- Apakah Pelan Prabayar Yes FT5G 20?
Pelan Prabayar Yes FT5G 20 adalah Pelan Perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dan juga bukan warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke atas. - Di manakah saya boleh membeli Pelan Prabayar Yes FT5G 20?
Anda boleh membeli Pelan Prabayar Yes FT5G 20 di laman Yes (yes.my), aplikasi MyYes, Yes Stores atau melalui Rakan Niaga Yes. - Apakah tempoh program Pelan Prabayar Yes FT5G 20?
Tempoh Program adalah dari 10 Jun 2024 sehingga diberitahu kelak. - Berapa banyak Pelan Prabayar Yes FT5G 20 yang boleh saya daftarkan?
Anda boleh mendaftar Pelan Prabayar Yes FT5G 20 dengan syarat anda tidak mempunyai lebih dari maksima lima (5) akaun perkhidmatan prabayar dengan Yes. - Berapa lama akaun Perkhidmatan Prabayar saya akan aktif dari tarikh pengaktifan SIM Yes?
Akaun Perkhidmatan Prabayar anda akan kekal aktif untuk tempoh 30 hari dari tarikh pengaktifan SIM Yes. Selepas tempoh 30 hari, anda masih dapat menerima panggilan & SMS dan membuat panggilan kecemasan untuk 30 hari lagi. Walau bagaimanapun, dalma tempoh ini, anda tidak akan dapat membuat sebarang panggilan, menghantar SMS atau melayari internet. Sila beli tambah nilai Yes atau Data tambahan melalui aplikasi MyYes untuk terus menggunakan perkhidmatan Yes. - Apakah Peralihan Data (Data Rollover)?
Baki data sedia ada yang tidak habis digunakan boleh dibawa ke bulan berikut dengan pembelian baru Data Add-On yang sama sebelum tempoh sah data perkhidmatan sedia ada tamat dan akan mengikut tempoh sah Data Add-On yang baru. Pembelian Data Add-On yang berlainan adalah tidak layak bagi Data Rollover untuk dibawa ke bulan berikut. - Bolehkah saya membeli Data Tambahan Prabayar yang lain sebelum akaun saya tamat tempoh
Ya boleh. Anda boleh membeli Data Tambahan melalui aplikasi MyYes. - Adakah terdapat sebarang caj akan dikenakan apabila saya menghubungi atau menggunakan SMS nombor ke ramgkaian yang lain?
Anda akan menikmati panggilan ke rangkaian Yes and luar rangkaian Yes tanpa had PERCUMA. Caj akan dikenakan ke atas SMS ke luar rangkaian Yes dan semua panggilan antarabangsa serta SMS adalah mengikut kadar panggilan suara dan SMS yang boleh dirujuk di yes.my/roaming. - Bolehkah saya mengekalkan nombor telefon bimbit saya yang sedia ada Pelan Prabayar ke Yes FT5G 20?
Ya, anda boleh tukar ke Yes menggunakan nombor sedia ada. Sila rujuk Tukar Ke Yes di sini untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.