- Adakah Penerima masih berhak mendapat rebat Jaringan Prihatin RM15 sebulan jika mereka bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain?
Ya, Penerima masih berhak mendapat rebat Jaringan Prihatin RM15 sebulan jika mereka bertukar daripada satu Penyedia Perkhidmatan kepada yang lain, namun mereka dikehendaki menamatkan perkhidmatan mereka terlebih dahulu dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada. Had penukaran maksimum adalah 3 kali selepas pendaftaran awal dilakukan dengan Penyedia Perkhidmatan pertama (contohnya: Penyedia Perkhidmatan A> Penyedia Perkhidmatan B > Penyedia Perkhidmatan C > Penyedia Perkhidmatan D) di sepanjang program ini. - Bolehkah Penerima Subsidi Jaringan Prihatin menukar Pelan Perkhidmatan Jaringan Prihatin kepada mana-mana Pelan Perkhidmatan Prabayar atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar di dalam Tempoh Program?
Di dalam Tempoh Program, Penerima Subsidi Jaringan Prihatin yang telah melanggani Pelan Perkhidmatan Prabayar YES Prihatin, Pelan Perkhidmatan YES Prihatin Belajar dari Rumah untuk Individu dan Pelan Perkhidmatan YES Prihatin Belajar dari Rumah untuk Keluarga adalah tidak dibenarkan untuk menukar pelan perkhidmatan sedemikian kepada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Pelan Perkhidmatan Prabayar yang lain. - Bolehkah Penerima bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran?
Tidak, Penerima tidak boleh bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran. - Bolehkah Penerima yang memenuhi syarat port-in/ mendaftar nombor penyedia perkhidmatan semasa untuk Subsidi Jaringan Prihatin di bawah YES?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin dibenarkan untuk port-In dengan syarat yang dinyatakan di Soalan Lazim 1 daripada satu Penyedia Perkhidmatan ke yang lain. Namun, Penerima harus membatalkan Subsidi Jaringan Prihatin dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada. - Apakah yang akan terjadi kepada baki Subsidi Jaringan Prihatin, jika Penerima menghentikan pelan semasa dan mendaftar ke pelan lain?
Baki Subsidi Jaringan Prihatin akan diteruskan dalam pelan baru. - Saya kini berdaftar dengan Penyedia Perkhidmatan ‘A’ dan ingin bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain. Adakah saya masih layak untuk menerima subsidi Jaringan Prihatin?
Ya. Anda perlu menamatkan pendaftaran Jaringan Prihatin anda terlebih dahulu dengan Penyedia Perkhidmatan ‘A’. Seterusnya, anda boleh mendaftar dengan Penyedia Perkhidmatan yang baru untuk terus menikmati program Jaringan Prihatin. Walau bagaimanapun, penukaran maksimum adalah sehingga 3 kali sahaja (iaitu Penyedia Perkhidmatan A (pakej semasa) > Penyedia Perkhidmatan B > Penyedia Perkhidmatan C > Penyedia Perkhidmatan D) sepanjang program ini. Ini bagaimanapun hanya melibatkan mereka yang memilih subsidi pelan data bulanan, dan BUKAN subsidi pakej peranti. - Bolehkah saya bertukar kepada pelan data yang berbeza dengan Penyedia Perkhidmatan saya selepas mendaftar?
Ya, anda boleh beralih ke pelan data yang berbeza asalkan tawaran tersebut melayakkan penerima untuk menebus subsidi Jaringan Prihatin secara bulanan. - Adakah Penerima yang berpindah ke Penyedia Perkhidmatan lain perlu mendaftar semula ke program Subsidi Jaringan Prihatin atau kelayakan boleh dikesan secara automatik?
Penerima perlu menamatkan Subsidi Jaringan Prihatin dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada terlebih dahulu sebelum mendaftar semula dengan Penyedia Perkhidmatan baharu untuk Program Jaringan Prihatin. - Saya telah menikmati rebat Prihatin bulanan dengan Penyedia Perkhidmatan sekarang. Bolehkah saya menamatkan program langganan ini dan meneruskan program dengan Penyedia Perkhidmatan yang baru?
Anda dibenarkan menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penebusan subsidi adalah terhad kepada sekali sebulan sama ada dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada atau Penyedia Perkhidmatan yang baru. Contohnya, Jika anda telah menerima subsidi (untuk Pascabayar) atau (untuk Prabayar) sebelum anda menamatkan talian anda dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada, anda tidak akan dapat menebus subsidi RM15 lagi daripada Penyedia Perkhidmatan lain pada bulan yang sama.