- Apakah Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes?
Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes adalah satu program subsidi bersama diantara Kerajaan dan Yes yang menawarkan pakej perkhidmatan telekomunikasi dan peranti kepada penerima subsidi yang layak. - Siapakah yang layak untuk menyertai Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes?
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”) layak untuk menyertai Program Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes. Tetapi, hanya pemohon utama BPR bagi setiap isi rumah yang boleh memohon. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apakah produk yang boleh saya langgani bagi Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes?
Untuk maklumat lanjut berkenaan langganan produk-produk di bawah Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes, sila rujuk laman web kami di yes.my. Berkenaan dengan Yes Prihatin Learn From Home Family Postpaid dan Yes Prihatin Learn From Home Individual Postpaid anda berhak mendapat satu unit Samsung Galaxy A02. - Adakah saya akan terikat bersama Kontrak sekiranya saya melanggan mana-mana Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin?
Ya, tempoh Kontrak adalah selama 12 bulan. - Adakah saya perlu membayar sebarang pembayaran pendahuluan sekiranya saya melanggan mana-mana Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin?
Ya, untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada Terma dan Syarat Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Jaringan Prihatin @ www.yes.my/tnc - Sekiranya bukan warganegara Malaysia, bolehkah saya melanggan mana-mana Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes?
Tidak, Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes adalah khas untuk warganegara Malaysia yang layak mendapatkan BPR. - Bolehkah saya menyertai Program Kasi Up dan Prihatin Rujuk & Jana melalui Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama Yes?
Ya, selepas berjaya mengaktifkan SIM Yes Prihatin, anda boleh berkongsi kod rujukan bersama keluarga dan rakan anda. Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila rujuk terma dan syarat Yes Kasi Up dan Prihatin Rujuk & Jana. - Apakah akan berlaku sekiranya Peruntukan Kapasiti Data saya tidak digunakan dengan sepenuhnya?
Sebarang Peruntukan Kapasiti Data yang tidak digunakan pada akhir Kitaran Biltidak akan dibawa ke Kitaran Bil berikut. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan Peruntukan Kapasiti Data dengan sepenuhnya sebelum Kitaran Bil?
Anda masih boleh menikmati akses Internet tetapi dengan kelajuan internet sehingga 256kbps sahaja, atau anda boleh membeli Tambahan Data Pascabayar (melalui aplikasi MyYes atau Yes Express Payment Channel) untuk menikmati data internet tanpa kawalan kecepatan. - Adakah saya perlu meneruskan bayaran Yuran Komitmen sekiranya akaun Perkhidmatan Pascabayar saya digantung semasa Tempoh Kontrak?
Ya, walaupun akaun Perkhidmatan anda digantung semasa Tempoh Kontrak, anda mesti teruskan pembayaran Yuran Komitmen untuk setiap Kitaran Bil semasa Tempoh Kontrak. Dimaklumkan bahawa kami hanya akan meyekat atau menggantung akaun Perkhidmatan anda jika berlaku kejadian kelalaian seperti yang disenaraikan dalam Klausa 9 (a) Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar. - Bolehkah saya menukar nombor telefon yang didaftarkan dengan syarikat telekomunikasi lain ke Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin?
Ya, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
Langkah 1: Muat turun aplikasi MyYes
Langkah 2: Klik “Tukar ke Yes” pada “Akses Pantas” di halaman utama. Di halaman berikut, satu lagi butang “Tukar ke Yes” akan muncul. Klik pada butang tersebut.
Langkah 3: Masukkan nombor mudah alih yang ingin anda kekalkan dan klik “SAHKAN”.
Langkah 4: Klik pada nombor pengganti Yes dan klik “HANTAR”.
Langkah 5: Nantikan SMS daripada penyedia perkhidmatan lama anda, kemudian balas dengan “yes”.
Langkah 6: Untuk memeriksa status anda, sila ke “Tukar ke Yes” dibawah”Akses Pantas” kemudian tekan “SEMAK STATUS”. - Saya telah menerima SIM. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkannya?
Untuk mengaktifkan SIM anda:
Pelanggan Baru
(i) Muat turun aplikasi MyYes.
(ii) Pada halaman log masuk, tekan “Pengguna Baru”.
(iii) Klik “Activate SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin.
(iv) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.Pelanggan Yes
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes.
(ii) Klik “Activate SIM” di bawah Akses Pantas dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin.
(iii) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas pendaftaran?
Ya. Selagi SIM masih belum dihantar, alamat masih boleh ditukar.