- Apakah itu Program Jaringan Prihatin bersama Yes?
Program Jaringan Prihatin bersama Yes adalah satu program subsidi usahasama diantara Kerajaan dan YES yang menawarkan pakej perkhidmatan telekomunikasi dan peranti kepada penerima subsidi yang berkelayakan. - Siapakah yang layak untuk menyertai Program Jaringan Prihatin bersama Yes?
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”) layak untuk menyertai Program Jaringan Prihatin bersama Yes. Namun, hanya pemohon utama BPR bagi setiap isi rumah harus memohon. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah produk-produk yang saya boleh langgani sebagai sebahagian daripada Jaringan Prihatin dengan Yes Program?
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan langganan produk-produk di bawah Jaringan Prihatin dengan Yes Programme, sila rujuk kepada laman web kami di yes.my.
Berkenaan dengan Yes Prihatin Learn From Home For Families Service Plan dan Yes Prihatin Learn From Home For Individuals Service Plan anda adalah berhak kepada suatu Yes smartphone. Sila rujuk kepada jadual di bawah berkenaan dengan spesifikasi minima YES smartphone:Penerangan Spesifikasi Paparan (Display) 5.0” OS Android Go; Google GMS Certified Kamera 5MP (rear) + 2MP(Front) Bateri 2000mAh RAM 1GB ROM 8GB with SD Card support Chipset Quad-core 64-bit - Bolehkah bukan wargenagara melanggan mana-mana Program Jaringan Prihatin bersama Yes?
Tidak, Program Jaringan Prihatin bersama Yes adalah khas untuk warganegara Malaysia yang layak mendapat BPR. - Bolehkah saya menyertai Kasi Up dan Program Prihatin Refer & Earn melalui Program Jaringan Prihatin bersama Yes?
Ya, selepas berjaya mengaktifkan SIM Yes Prihatin, anda boleh berkongsi kod rujukan dengan keluarga dan rakan anda. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk terma dan syarat Yes Kasi Up dan Prihatin Refer & Earn. - Apakah akan berlaku sekiranya Peruntukan Kapasiti Data saya tidak digunakan dengan sepenuhnya?
Sebarang baki data internet yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke hadapan. - Apakah akan berlaku sekiranya saya menggunakan Peruntukan Kapasiti Data dengan sepenuhnya sebelum tempoh sah perkhidmatan tamat?
Anda masih boleh menikmati akses Internet tetapi dengan kelajuan internet sehingga 256kbps sahaja. Untuk terus menikmati perkhidmatan Internet dengan kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Data Add-On melalui aplikasi MyYes atau Yes Express Payment Channel. - Bolehkah saya menukar nombor telefon yang didaftar dengan syarikat telekomunikasi lain ke Program Jaringan Prihatin bersama Yes?
Ya, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah di bawah:
Langkah 1: Muat turun aplikasi MyYes
Langkah 2: Klik “Switch to Yes” di tab “Quick Access” di halaman utama. Di halaman berikut, satu lagi butang “Switch to Yes” akan muncul. Klik pada butang tersebut
Langkah 3: Masukkan nombor mudah alih yang ingin anda kekalkan dan klik “VERIFY”
Langkah 4: Klik pada nombor pengganti Yes dan klik “SUBMIT”
Langkah 5: Nantikan SMS daripada penyedia perkhidmatan lama anda, kemudian balas dengan “yes”
Langkah 6: Untuk memeriksa status anda, sila ke “Switch to Yes” dibawah tab “Quick Access” kemudian tekan “CHECK STATUS”. - Saya sudahpun menerima SIM. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkannya?
Untuk mengaktifkan SIM anda:
(i) Muat turun aplikasi MyYes
(ii) Pada halaman log masuk, tekan “New User”
(iii) Klik “Activate SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin
(iv) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas pendaftaran?
Ya. Selagi SIM belum dihantar, alamat masih boleh ditukar.