- Bagaimanakah cara untuk menyambungkan alat peranti kepada Zoom LTE?
Pastikan Zoom LTE anda dipasang. Seterusnya cari nama rangkaian Zoom LTE SSID yang telah disetkan di alat WIFI anda.
Langkah yang seterusnya:Yes Zoom LTE – XXXX
Seterusnya, masukkan kata laluan WIFI yang telah ditetapkan di belakang YES Zoom LTE.
[Nota: Kata Laluan WIFI yang telah ditetapkan terdiri daripada 8 angka terakhir nombor IMEI] - Bagaimanakah cara untuk menukarkan perincian rangkaian Zoom LTE saya?
Pertama sekali, pastikan Zoom LTE anda disambung ke komputer anda melalui Wi-FI Zoom. Lancarkan pelayar web dan masukkan http://192.168.1.1/ sebagai pautan URL. Laman Administrasi Zoom LTE akan keluar. Taip “admin” di ruang kata laluan. Pelayar akan membawa anda kepada halaman administrasi. - Bagaimana untuk mengkonfigurasi konfigurasi Peranti Yes saya?
Langkah 1: Sambungkan Peranti Yes anda ke PC anda melalui USB atau WiFi.
Langkah 2: Buka pelayar web anda dan taip pautan URL http://192.168.1.1/
Langkah 3: Log masuk dengan ID Yes dan kata laluan anda.
Langkah 4: Ikut arahan untuk konfigurasi Peranti Yes anda. - Berapa ramaikah pengguna yang dapat disambungkan kepada Zoom LTE pada satu masa?
Sehingga 32 peranti boleh disambungkan ke Zoom LTE pada satu masa. - Bagaimanakah cara untuk set semula Zoom LTE saya kepada tetapan kilang?
- Untuk set semula kepada tetapan kilang, anda perlu menekan dan menahan butang tetapan di belakang selama 30 saat. Peranti akan dihidupkan semula. Anda juga boleh set semula kepada tetapan kilang dari laman Admin.
- Tetapan kilang boleh dilakukan melalui laman Admin Zoom LTE (http://192.168.1.1/).
Sila ke Advanced Settings => Management => System Configuration => Restore to factory
- Apakah jenis kad SIM yang digunakan di Zoom LTE?
Zoom LTE menggunakan kad SIM Nano. - Berapa jauhkah radius sambungan rangkaian Wi-Fi Zoom LTE?
Liputan dalaman Zoom LTE adalah lebih kurang 20 – 30 meter.
Liputan sebenar adalah tertakluk ke atas binaan dinding dan halangan di dalam bangunan.
(2.4GHz – 25-30 meters, 5GHz – 20-25 meters) - Bolehkah saya menggunakan antena lain untuk meningkatkan isyarat Zoom LTE saya?
Tidak boleh. Anda perlu menggunakan antena asal yang diberi. - Adakah Zoom LTE menyokong FOTA?
Ya, Zoom LTE menyokong FOTA. Zoom LTE anda akan dikemas kini secara automatik dengan memuat turun setiap versi baru melalui sambungan sendiri. (But semula untuk memulakannya) - Apakah maksud status ikon LED?
PWR Penunjuk kuasa
-merah semasa but semula
-berkelip kuning semasa FOTA4G LTE Penunjuk isyarat 4G LTE Wi-Fi Penunjuk Wi-Fi LAN1 Penunjuk LAN Port 1 LAN2 Penunjuk LAN Port 2 - Berapakah karekter/aksara yang boleh digunakan untuk WiFi SSID?
Anda boleh gunakan maksimum 32 karekter/aksara. - Berapakah karakter/aksara yang boleh digunakan untuk kata laluan WIFI?
Anda boleh gunakan 8 karakter/aksara secara minimum dan 63 karakter/aksara secara maksimum. - Apakah maksud warna lampu LTE LED?
Kerlipan Kuning - Kad SIM tidak dapat dikesan
- (Anda sepatutnya mendengar bunyi klik apabila kad SIM dimasukkan dengan berjaya)
Kerlipan Merah - Masukkan pin SIM
- Imbasan sedang berjalan
Statik Hijau Isyarat sambungan LTE terbaik Statik Kuning Isyarat sambungan LTE baik Statik Merah Isyarat sambungan LTE rendah