- Jika Pelanggan Jaringan Prihatin memilih subsidi RM180, apakah pelan yang sesuai untuk mereka langgan?
Jika anda adalah pelanggan Yes, sila log masuk ke applikasi MyYes dan klik sepanduk B40 untuk mendaftar ke Program Jaringan Prihatin.
Bagi pelanggan baru pula, lawati yes.my/kasiupb40 sekarang untuk mendaftar. SIM baru akan dihantar terus kepada anda!Atau kunjungi mana-mana kedai Yes dan peniaga sah Yes. Untuk senarai penuh kedai Yes, lawati yes.my/support/store-locator/. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Jika Pelanggan Jaringan Prihatin memilih subsidi RM180, apakah pelan yang sesuai untuk mereka langgan?
(i) Mereka perlukan pakej bundle peranti (iaitu peranti mudah alih atau peranti WiFi); atau
(ii) Pelan data bulanan yang mana anda boleh menebus RM 15 setiap bulan selama 12 bulan sehingga tarikh akhir program ini iaitu, 30 September 2022
Tawaran khusus mungkin berbeza-beza tertakluk kepada Yes. - Apakah pelan yang sesuai untuk dilanggan oleh Penerima yang menyertai program subsidi Jaringan Prihatin RM300, yang telah pun berkahwin atau merupakan ibu/bapa tunggal?
Jika Penerima memilih untuk menebus subsidi RM300, mereka hanya boleh menggunakannya untuk menebus pakej bundle peranti (iaitu peranti mudah alih ditambah pelan data) sahaja. - Jika Penerima memilih rebat subsidi Jaringan Prihatin sebanyak RM15 sepanjang tempoh program, apakah pelan yang sesuai untuk dilanggan?
Secara umumnya, Penerima diberi kebebasan untuk memohon rebat bagi pelan baru dan sedia ada, prabayar dan pascabayar yang ditawarkan dibawah program ini. Walau bagaimanapun, tawaran mungkin berbeza-beza tertakluk kepada terma dan syarat Penyedia Perkhidmatan masing-masing. - Bagaimana boleh saya gunakan rebat RM15 bulanan?
Secara umum, anda boleh menggunakan rebat RM15 bulanan untuk:
(i) membeli pelan data bulanan (untuk pelanggan prabayar sahaja), atau
(ii) mengimbangi pembayaran bil pelan data bulanan pascabayar anda (untuk pelanggan pascabayar sahaja). - Saya memutuskan untuk mendapatkan subsidi pelan data RM15 sebulan, berapa kalikah boleh saya menebusnya?
Anda boleh menebus RM15 sebulan sebanyak dua belas (12) kali. Penebusan terhad kepada sekali sebulan sahaja. Anda mempunyai sehingga 30 September 2022 untuk menebus subsidi tersebut. - Bolehkah Penerima menebus lebih daripada sekali dalam masa sebulan untuk subsidi RM15 Jaringan Prihatin?
Tidak, Penerima tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali dalam masa sebulan. - Berapa kalikah saya perlu mendaftar dengan program ini untuk menikmati rebat RM15?
Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk program Jaringan Prihatin. Tempoh pendaftaran bagi program ini dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. - Saya terlepas tarikh akhir untuk mendaftar dengan program Jaringan Prihatin pada 30 September 2021, adakah saya masih boleh mendaftar?
Tidak, tarikh akhir pendaftaran ialah pada 30 September 2021. Pendaftaran selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. - Bolehkah Penerima memilih tarikh pengeluaran/pembayaran subsidi RM15 Jaringan Prihatin?
Tidak, Penerima tidak boleh memilih tarikh pembayaran subsidi dibuat. Secara umumnya, penebusan dan pembayaran subsidi akan berlaku pada bulan yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza diantara setiap Penyedia Perkhidmatan dan juga antara pelan prabayar dan pasca bayar. - Saya telah mendaftar untuk pakej peranti sebelum 5 Mei 2021 (permulaan program Jaringan Prihatin). Bolehkah saya menggunakan subsidi peranti RM180 untuk pakej itu?
Tidak, subsidi peranti program Jaringan Prihatin hanya boleh dipakai untuk pakej peranti baharu yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan yang terlibat dalam Program Jaringan Prihatin. - Bolehkah Penerima menggunakan rebat subsidi Jaringan Prihatin untuk membuat pembayaran setahun lebih awal atau mendapatkan rebat untuk pembelian pelan data?
Tidak, rebat subsidi Jaringan sebanyak RM15 sebulan tidak boleh dibayar secara penuh untuk setahun bagi menyelesaikan bil atau pembelian pelan data. - Adakah Penerima masih dapat menikmati rebat jika talian disekat atau digantung semasa tempoh rebat?
Sekiranya talian anda disekat atau digantung, rebat akan dikira lupus. Jika anda mengaktifkan semula talian dalam tempoh rebat, anda akan dapat menikmati rebat dari tempoh tersebut sehingga tamat tempoh 12 bulan yang diberikan. Sebarang subsidi yang tidak ditebus dalam tempoh talian disekat atau digantung sepanjang program Jaringan Prihatin, tidak akan diambil kira dan dianggap lupus. - Bolehkan pelan subsidi ini dikira sebagai pro-rata?
Tidak, subsidi ini tidak boleh diberikan secara pro-rata. - Bolehkah Penerima menyertai program Subsidi Jaringan Prihatin ini dengan beberapa Penyedia Perkhidmatan secara serentak?
Tidak, Penerima hanya boleh menyertai program Subsidi Jaringan Prihatin dengan satu (1) Penyedia Perkhidmatan pada satu masa. - Bolehkah Penerima bertukar kepada kepada Penyedia Perkhidmatan lain setelah pendaftaran berlaku?
Ya. Penerima boleh bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan lain selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh penebusan awal. - Bolehkah Penerima bertukar kepada opsyen lain dibawah Subsidi Jaringan Prihatin selepas pendaftaran berlaku?
Setelah Penerima mendaftar dibawah salah satu opsyen dibawah Subsidi Jaringan Prihatin, Penerima tidak dibenarkan untuk bertukar kepada opsyen lain. - Penerima tidak mendaftar untuk Subsidi Jaringan Prihatin, tetapi telah menerima bungkusan daripada Yes, apakah yang patut dilakukan?
Penerima boleh menghubungi YesCare di yescare@yes.my. - Sekiranya Penerima telah mendaftar untuk menyertai program Subsidi Jaringan Prihatin melalui IVR tetapi masih tidak mendapat maklum balas, apakah yang perlu dilakukan oleh Penerima?
Penerima boleh menggunakan kaedah lain untuk pendaftaran Subsidi Jaringan Prihatin seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim 1 Pendaftaran dan Penebusan. - Bagaimanakah cara untuk Penerima memastikan bahawa Subsidi Jaringan Prihatin telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun perkhidmatan Yes?
Penerima perlu memuat turun aplikasi MyYes untuk memantau akaun mereka. - Bolehkah Penerima Subsidi Jaringan Prihatin meneruskan pelan perkhidmatan setelah tempoh program selama 12 bulan tamat?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin masih boleh meneruskan pelan yang dilanggan setelah program 12 bulan berakhir dengan membayar caj komitmen. - Bagaimanakah Rebat Subsidi Jaringan Prihatin RM15 dikenakan untuk pelan prabayar?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin akan ditawarkan dengan add-on Prihatin seperti dibawah untuk ditebus dibawah Subsidi Jaringan Prihatin. Add-on Prihatin boleh didapati di aplikasi MyYes atau Yes Express Payment Channel.Jenis Data Tambahan Prabayar Prihatin Yes Prihatin Prepaid RM0 for 15GB Yes Prihatin Prepaid RM15 Unlimited Harga RM0 RM15 Data 15GB
(Tiada Had)Tanpa Had*
(sehingga 7mbps)Hotspot Ya 9GB Tempoh Sah Data Tambahan 30 hari Dari Tarikh Pembelian 30 hari Dari Tarikh Pembelian Tempoh Sah Akaun 30 hari Dari Tarikh Pembelian 60 hari Dari Tarikh Pembelian Data Tambahan – – * Penstriman video berdasarkan piawaian kualiti definisi, polisi penggunaan saksama.
- Bolehkah saya naik taraf data tambahan Yes Prihatin Prepaid RM 0 for 15GB kepada data tambahan Yes Prihatin Prepaid RM 15 Unlimited data add-on?
Ya, anda boleh menaik taraf data tambahan Yes Prihatin Prepaid RM 0 for 15GB kepada data tambahan Yes Prihatin Prepaid RM 15 Unlimited dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1) Muat turun aplikasi MyYes;
2) Aktifkan SIM Card anda melalui Ekyc;
3) Klik pada butang “BELI ADD-ON”;
4) Pilih Yes Prihatin Prepaid RM15 Unlimited; dan
5) Selesaikan pembayaran sebanyak RM 15.00 - Apakah dengan pembelian add-on Prihatin, tempoh akaun pelan perkhidmatan prabayar akan dipanjangkan?
Tempoh sah akaun pelan perkhidmatan prabayar akan dipanjangkan dengan pembelian add-on Prihatin namun tempohnya bergantung kepada jenis add-on. - Bilakah add-on Jaringan Prihatin akan diperuntukkan kepada pelanggan pelan Jaringan Prihatin subsidi RM180 dan Jaringan Prihatin subsidi RM300?
Untuk Pelanggan Baru:
Add-on Jaringan Prihatin pertama akan diperuntukkan selepas tarikh SIM berjaya diaktifkan. Peruntukkan add-on Jaringan Prihatin yang seterusnya akan diberikan selang 30 hari, bermula dari 30 hari selepas tarikh pengaktifan SIM, iaitu sebulan sekali untuk baki 11 bulan.
Sebagai contoh: Penerima Subsidi mendaftar Pelan Jaringan Prihatin subsidi RM180 dan Jaringan Prihatin subsidi RM300 pada 01 Apr 2021 dan mengaktifkan SIM pada 05 April 2021. Peruntukkan Jaringan Prihatin pertama akan diberikan ketika itu (5 April 2021). Manakala peruntukkan add-on Jaringan Prihatin ke-2 akan diterima pada 05 Mei 2021.Untuk Pelanggan sedia ada:
Peruntukkan add-on Jaringan Prihatin pertama akan diberikan selepas pendaftaran berjaya dibuat. Peruntukkan Jaringan Prihatin yang berikutnya akan diberikan selang 30 hari, bermula dari 30 hari selepas tarikh pendaftaran, (iaitu sebulan sekali untuk baki 11 bulan).
Sebagai contoh: Penerima Jaringan Subsidi berjaya mendaftar pada 20 Apr 2021, dia akan diperuntukkan add-on Jaringan Prihatin pertama. Selanjutnya pada 20 Mei 2021, dia akan menerima tambahan Jaringan Prihatin ke-2. - Adakah Penerima Subsidi Jaringan Prihatin diperlukan untuk menebus tambahan prabayar Prihatin secara manual?
YA. Penerima Subsidi Jaringan Prihatin perlu menebus add-on Prihatin secara manual melalui aplikasi MyYes atau Yes Express Payment Channel. - Apakah yang berlaku sekiranya Penerima Subsidi Jaringan Prihatin tidak menebus add-on prabayar Prihatin dalam tempoh 30 hari selepas tarikh peruntukkan?
Sekiranya Penerima Subsidi Jaringan Prihatin gagal menebus add-on Prihatin dalam tempoh 30 hari ia diperuntukan, add-on Prihatin RM0-15GB akan dikreditkan secara automatik pada akhir setiap 30 hari bermula dari hari selepas tarikh pengaktifan / pendaftaran.Sebagai contoh: Penerima Subsidi Jaringan Prihatin membeli Pelan Prabayar Prihatin pada 01 Apr 2021, dan mengaktifkan SIM pada 05 April 2021 maka add-on Jaringan Prihatin 1 akan diperuntukkan pada tarikh pengaktifan. Sekiranya dia tidak menebus add-on Prihatin, pada atau sebelum 04 Mei 2021, maka pada 05 Mei 2021, add-on Prihatin 15GB akan dikreditkan secara automatik ke akaun penerima. Mekanisme yang sama akan berlaku untuk baki penebusan add-on Prihatin yang seterusnya. - Bagaimanakah data Add-On prabayar digunakan?
Penggunaan data Add-On adalah berdasarkan keutamaan mengikut susunan berikut.
1) Add-On Prihatin 15GB,
2) Add-On Unthrottle Me atau Add-On Hotspot (tertakluk kepada pelanggan data tanpa had yang diperuntukkan),
3) Data add-on tanpa had,
4) Data add-on, data tonnage,
5) Pelan berdasarkan peruntukkan tonnage. - Bagaimana Subsidi Jaringan Prihatin RM15 berfungsi di bawah pelan pascabayar?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin akan menerima bil subsidi RM15 setiap bulan pada kitaran bil berikutnya selepas pendaftaran berjaya dibuat. Subsidi RM15 setiap bil akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun perkhidmatan pada setiap kitaran bil dengan jumlah 12 kitaran, sehingga 30 September 2022. - Bagaimanakah data Add-On pascabayar digunakan?
Penggunaan data Add-On adalah berdasarkan keutamaan mengikut susunan berikut.
1) Data Add-On – Data berasaskan GB,
2) Pelan Data yang asas. - Apakah akan berlaku sekiranya Penerima Subsidi Jaringan Prihatin melanggan pembaharuan automatik bagi pelan add-on yang sedia ada?
Pembaharuan automatik pada add-on yang sedia ada akan tetap diteruskan seperti biasa. Untuk mengelakkan pembelian data add-on yang berlebihan, penerima dinasihatkan untuk menghentikan perkhidmatan pembaharuan automatik. - Saya mahu memilih subsidi peranti dengan Penyedia Perkhidmatan saya, namun stok tidak mencukupi, apa yang perlu saya lakukan?
Periksa dengan Penyedia Perkhidmatan anda samaada mereka mempunyai stok peranti untuk ditebus sebelum 30 September 2021. Sekiranya tiada, anda boleh bertukar ke Penyedia Perkhidmatan lain. - Bagaimana jika Penerima mempunyai pertanyaan lain yang tidak terkandung dalam Soalan Lazim ini?
Penerima boleh menghubungi YesCare di yescare@yes.my. - Bagaimana untuk memeriksa status permohonan atau status penghantaran?
Untuk memeriksa status permohonan atau status penhantaran anda, ikuti langkah-langkah berikut:
1. layari https://lcs.yes.my/
2. Pilih Program Yes Prihatin
3. Masukkan nombor MyKad
4. Masukkan nombor telefon berdaftar
5. Klik “Hantar”
6. (jika berkenaan) Anda boleh memeriksa status penghantaran dengan mengklik butang “Klik di sini”.
7. Sila masukkan nombor pemesanan anda dan klik pada “Track”.