX Yes?
Anda memerlukan Telefon IP ataupun Penyesuai Telefon Analog untuk telefon bimbit Analog. - Adakah Yes menyokong pemindahan nombor (menggunakan nombor talian perniagaan semasa)?
Tidak. Pada masa ini kami tidak menyokong pemindahan nombor. - Bolehkan saya mengekalkan nombor Cloud PBX Yes semasa sekiranya berpindah pejabat?
Ya, boleh. Tiada penukaran nombor diperlukan sekiranya anda berpindah pejabat. Anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan kami untuk mengemas kini maklumat. - Bolehkah saya menambah saluran/nombor lain sebagai tambahan kepada pakej langganan ini?
Sekiranya anda mendapati Saluran yang disediakan tidak mencukupi untuk keperluan perniagaan anda, anda boleh menaik taraf kepada pakej yang lebih tinggi. Sekiranya anda sudah melanggan pakej tertinggi kami dan masih memerlukan Saluran tambahan, anda boleh menghubungi Pengurus Akaun anda. Kami akan membantu menampung pesanan anda.Bagi nombor tambahan, anda boleh membeli satu blok yang merangkumi 10 nombor dengan bayaran RM50/sebulan. - Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf pakej ini semasa tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan tersedia pada masa depan. - Bolehkah Yes menyedia dan menguruskan CPE untuk Cloud PBX Yes?
Ya. Kami boleh merujuk anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda. - Apakah cara bayaran Cloud PBX Yes yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan Cloud PBX Yes. Kami akan mengemas kini maklumat ini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
a. Cek
b. Pemindahan bank - Apakah kitaran bil Cloud PBX Yes yang sedia ada?
Kitaran bil bagi Cloud PBX Yes adalah secara bulanan. - Adakah Yes menyediakan peralatan bagi perkhidmatan Cloud PBX Yes?
Tidak. Kami tidak akan menyediakan sebrarang peralatan bagi Cloud PBX Yes - Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya perkhidmatan Cloud PBX Yes mengalami masalah sambungan?
Kami sedia membantu! Anda boleh emel ke premiersupport@yes.my untuk sebarang bantuan.