- Apakah Promosi Pakej Perpaduan Yes?
Promosi Pakej Perpaduan Yes (“Promosi”) merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd (No. Syarikat 200701035605 (793634-V)) (“YTLC”). Tertakluk kepada Terma dan syarat. - Siapa yang layak untuk Promosi ini?
Promosi ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat berikut:-
(i) Individu berumur 12 tahun ke atas dan di bawah 30 tahun, dan memiliki MyKad, MyPR atau My Tentera yang sah; atau
(ii) Individu Warga Emas (60 tahun ke atas) dan memiliki MyKad, MyPR atau My Tentera yang sah; atau
(iii) Individu yang merupakan Veteran Polis dan Tentera dan memiliki ID pesara Polis atau Tentera yang sah; atau
(iv) Individu yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan memiliki Kad MyKad, MyPR dan OKU yang sah; dan
(v) Individu yang berdaftar di bawah Kumpulan Pendapatan B40 dan memiliki MyKad, MyPR atau My Tentera yang sah. - Apakah tempoh Promosi ini?
Tempoh Promosi ini akan bermula dari 28 Februari 2023 hingga 31 Mac 2024. - Bagaimanakah saya boleh memohon Promosi ini?
Jika anda adalah Pelanggan yang Layak, anda boleh memohon Promosi ini melalui Yes Store. - Bolehkah saya mendaftar lebih dari satu Promosi Pakej Perpaduan Yes?
Pelanggan yang Layak boleh mendaftar lebih dari satu (1) Promosi Pakej Perpaduan Yes dengan syarat Pelanggan Layak tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima (5) akaun perkhidmatan prabayar bersama Yes. - Adakah terdapat tarikh luput bagi Promosi Pakej Perpaduan Yes?
Tempoh Promosi ini adalah sehingga 31 Mac 2024, tertakluk kepada terma dan syarat. - Adakah data saya yang tidak digunakan di bawah Pakej Promosi boleh digunakan lagi apabila tamat Tempoh Sah Akaun?
Tidak. Sebarang baki data internet yang masih tidak digunakan tidak lagi boleh digunakan apabila tamat Tempoh Sah Akaun. - Bolehkah saya membeli sebarang Data Tambahan Prabayar sebelum tamat Tempoh Sah Akaun saya?
Ya, anda boleh membeli Data Tambahan Prabayar sebelum tamat Tempoh Sah Akaun. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk sebarang Panggilan Suara Domestik?
Semua Panggilan Suara domestik adalah percuma. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan ke atas semua panggilan antarabangsa, perayauan dan Panggilan IDD dan SMS mengikut kadar panggilan suara dan SMS yang terdapat di www.yes.my/roaming. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk sebarang Panggilan Suara Luar rangkaian?
Ya, semua Panggilan Suara Luar rangkaian tertakluk pada kadar standard. Sila rujuk jadual di bawah:-Jenis Servis di luar rangkaian Yes Kadar (RM) Caj
(dalam saat)Panggilan Suara RM 0.09 / minit 30 SMS RM 0.09/SMS – - Bagaimana jika saya mempunyai sebarang soalan lain yang tidak terkandung dalam Soalan Lazim ini?
Anda boleh mengemukakan soalan tersebut ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes daripada gedung Android Play Store ataupun Apple App Store untuk mengemukakan soalan anda di MyYes, ataupun berbual dengan Chatbot Sofia atau pegawai khidmat pelanggan kami.