- Apakah program Jaringan Prihatin?
Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), membeli peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi. - Bagaimana saya boleh mendapat manfaat daripada program Jaringan Prihatin?
Jika anda layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh YES yang disubsidi oleh Kerajaan. - Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam program ini;
Subsidi 1: Rebat subsidi pelan data bulanan; atau Subsidi 2: Subsidi pakej peranti.
Jumlah peruntukan subsidi untuk penerima yang layak adalah seperti berikutKategori 1 – Berkahwin dan Bujang tanpa anak bawah 18 tahun
Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
Subsidi 2: RM180 subsidi pakej peranti
Kategori 2- Berkahwin dan Bujang yang mempunyai anak bawah 18 tahun Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
Subsidi 2: RM300 subsidi pakej peranti
Dimana nilai manfaat yang ditawarkan oleh YES mungkin berbeza. Pemberian subsidi yang disalurkan juga adalah bergantung pada pihak YES dan pilihan pelan data anda.
- Bagaimanakah saya boleh menyemak sama ada saya layak untuk Jaringan Prihatin?
Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak kelayakan anda di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my/. - Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Kunjungi laman sesawang: https://bpr.hasil.gov.my/
Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “semak” - Bilakah saya boleh menyertai program Jaringan Prihatin?
Pendaftaran untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Anda boleh mendaftar dengan YES melalui aplikasi MyYes (Pelangan YES) atau melalui yes.my/kasiupb40 (Pelangan Baru) Pada 30 September 2021. - Berapa lamakah tempoh Program Jaringan Prihatin?
Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 30 September 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022 - Bagaimanakah saya boleh menyertai program Jaringan Prihatin?
Untuk menyertai program Jaringan Prihatin, jika anda adalah pelangan YES sila log masuk ke aplikasi MyYes anda dan klik sepanduk b40 untuk pendaftaran program Jaringan Prihatin. Untuk pelanggan baru, layari yes.my/kasiupb40 sekarang untuk pendaftaran mudah. SIM baru akan dihantarkan terus kepada anda!Atau kunjungi mana-mana kedai YES dan pengedar YES yang sah. Untuk senarai penuh kedai YES, layari yes.my/support/store-locator/ - Saya layak untuk program Bantuan Prihatin tetapi saya terlepas tarikh akhir untuk menyertai program Jaringan Prihatin, masih bolehkah saya mendaftar?
Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda terlepas tarikh akhir pendaftaran pada 30 September 2021, walaupun anda adalah penerima BPR yang layak. - Bagaimana saya boleh membuat rayuan jika saya menghadapi sebarang isu?
Untuk pertanyaan atau rayuan berkaitan kelayakan, sila layari laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my/) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747) untuk maklumat lanjut. Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun – 30 Jun 2021. Untuk sebarang perkara lain yang berkaitan dengan YES, sila hubungi talian bantuan kami di 018 333 3303 - Berapa kali boleh saya sertai program Jaringan Prihatin?
Setiap MyKad yang layak dibenarkan untuk menyertai program Jaringan Prihatin hanya sekali dalam tempoh pendaftaran dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan menukar pendaftaran anda kepada penyedia perkhidmatan lain semasa program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.