- Siapakah yang layak menyertai program Jaringan Prihatin?
Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin. Pemohon Utama BPR bagi setiap isi rumah layak menyertai program ini. - Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya bujang tanpa anak?
Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti. - Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya ibu/bapa tunggal?
Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda ibu/bapa tunggal dengan anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. - Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya sudah berkahwin dan tiada anak-anak?
Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan tiada anak-anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti. - Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya berkahwin dan mempunyai anak-anak?
Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. - Anak-anak saya berusia lebih 18 tahun dan masih menetap di rumah saya; adakah saya layak menerima subsidi pakej peranti RM300?
Tidak, anda hanya layak menerima subsidi pakej peranti RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun. - Saya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing dan kami mempunyai anak-anak. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin?
Jika anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima BPR dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda layak menerima RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. - Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada pendaftaran BPR saya berjaya?
Untuk mengetahui sama ada pendaftaran BPR anda berjaya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Kunjungi laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my/
Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
Langkah 3: Masukkan nombor IC anda dan klik “semak” - Adakah Jaringan Prihatin menerima permohonan daripada pelanggan asing?
Tidak, hanya warganegara Malaysia yang mendapat BPR layak menyertai program Jarigan Prihatin. - Saya tidak layak untuk program ini; bolehkah saya membuat rayuan status kelayakan saya?
Semua penerima BPR adalah layak untuk program Jaringan Prihatin. Jika anda telah dianggap tidak layak untuk program Jaringan Prihatin, sila dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelayakan BPR, melalui laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my/) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747). Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun – 30 Jun 2021 - Saya layak untuk program Jaringan Prihatin dan saya mempunyai 2 nombor telefon bimbit. Bolehkah saya membuat tuntutan ke atas kedua-dua nombor?
Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap Kad Pengenalan individu yang layak. Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut. - Bagaimanakah pembayaran akan dibuat kepada penerima subsidi Jaringan Prihatin?
Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti daripada YES yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.
Anda boleh membuat permohonan melalui laman web Yes atau muat turun aplikasi MyYes dan klik pada sepanduk b40. - Adakah penerima subsidi Jaringan Prihatin dibenarkan untuk membuat tuntutan kepada Pemberi Perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh program selama 12 bulan?
Ya, penerima yang layak dibenarkan untuk menuntut subsidi Jaringan Prihatin daripada maksimum empat (4) Pemberi Perkhidmatan yang berbeza dalam tempoh program selama 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) Pemberi Perkhidmatan pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut. - Bolehkah penerima membuat lebih daripada satu (1) tuntutan melalui satu Kad Pengenalan?
Tidak. Setiap penerima yang layak hanya dibenarkan membuat satu tuntutan bagi setiap Kad Pengenalan di bawah program Jaringan Prihatin. - Bolehkah penerima subsidi memindahkan Subsidi Jaringan Prihatin kepada mana-mana orang lain?
Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin adalah terikat dengan Kad Pengenalan penerima individu tersebut dan oleh itu tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga. - Bolehkah penerima subsidi mengeluarkan Subsidi Jaringan Prihatin sebagai wang tunai?
Tidak, subsidi tersebut tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.