- Apakah Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes?
Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd, menawarkan pakej pelan Prabayar yang menarik yang disertakan dengan data 30GB + 30GB (tawaran sehingga diberitahu kelak) dengan tempoh sah selama seratus lapan puluh (180) hari untuk para pelajar. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes?
Tawaran kadar di bawah Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes adalah seperti berikut:Nama Pelan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Harga RM30 (Termasuk SST) Data (5G/4G) 60GB (30GB + 30GB*)
(Kelajuan sehingga 7Mbps)Hotspot (5G/4G) Ya, dikongsi bersama data
(Kelajuan sehingga 7Mbps)Tempoh Sah Akaun 180 hari
(dari tarikh pengaktifan SIM Yes)Tempoh Sah Servis 180 hari
(dari tarikh pengaktifan SIM Yes)
Tempoh sah perkhidmatan servis merujuk pada tempoh sah Data Internet dari tarikh pengaktifan.Perkhidmatan On-Net untuk panggilan suara domestik dan SMS Tanpa Had Perkhidmatan Off-Net untuk panggilan suara domestik RM 0.09 / Minit Perkhidmatan Off-Net untuk SMS RM 0.09 / SMS *Tawaran sehingga diberitahu kelak
- Siapakah yang layak mendapatkan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes?
Pakej ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur di bawah 24 tahun dan pelajar yang memiliki MyKad yang sah dan kad pengenalan pelajar atau alamat e-mel rasmi yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan masing-masing. - Apakah tempoh pendaftaran bagi Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes?
Pakej ini akan bermula dari 16 Julai 2024 sehingga diberitahu kelak. - Bagaimanakah saya boleh melanggan Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes?
Anda boleh melanggan melalui Yes Online Store (www.yes.my), aplikasi MyYes, Yes Stores dan Rakan Niaga Yes. - Berapakah Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes yang saya boleh daftarkan?
Anda boleh mendaftar satu (1) Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes dengan syarat anda tidak mempunyai lebih dari maksima lima (5) akaun perkhidmatan prabayar bersama Yes. - Berapa lama akaun Perkhidmatan Prabayar saya akan aktif dari tarikh pengaktifan SIM Yes?
Akaun Perkhidmatan Prabayar anda akan kekal aktif untuk tempoh 180 hari dari tarikh pengaktifan SIM Yes. Untuk terus menggunakan perkhidmatan Yes, sila beli Tambah Nilai Yes atau Data Add-Ons melalui aplikasi MyYes. - Adakah saya akan dibenarkan untuk membawa ke hadapan sebarang data yang tidak digunakan di bawah Pakej RAHMAH Prabayar Siswa Yes selepas tamat tempoh sah akaun?
Tidak, anda tidak boleh membawa ke hadapan sebarang data yang tidak digunakan selepas tamat tempoh sah akaun. Sebarang baki data internet yang masih tidak digunakan todak lagi boleh digunakan setelah tamat tempoh sah akaun. - Bolehkah saya membeli data tambahan Prabayar sebelum tamat tempoh sah akaun saya?
Ya, boleh. Anda boleh membeli data tamahan melalui aplikasi MyYes. - Adakah terdapat caj dikenakan bagi panggilan suara dan SMS dalam rangkaian (On-Net)?
Semua panggilan suara dalam talian (On-Net) domestik adalah percuma. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan ke atas semua panggilan antarabangsa, perayauan, panggilan IDD dan SMS mengikut kadar panggilan suara dan SMS yang terdapat di www.yes.my/roaming. - Adakah sebarang caj dikenakan untuk Panggilan Suara dan SMS luar rangkaian (Off-Net)?
Ya, semua Panggilan Suara dan SMS luar rangkaian (Off-Net) adalah tertakluk pada kadar standard. Sila rujuk jadual di bawah:-Jenis servis Off-Net Kadar (RM) Caj (dalam saat) Panggilan Suara RM 0.09 / minute 30 SMS RM 0.09/SMS – - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.