- Bagaimanakah saya perlu mengecas telefon pintar Yes saya?
Telefon pintar Yes menggunakan bateri ion Lithium.Berikut adalah langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi bateri anda:
• Gunakan pengecas dan kabel pengecas asal yang dibekalkan bersama telefon pintar anda.
• Jangan biarkan telefon pintar anda dicas untuk jangka masa yang lama.
• Jangan gunakan telefon pintar anda semasa pengecasan.
- Mengapakah telefon pintar menjadi panas?
Telefon pintar boleh menjadi panas kerana beberapa faktor, termasuk faktor-faktor berikut:• Menonton video terlalu lama atau pengunaan terlalu lama di skrin anda seperti persidangan video (Google Meet, Zoom, dll.) atau permainan digital.
• Pelbagai aplikasi berjalan di latar belakang (Tip: pada telefon pintar Yes, anda boleh menutup aplikasi yang tidak diperlukan lagi dengan menekan dua kali butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”)|
- Berapakah suhu operasi biasa untuk telefon pintar?
Jika suhu telefon pintar anda menjadi semakin panas ketika disentuh, anda hendaklah berhenti pengunaan telefon pintar anda dengan segera. - Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya telefon pintar saya panas?
Sekiranya telefon pintar anda terasa panas, pastikan aliran udara mencukupi di sekitarnya. Anda juga boleh lakukan mana-mana daripada berikut:• Pastikan aplikasi anda dikemas kini.
• Menghentikan aplikasi yang berjalan di latar belakang (klik dua kali pada butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”).
• Hidupkan Mod Penjimatan Bateri.
• Turunkan kecerahan.
• Periksa kabel pengecasan – kabel pengecasan yang rosak boleh menyebabkan pengecas tidak berfungsi. Pastikan kabel dalam keadaan baik.
• Jangan tinggalkan telefon pintar anda di papan pemuka kereta anda, atau di tepi tingkap dengan cahaya matahari sacara langsung.
- Bagaimanakah untuk saya tahu jika telefon pintar mempunyai bateri yang bengkak?
Buka penutup belakang, dan jika bateri kelihatan bengkak atau bahagian tengah terasa lembut, berkemungkinan bateri tersebut adalah kembung.Sekiranya bateri anda kembung, bateri itu tidak boleh digunakan lagi. Berhati-hati apabila mengeluarkan bateri kembung dari telefon pintar (biarkan sejuk jika panas semasa disentuh) dan buangkan bateri dengan cara yang betul.
- Di manakah saya boleh mendapatkan syarat penggunaan telefon pintar?
Sila layari https://www.yes.my/tnc/general-tnc