- Apakah Yes x Pra-tempah untuk iPhone 16e?
Pra-tempah membolehkan anda membeli iPhone 16e sebelum tarikh pelancaran rasmi. Tertakluk pada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya membuat pra-tempah?
Anda boleh membuat pra-tempah melalui laman web Yes di Yes x Pra-tempah untuk iPhone 16e. - Apakah tempoh bagi Yes x Pra-tempah untuk iPhone 16e?
Tempoh Pra-tempah adalah dari 21 Februari 2025 (9.00 malam) sehingga 28 Februari 2025 (07.59 pagi). - Apakah tawaran produk dan pelan Yes bagi Yes x Pra-tempah untuk iPhone 16e?
Yes menawarkan pelan Infinite+ tanpa bayaran pendahuluan, bermula dari RM0/bulan untuk iPhone 16e dengan kontrak 24 bulan atau 36 bulan. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih Pakej SuperJimat, bagi tawaran iPhone 16e dengan bayaran pendahuluan yang rendah untuk kontrak 24 bulan. Rujuk butiran pelan di yes.my/iPhone. - Bilakah saya akan menerima telefon saya selepas Pra-tempah?
Anda akan menerima telefon di alamat penghantaran yang diberikan mulai 28th Februari 2025. - Adakah iPhone 16e boleh digunakan dengan MagSafe?
Tidak, iPhone 16e tidak disokong bagi penggunaan MagSafe, tetapi menyokong pengecasan wayarles Qi dan USB-C bagi pilihan pengecasan yang mudah. - Bolehkah saya mendapatkan bayaran kembali jika saya berubah fikiran selepas Pra-tempah?
Tidak akan ada pembayaran yang akan dikembalikan setelah pembayaran diterima bagi Pra-tempah. - Apakah yang berlaku jika saya ingin menukarkan alamat penghantaran?
Anda adalah dinasihatkan untuk memberikan nombor telefon dan alamat penghantaran yang sah semasa Pra-tempah. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda boleh menghubungi yescare@yes.my. - Saya belum menerima peranti saya. Siapa yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan anda di www.yes.my/trackorder, atau menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami di sini untuk membantu! Hubungi Yes melalui pilihan mudah:
i. Berbual bersama Sofia di yes.my.
ii. Muat turun aplikasi MyYes dari Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery untuk berbual dengan Sofia bagi sokongan segera, atau hantar tiket di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon ‘YesCare’ untuk bantuan lebih lanjut.
iii. E-mel kami di yescare@yes.myuntuk bantuan lebih lanjut. Kami sentiasa di sini untuk sebarang bantuan!