- Bagaimanakah caranya untuk Penerima membatalkan penyertaan program Subsidi Jaringan Prihatin?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin perlu hadirkan diri ke kedai YES untuk membatalkan penyertaan dalam subsidi Jaringan Prihatin. Pembatalan wajib dilakukan sekiranya penerima ingin terus menikmati baki Subsidi Jaringan Prihatin dengan penyedia perkhidmatan lain. Sila ambil perhatian bahawa pembatalan hanya terpakai kepada Penerima Subsidi Jaringan Prihatin yang telah memilih subsidi pelan data bulanan RM15; ia tidak terpakai kepada subsidi pakej peranti. - Jika Penerima tidak membatalkan penyertaan mereka daripada program Subsidi Jaringan Prihatin, adakah pelan perkhidmatannya turut terbatal?
Pembatalan Subsidi Jaringan Prihatin tidak dianggap sebagai penamatan pelan perkhidmatan. Penerima masih boleh terus menggunakan pelan perkhidmatan dengan membayar caj komitmen. Sekiranya enggan meneruskan perkhidmatan ini, penerima perlu menghentikan pelan perkhidmatan tersebut - Perlukah Penerima membatalkan pendaftaran jika ingin bertukar pelan perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan sedia ada?
Penerima Subsidi Jaringan Prihatin tidak perlu membatalkan pendaftarannya. - Bolehkah Penerima menikmati baki subsidi jika mereka menamatkan nombor telefon bimbit mereka dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada semasa tempoh 12 bulan program subsidi berlangsung, dan beralih ke nombor baru dengan Penyedia Perkhidmatan lain?
Ya, anda boleh menamatkan perkhidmatan anda dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada dan bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang baru. Anda masih boleh menikmati rebat RM15 jika belum melebihi dua belas (12) penebusan sepanjang tempoh program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022. - Saya pelanggan pascabayar dan kini menikmati rebat RM15 sebulan, adakah saya masih akan mendapat rebat selepas penamatan akaun perkhidmatan?
Tidak, anda tidak akan menerima rebat RM15 dalam bil anda selepas penamatan akaun perkhidmatan anda