- Bagaimanakah cara untuk menyambungkan alat WIFI saya kepada Yes Huddle XS LTE
Pertama sekali, pasangkan Yes Huddle XS LTE anda. Seterusnya, cari nama rangkaian Yes Huddle XS LTE SSID yang telah disetkan di alat WIFI anda.Langkah yang seterusnya:
Yes Huddle LTE – XXXX
Seterusnya, masukkan kata laluan WIFI yang telah diberikan di belakang Yes Huddle XS LTE.
[Nota: Kata laluan WIFI yang telah ditetapkan adalah 8 angka terakhir nombor IMEI] - Bagaimanakah cara untuk menukarkan maklumat rangkaian Yes Huddle XS LTE saya?
● Sambungkan alat peranti Yes anda kepada PC melalui USB ataupun WIFI.
● Lancarkan pelayar web anda, taip http://192.168.1.1/ untuk pautan URL dan tekan “Enter”.
● Laman administrasi Yes Huddle XS LTE akan keluar;
● Taip “admin” di ruang kata laluan. Pelayar kini akan membawa anda ke halaman administrasi.
● Ikutilah arahan yang tertera di skrin untuk melengkapkan halaman maklumat rangkaian. - Bagaimana untuk mengkonfigurasi konfigurasi Peranti Yes saya?
Langkah 1: Sambungkan Peranti Yes anda ke PC anda melalui USB atau WiFi.
Langkah 2: Buka pelayar web anda dan taip pautan URL http://192.168.1.1/
Langkah 3: Log masuk dengan ID Yes dan kata laluan anda.
Langkah 4: Ikut arahan untuk konfigurasi Peranti Yes anda. - Berapakah jumlah pengguna yang dapat disambungkan kepada Yes Huddle XS LTE pada suatu masa?
Yes Huddle XS 4G LTE boleh menyokong sehingga 11 pengguna pada satu masa: 10 pengguna melalui WIFI dan satu lagi melalui sambungan USB. (ini boleh disetkan di laman admin). - Bagaimanakah cara untuk set semula Yes Huddle XS LTE saya kepada tetapan halaman yang asal?
Anda boleh set semula dengan menekan dan menahan butang tetapan di belakang Yes Huddle XS LTE anda selama 30 saat sehingga lampu LED terpasang. - Apakah jenis kad SIM yang digunakan di YES Huddle XS LTE?
Yes Huddle XS LTE menggunakan kad SIM nano. - Apakah kapasiti bateri Yes Huddle XS LTE?
Kapasiti bateri Yes Huddle XS LTE adalah 2300mAh dan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam untuk dicaj sepenuhnya. Lampu kuasa LTE akan bertukar kepada warna hijau sebaik sahaja bateri dicaj penuh. - Berapa lamakah bateri yang dicaj penuh boleh bertahan?
Bateri Yes Huddle XS LTE boleh bertahan selama 8 jam. Ini adalah tertakluk kepada penggunaan peranti tersebut, syarat operasi, tahap kuasa transmisi WIFI, tahap kekuatan isyarat LTE, serta penggunaan seharian yang boleh memberi kesan kepada prestasi keseluruhan bateri tersebut. - Does the Huddle XS LTE support FOTA (Firmware Over The Air)?
Ya, Yes Huddle XS LTE menyokong FOTA. Yes Huddle XS LTE akan selalu dikemaskini secara automatik setiap kali versi baru diterbitkan. Kapasiti bateri perlu melebihi 45% untuk perisian baru dipasang. - Apa maksud warna lampu bateri?
(Bateri sedang dicaj) Berkelip Hijau Sedang bercaj, tahap bateri tinggi Berkelip Merah Sedang bercaj, tahap bateri rendah Hijau padat Dicaj sepenuhnya Indikasi Tahap bateri Hijau padat Tahap bateri tinggI Merah padat Tahap bateri rendah - Bagaimanakah cara memeriksa status bateri?
Anda boleh log masuk ke laman admin untuk memeriksa status di panel kanan sebelah atas. - Berapakah karakter/aksara maksimum yang boleh digunakan untuk WiFi SSID?
Anda boleh menggunakan maksimum 32 karakter/aksara. - Berapakah karakter/aksara maksimum yang boleh digunakan untuk kata laluan WIFI?
Anda boleh menggunakan 8 karakter/aksara secara minimum dan 63 karakter/aksara secara maksimum. - Apa maksud warna lampu LED LTE?
Berkelip Merah Tiada servis/Tiada Kad SIM Hijau padat Disambung kepada rangkaian LTE Biru padat Isyarat LTE RSRP < – 105 Hijau padat Isyarat LTE RSRP > – 105 - Bagaimanakah cara untuk menyambung kabel USB
● Sambungkan melalui kabel USB dengan PC/komputer riba
● Tunggu sebentar. Yes Huddle XS LTE akan dikesan oleh Windows 7 keatas & Mac OS secara automatik
● Untuk Windows XP/Vista, sila ke ” http://192.168.1.1 -> Advanced Settings > RNDIS > Download ” untuk memasang pemacu. - OS mana yang menyokong penambatan USB?
● Windows – XP, Vista, 7, 8 ,10
● Mac OS versions X10.6 dan ke atas - Adakah Yes Huddle XS LTE mempunyai pin keselamatan untuk SIM?
Ya. Pengguna boleh log masuk ke laman admin untuk setkan pin: – Advanced Settings ⇒ 4G LTE ⇒ SIM Settings