- Apakah faedah Jalur lebar Yes kepada saya?
Dengan liputan luas Jalur lebar Yes, anda akan dijamin dengan sambungan jalur lebar yang tinggi di kawasan anda meskipun tidak disokong oleh penyedia perkhidmatan Internet yang lain. - Bagaimana boleh saya memastikan sama ada lokasi saya termasuk dalam liputan rangkaian Yes?
Anda boleh menyemak kawasan liputan di www.yes.my/support/coverage. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Jalur lebar Yes saya semasa tempoh komitmen?
Ya. Semasa tempoh komitmen, anda dibenarkan menaik taraf pelan anda kepada pelan yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda. - Adakah perkhidmatan Suara (voice service) termasuk dalam pelan Jalur lebar Yes?
Tidak, Jalur lebar Yes tidak merangkumi perkhidmatan suara. Sekiranya anda memerlukan kedua-dua perkhidmatan Internet dan Suara, anda boleh merujuk kepada talian Perkhidmatan Yes lain untuk maklumat lanjut. - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah caj bulanan bagi baki bulanan komitmen yang masih ada. - Apakah cara bayaran Jalur lebar Yes yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan:
a. Perbankan atas talian (bank terpilih)
b. Kad Kredit
c. Perkhidmatan Kaunter (Yes Store/Kiosk, Rakan Niaga Eksklusif Yes) - Apakah kitaran bil bagi Jalur Lebar Yes?
Kitaran bil adalah untuk setiap bulan (bulanan). - Berapakah lama tempoh jaminan bagi peralatan Yes?
Selagi anda bawah kontrak. Zoom XL yang disediakan akan diuruskan oleh Yes, kerana masih bawah milik Yes. - Siapakah boleh saya hubungi sekiranya perkhidmatan saya menghadapi masalah penyambungan dalam perkhidmatan jalur lebar?
Kami sedia membantu! Sila emel ke premiersupport@yes.my untuk mendapatkan sebarang bantuan.