- Apakah Pakej SuperJimat?
Pakej SuperJimat menawarkan peranti 5G bersama pelan yang berpatutan dengan kontrak 24 bulan. Pelan bundle telefon 5G boleh didapatkan dengan serendah RM35, datang bersama 150GB data 5G + 4G, kelajuan tanpa had, panggilan tanpa had ke semua rangkaian. - Siapakah yang layak untuk melanggan Pakej SuperJimat?
Pakej ini terbuka kepada individu berumur 18 tahun dan ke atas. - Bagaimanakah saya boleh memohon Pakej SuperJimat?
Anda boleh memohon pakej ini melalui;
(a) Laman web Yes (yes.my);
(b) Aplikasi MyYes;
(c) Yes Stores; dan
(d) Rakan Niaga Yes - Apakah tempoh pendaftaran bagi Pakej SuperJimat?
Tempoh pendaftaran Pakej bermula dari 3 April 2024 sehingga diberitahu kelak. - Adakah terdapat sebarang tempoh kontrak jika saya melanggan Pakej SuperJimat?
Pakej ini datang bersama kontrak selama 12 atau 24 bulan. - Berapakah Pakej SuperJimat yang saya boleh daftarkan?
Anda boleh mendaftar sehingga tiga (3) Pakej SuperJimat 35 dan tiga (3) SuperJimat Infinite Basic di bawah Pakej SuperJimat dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada maksima lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar bersama Yes. - Sebagai warga asing, bolehkah saya melanggan bagi Pakej SuperJimat?
Ya, anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pakej SuperJimat. Deposit sebanyak RM300 akan dikenakan untuk setiap pelan yang ditawarkan di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pakej SuperJimat dan perlu dibayar semasa pendaftaran. - Adakah saya dibenarkan mendaftar untuk talian tambahan di bawah Pakej SuperJimat?
Tidak, talian tambahan tidak tersedia untuk Pakej SuperJimat. - Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran pendahuluan peranti apabila saya melanggan mana-mana Pakej SuperJimat?
Pembayaran pendahuluan peranti akan dikenakan bagi model telefon pintar yang terpilih. Pembayaran pendahuluan ini akan rebat selama 24 bulan. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada dari syarikat telekomunikasi yang lain dengan Pakej SuperJimat?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Sila rujuk pada “Kekalkan Nombor Anda” untuk maklumat yang lebih lanjut. - Saya telah menerima kad SIM 5G. Bagaimanakah untuk saya mengaktifkan kad SIM saya?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu mengaktifkan kad SIM serta-merta selepas penerimaan kad SIM, atau bolehkah saya berbuat demikian pada masa yang akan datang?
Anda dinasihati untuk melakukan pengaktifan kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima kad SIM. Kegagalan untuk berbuat demikian, kad SIM anda akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima kad SIM. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data Hotspot?
Setelah tamat tempoh bagi setiap kitaran bil, sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam peruntukan data dalam kitaran bil tertentu tidak akan dibawa ke hadapan atau ke kitaran bil yang seterusnya. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya telah menggunakan kesemua data Hotspot di dalam kitaran bil?
Untuk terus menikmati perkhidmatan internet pada kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Tambahan Pascabayar Hotspot melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma sekiranya saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa kami. Sila rujuk kepada kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa, sila rujuk di yes.my/roaming untuk butiran yang lebih lanjut. - Adakah saya masih boleh mendapat panggilan suara tanpa had percuma apabila saya menghubungi seseorang di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh digunakan untuk Perkhidmatan IDD. Oleh itu, caj akan dikenakan jika anda menghubungi seseorang di luar Malaysia. Sila rujuk kepada kadar caj di yes.my/roaming untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu meneruskan pembayaran Yuran Komitmen jika akaun Pakej SuperJimat saya disekat atau digantung dalam tempoh kontrak?
Jika akaun bagi Pakej SuperJimat anda disekat atau digantung, anda masih perlu membayar Yuran Komitmen bulanan sepanjang tempoh penggantungan. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Perkhidmatan Yes sedia ada saya ke Pakej SuperJimat?
Ya, anda boleh ke Yes Store atau Rakan Niaga Yes atau hubungi yescare@yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menaik taraf Pakej SuperJimat dalam tempoh kontrak?
Maaf, tiada naik taraf atau turun taraf pelan bagi Pakej SuperJimat dibenarkan dalam tempoh kontrak. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan sekiranya saya menamatkan Pakej SuperJimat sebelum tamat tempoh kontrak?
Ya, jika anda masih di bawah tempoh kontrak, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) bagi baki tempoh kontrak yang masih ada dari tarikh penamatan akaun. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai butiran telefon pintar seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk ke laman web rasmi pengilang atau menghubungi perkhidmatan pelanggan pengilang telefon pintar 5G untuk mendapatkan bantuan. - Saya masih belum menerima peranti saya. Siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan anda di Semak Pesanan atau boleh menghantarkan soalan ke yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”. - Bungkusan saya rosak, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke YesCare di yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.