- Apa itu Yes Prihatin x Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin akan menerima sepuluh (10) Ganjaran Pulangan Tunai Shopee yang bernilai sehingga RM50 (RM5 setiap satu). Ganjaran Pulangan Tunai Shopee ini boleh digunakan menerusi pembayaran secara e-dompet Shopee Pay dengan mana-mana 10 peniaga yang mengambil bahagian. Akaun ShopeePay anda mesti didaftarkan dengan nombor Yes yang digunakan untuk menuntut subsidi Yes Prihatin anda.Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin-shopeepay-rewards#TNC - Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
Untuk pelanggan Yes:
Pastikan akaun ShopeePay anda didaftarkan dengan nombor Yes. Anda akan menerima Ganjaran Pulangan Tunai Shopee dalam masa 10 hari bekerja secara automatik dari penebusan Subsidi Jaringan Prihatan anda.Pelanggan Yes yang baru dan telah menuntut subsidi Jaringan Prihatin dengan Yes:Anda akan menerima Ganjaran Pulangan Tunai Shopee dalam masa 10 hari bekerja setelah mengaktifkan kad SIM Yes Prihatin baru anda. Pastikan akaun ShopeePay anda telah didaftarkan dengan nombor Yes anda.
- Bagaimanakah cara untuk membuka akaun ShopeePay?
Untuk membuka akaun ShopeePay:
1. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play atau Apple Store
2. Daftar akaun Shopee
3. Tekan ikon ‘Me’ (or ‘Saya’) yang terdapat di sebelah kanan bawah halaman utama
4. Tekan ‘ShopeePay’ untuk melengkapkan akaun ShopeePay anda
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://help.shopee.com.my/ - Saya mempunyai akaun Shopee tetapi ia didaftarkan dengan nombor lain. Bagaimanakah cara untuk saya menukar nombor telefon yang didaftarkan kepada nombor Yes saya?
Untuk menukar nombor telefon berdaftar anda di Shopee:
1. Buka aplikasi Shopee anda
2. Tekan pada ikon ‘Me‘ (Saya) yang terdapat di sebelah kanan bawah halaman utama
3. Tekan pada ikon gear untuk membuka Tetapan Akaun (Account Settings)
4. Klik ‘Profil Saya‘,
5. Kemudian, klik ‘Telefon‘
6. Tekan ‘Edit‘ dan masukkan nombor telefon Yes anda untuk menjana kod OTP yang akan dihantar kepada anda.
7. Masukkan kod OTP untuk mengesahkan penukaran nombor telefon
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://help.shopee.com.my/ - Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan Ganjaran Pulanagn Tunai Shopee?
Ganjaran Pulanagn Tunai Shopee boleh digunakan menerusi e-dompet Shopee Pay dengan mana-mana 10 peniaga yang mengambil bahagian dalam inisiatif Yes Prihatin x Shopee. Akaun ShopeePay haruslah didaftarkan ke nombor Yes anda. Harap maklum bahawa setiap pedangang mengenakan kadar pesanan yang berbeza. - Bolehkah ganjaran Pulangan Tunai Shopee ditukar menjadi wang tunai?
Tidak, Ganjaran Pulangan Tunai Shopee tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai. - Saya mempunyai lebih daripada satu akaun ShopeePay. Akaun manakah yang akan dikreditkan dengan Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
Akaun ShopeePay dan Subsidi Jaringan Prihatin yang berdaftar dengan nombor Yes akan menerima Ganjaran Pulangan Tunai Shopee. - Berapa banyak Ganjaran Pulangan Tunai Shopee akan saya perolehi?
Sekiranya anda menuntut Subsidi Jaringan Prihatin dengan Yes, anda berhak mendapat sepuluh (10) Ganjaran Pulangan Tunai Shopee bernilai sehingga RM50 (RM5 setiap satu) yang boleh digunakan menerusi e-dompet Shopee Pay dengan mana-mana 10 peniaga yang mengambil bahagian dalam inisiatif Yes Prihatin x Shopee. Jika anda memohon menerusi akaun yang berlainan, ganjaran tunai hanya akan diberikan kepada pemohonan pertama yang berjaya. - Siapakah peniaga yang mengambil bahagian dalam Ganjaran Pulangan Tunai Shopee ini?
Sila layari https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin-shopeepay-rewards#TNC untuk maklumat lebih lanjut. - Apakah tempoh sah Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
Ganjaran Pulangan Tunai Shopee sah selama 30 hari dari tarikh penerimaan notifikasi daripada Shopee. - Adakah senarai peniaga yang mengambil bahagian untuk Ganjaran Pulangan Tunai Shopee akan berubah?
Mungkin. Shopee berhak mengubah dan mengemas kini senarai peniaga untuk kempen ini tanpa perlu memaklumkan kepada semua. - Bagaimana jika kami ada pertanyaan lebih lanjut mengenai Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee di https://help.shopee.com.my untuk maklumat lebih lanjut.