- Apakah Kempen KAWKAWKAW?
Kempen KAWKAWKAW ialah kempen masa terhad yang menawarkan Data Tambahan dengan 999GB pada harga RM1 sahaja. Kempen ini adalah untuk pelanggan Pascabayar (Tidak Termasuk Jalur Lebar) dan Prabayar mengikut pelan yang terpilih. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara saya membeli Data Tambahan KAWKAWKAW?
Anda boleh membeli Data Tambahan KAWKAWKAW melalui aplikasi MyYes jika:
(i) Anda adalah pelanggan baru Yes (Pascabayar atau Prabayar) yang mendaftar dengan pelan RM20 dan ke atas.
(ii) Bagi pelanggan Pascabayar sedia ada, anda mesti mempunyai akaun aktif (tidak disekat atau digantung) dengan kos pelan bulanan minimum RM20 dan ke atas.
(iii) Bagi pelanggan Prabayar sedia ada, anda mesti mempunyai add-on yang aktif pada RM20 atau lebih. - Apakah tempoh kempen ini?
Tempoh kempen adalah dari 5 November 2024 hingga 5 Februari 2025. - Apakah caj dan tawaran di bawah Kempen KAWKAWKAW?
Sila rujuk jadual di bawah:(i) Pelanggan Pelan Pascabayar;Nama Data Tambahan Harga Data (5G/4G) Tempoh Sah Penggunaan Hotspot Jenis Pelan RM1 999GB KAWKAWKAW RM1 999GB (Kelajuan 5G + 4G Tanpa Had) Mengikut Kitaran Bil Ya Pelan Data RM1 999GB Hotspot KAWKAWKAW RM1 999GB (Kelajuan 5G + 4G Tanpa Had) Mengikut Kitaran Bil Ya (Penggunaan Hotspot sahaja) Pelan Data Tanpa Had *Data Tambahan sah sehingga akhir kitaran pengebilan semasa. Data Tambahan boleh dibeli semula pada kitaran bil yang berikut, dalam tempoh kempen dan dengan syarat akaun status adalah aktif.
(ii) Pelanggan Pelan PrabayarNama Data Tambahan Harga Data (5G/4G) Tempoh Sah Penggunaan Hotspot Jenis Pelan RM1 999GB KAWKAWKAW RM1 999GB (Kelajuan 5G + 4G Tanpa Had) 30 hari (dari tarikh pembelian) Ya Pelan Data dan Pelan Data Tanpa Had *Data Tambahan sah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian dan digunakan dalam tempoh ini. Pembelian berikut boleh dibuat selepas Tempoh Sah Data Tambahan tamat, dengan syarat masih di dalam Tempoh Kempen.
- Bolehkah saya menggunakan Kredit Yes saya untuk membeli Data Tambahan KAWKAWKAW?
Ya boleh! - Berapa banyak Data Tambahan KAWKAWKAW yang boleh saya beli pada satu masa?
Anda boleh membeli Data Tambahan KAWKAWKAW bersama 999GB dengan harga RM1 lebih dari satu kali sepanjang tempoh kempen. Bagi pembelian yang berikut selepas pembelian pertama boleh dibuat hanya selepas Data Tambahan KAWKAWKAW yang sedia ada telah tamat tempoh. - Saya mempunyai Data Tambahan yang sedia ada dan telah membeli Data Tambahan KAWKAWKAW sebelum Data Tambahan saya yang sedia ada tamat tempoh. Apakah yang akan berlaku kepada Data Tambahan ini?
Untuk pelan Data, Add-On dengan tarikh luput yang lebih awal akan digunakan terlebih dahulu. Untuk pelan Tanpa Had, mana-mana Data Hotspot yang ada akan digunakan dahulu, diikuti dengan Data Tambahan KAWKAWKAW, dan kemudian Data Tanpa Had. - Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan dan baki Data Tambahan KAWKAWKAW saya?
Anda boleh menyemak penggunaan dan baki Data Tambahan anda melalui aplikasi MyYes. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.