- Apakah 5G?
5G ialah teknologi selular generasi terkini dengan kelajuan internet terpantas, kependaman ultra rendah dan lebar jalur yang lebih besar. - Apakah perbezaan kelajuan internet di antara 4G dan 5G?
Dengan 5G, pelanggan akan mendapat kadar data puncak sehingga 100 kali lebih pantas berbanding 4G, dan 1,000 kali lebih banyak sambungan daripada rangkaian 4G dengan kependaman hampir sifar – hampir tiada kelewatan dalam proses menghantar dan menerima maklumat antara peranti. - Apakah pelan FT5G Yes yang ditawarkan oleh Yes?
Pelan FT5G Yes adalah siri pelan khas yang membolehkan pelanggan menikmati akses 5G tanpa had secara percuma sehingga 30 hari dari tarikh pengaktifan kad SIM (tertakluk kepada terma & syarat). Ini termasuk pelan FT5G Yes Prabayar Tanpa Had, FT5G Yes Pascabayar 49 dan FT5G Yes Pascabayar 99 Bundle Peranti. - Lokasi manakah yang dilengkapi dengan perkhidmatan 5G?
Untuk maklumat yang lebih lanjut dan semakan bagi liputan rangkaian 5G, sila rujuk www.yes.my/coverage. - Sekiranya saya telah melanggan pelan Kempen Yes First to 5G tetapi tidak berada dalam kawasan rangkaian 5G, adakah saya masih akan menikmati perkhidmatan 5G?
Anda tidak akan dapat menikmati perkhidmatan 5G jika tidak berada di kawasan rangkaian 5G. Walau bagaimanapun, anda akan terus menikmati sambungan 4G tanpa gangguan di rangkaian Yes kami. - Bagaimanakah cara untuk saya menikmati perkhidmatan 5G?
Anda boleh melanggan mana-mana pelan yang tersedia dalam Kempen Yes First to 5G tertakluk pada terma dan syarat. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menikmati rangkaian 5G menerusi peranti yang menyokong teknologi 5G sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk yes.my/supported-devices/ - Saya telah melanggan pelan FT5G Yes Pascabayar ataupun pelan FT5G Yes Prabayar. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui jika saya mempunyai sambungan 5G?
Ikon 5G akan dipaparkan di skrin peranti anda apabila anda berada dalam kawasan yang diliputi perkhidmatan 5G. - Apakah yang perlu saya lakukan jika saya berada di kawasan rangkaian 5G tetapi ikon 5G di peranti saya tidak dipaparkan?
JIka ini berlaku, anda boleh mengemukakan soalan anda kepada yescare@yes.my. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes daripada Android Play Store ataupun Apple App Store untuk mengemukakan soalan anda di MyYes, ataupun berbual dengan Chatbot Sofia atau pegawai khidmat pelanggan kami. - Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan 5G menerusi fon pintar 4G?
Tidak. Anda tidak dapat menggunakan perkhidmatan 5G dengan fon pintar 4G. - Bolehkah saya menggunakan kad SIM 5G dengan fon pintar 4G saya?
Tidak. Kad SIM 5G tidak boleh digunakan dengan fon pintar 4G. - Saya berada dalam kawasan liputan 5G. Bolehkah saya memilih untuk menggunakan rangkaian 4G dan bukannya 5G?
Tidak. Anda tidak boleh memilih jenis sambungan rangkaian kerana fon pintar anda telah diprogramkan untuk menyambungkan rangkaian terbaik yang tersedia di kawasan tersebut secara automatik. - Bolehkah saya menggunakan fon pintar 5G yang dibeli di luar negara di Malaysia?
Kami tidak dapat memberi jaminan bahawa peranti 5G yang dibeli di luar negara dapat digunakan pada rangkaian 5G Malaysia. Sebaliknya, kami menyarankan agar anda membeli fon pintar terus daripada Yes. - Adakah sebarang konfigurasi khusus diperlukan untuk mengaktifkan perkhidmatan 5G dengan fon pintar 5G saya?
Tidak. Tiada konfigurasi khusus diperlukan. Anda boleh menggunakan perkhidmatan 5G dengan fon pintar 5G selagi anda berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G. - Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan 5G dengan modem jalur lebar Yes?
Tidak. Buat masa ini, modem jalur lebar kami tidak menyokong rangkaian 5G.
- Apakah yang akan berlaku berlaku pada sambungan rangkaian 5G saya apabila peranti saya di bawah mode penjimatan bateri?
Kebiasaannya sambungan rangkaian 5G pada peranti akan dimatikan secara automatik apabila di bawah mode penjimatan bateri. - Bateri saya hampir kehabisan bateri, apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan saya masih mempunyai sambungan ke rangkaian 5G?
Untuk terus menikmati perkhidmatan rangkaian 5G, anda boleh mematikan mode penjimatan bateri dan memilih “5G” di bawah tetapan rangkaian peranti. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh merujuk pada Cara Untuk Memilih Rangkaian 5G.