- Bilakah saya boleh menjangkakan penghantaran pesanan saya?
Penghantaran Produk akan diselesaikan dalam masa lima (5) hingga tujuh (7) hari bekerja setelah pembayaran anda berjaya. - Bagaimanakah cara untuk saya mengesan pesanan saya?
Anda boleh mengesan status pesanan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:- Lawati www.yes.my/trackorder
- Masukkan “Nombor Pesanan”
- Tekan “Mulakan Pencarian”
- Pukul berapa barang saya akan dihantar?
Produk akan dihantar kepada anda pada hari bekerja di antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang atau di antara jam 9.00 pagi-1.00 petang pada hari Sabtu. - Bolehkah saya menghantar barang saya ke alamat selain daripada alamat rumah saya?
Sila pastikan anda memasukkan alamat penghantaran yang betul sebelum meneruskan pembayaran - Bolehkah saya menukar/kemaskini alamat penghantaran saya selepas pesanan saya disahkan?
Tidak, anda tidak dibenarkan membuat sebarang penukaran/kemaskini alamat penghantaran anda setelah kami telah mengesahkan pesanan anda melalui e-mel. - Bagaimanakah jika saya tidak ada pada tarikh penghantaran yang dijadualkan?
Sekiranya anda tidak ada di alamat penghantaran pada tarikh yang dijadualkan, anda akan menerima notifikasi daripada ejen penghantaran. Anda diminta menghubungi ejen tersebut (yang maklumatnya akan tertera di notifikasi) untuk mengatur penghantaran semula atau mengumpul pembelian anda dari syarikat penghantaran yang terdekat dalam masa lima (5) hari dari tarikh penghantaran yang tidak berjaya. - Apakah yang akan berlaku pada produk saya jika saya tidak dapat mengambilnya dalam masa lima (5) hari?
Pembelian anda akan dikembalikan kepada kami oleh ejen penghantaran kami. Dalam keadaan berikut, sila hubungi YesCare melalui e-mel (yescare@yes.my) untuk mengatur pengumpulan atau penghantaran semula. YesCare beroperasi di antara jam 8pagi dan 11malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum). Harap maklum bahawa caj penghantaran tambahan mungkin dikenakan sekiranya ada pengiriman berulang. - Apakah yang akan berlaku sekiranya penghantaran saya hilang, rosak atau mengandungi produk yang salah?
Sekiranya anda mengalami masalah dengan penghantaran anda, termasuk hilang, rosak atau penghantaran produk yang salah, sila e-mel yescare@yes.my . YesCare beroperasi di antara jam 8.00 pagi dan 11.00 malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum). - Bolehkah Yes menghantar barang pesanan saya ke luar Malaysia?
Tidak, alamat penghantaran adalah hanya di seluruh Malaysia sahaja. Tiada penghantaran antarabangsa. - Apakah polisi pengembalian anda?
Kami tidak menerima pulangan semula untuk sebarang pembelian. Oleh itu, sila sahkan pembelian anda dengan segera setelah menerima produk daripada ejen penghantaran. - Adakah saya layak mendapat bayaran balik sekiranya saya tidak berpuas hati dengan produk saya?
Semua jualan tidak boleh dikembalikan. - Bagaimanakah cara untuk saya meminta penggantian jika saya menerima produk yang salah?
Pengembalian produk adalah tidak dibenarkan. Anda diminta mengesahkan pesanan anda setelah menerima barang daripada ejen penghantaran.