- Apakah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ adalah program telefon bundel dengan 18, 24 atau 36 bulan kontrak. - Bagaimanakah cara saya menyemak kelayakan bagi mendaftar Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Program ini ditawarkan kepada individu yang tinggal di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas. Pelanggan layak yang berjaya melepasi proses semakan kredit akan menikmati RM0 pendahuluan. Bagi pelanggan yang tidak melepasi semakan kredit dikehendaki untuk membayar deposit peranti dimana akan diberi rebat bagi sepanjang tempoh kontrak. - Di manakah saya boleh berdaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Anda boleh berdaftar di Yes Online Store (yes.my), MyYes App, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. - Berapa banyak Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ yang boleh saya daftarkan?
Tertakluk kepada kelulusan kredit dan kelayakan, anda boleh mendaftar satu (1) Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau lebih dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada maksima lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar bersama Yes. - Untuk tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+, bilakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM?
Anda dinasihatkan untuk mengaktifkan Yes dengan segera selepas langganan SIM Yes supaya anda boleh menikmati dan menggunakan tawaran perkhidmatan di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+. Setelah menerima SIM Yes, anda dikehendaki melakukan pengaktifan SIM Yes dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh langganan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan SIM Yes akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh langganan. - Adakah saya dibenarkan untuk memilih Nombor Mudah Alih Yes apabila saya memohon Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Tidak pada masa ini. Nombor Mudah Alih Yes akan diberikan untuk setiap Kad SIM Yes selepas pengaktifan - Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kapasiti data hotspot saya?
Sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam Kitaran Pengebilan peruntukan kapasiti data hotspot tidak akan dibawa ke hadapan, ke Kitaran Pengebilan yang seterusnya. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada saya bagi syarikat telekomunikasi lain dengan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada anda, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Lihat bahagian “Keep Your Number” untuk maklumat yang lanjut. - Adakah saya perlu meneruskan pembayaran Yuran Komitmen jika akaun Yes Infinite+ Postpaid Service saya digantung dalam tempoh kontrak?
Ya, walaupun dalam tempoh penggantungan akaun Perkhidmatan Pelan Pascabayar Yes Infinite+, anda masih perlu menjelaskan Yuran Komitmen bulanan anda. - Mengapakah kitaran bil saya jatuh pada pertengahan bulan?
Apabila anda berdaftar dengan akaun Yes, kitaran bil adalah dipilih secara automatik untuk anda dan kitaran bil ini tidak boleh ditukarkan. - Adakah terdapat sebarang caj akan dikenakan ke atas Perkhidmatan IDD?
Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk kadar panggilan suara dan SMS berhubung dengan Perkhidmatan IDD @www.yes.my/roaming. - Adakah saya akan mendapat panggilan suara tanpa had percuma jika saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan kepada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Yes. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di @www.yes.my/roaming untuk butiran lanjut. - Bolehkah saya menukar pelan perkhidmatan Yes saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Ya, boleh. Sila kunjungi Yes Stores atau Rakan Niaga Yes untuk berbuat demikian atau hubungi yescare@yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menaik taraf Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ saya dalam tempoh kontrak?
Tidak pada masa ini. Tiada naik taraf atau pertukaran pelan dibenarkan untuk Pelan Pascabayar Yes Infinite+ semasa masih di dalam Tempoh Kontrak. - Bolehkah saya menurun taraf Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ saya dalam tempoh kontrak?
Tidak pada masa ini. - Adakah terdapat sebarang caj yang akan dikenakan jika saya menamatkan Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ sebelum tamat tempoh kontrak?
Ya, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) untuk baki tempoh kontrak dari tarikh penamatan pelan dimana caj perlu dijelaskan dengan segera jika Pelan Pascabayar Yes Infinite+ ditamatkan sebelum kontrak tamat. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai telefon pintar seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk kepada laman web rasmi pengeluar atau menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. - Saya masih tidak menerima peranti saya, siapa yang harus saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan di www.yes.my/trackorder/ atau anda boleh menghantar soalan ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Bungkusan saya rosak, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghubungi yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Apakah yang perlu saya lakukan jika IMEI peranti saya disekat?
IMEI peranti anda disekat jika terdapat pembayaran yang tertunggak dan akaun anda telah digantung sementara. Dengan menjelaskan semua pembayaran yang tertunggak bagi akaun servis Pelan Pascabayar Yes Infinite+, anda boleh kembali menggunakan peranti anda tanpa sebarang sekatan. - Saya berminat untuk membeli pelan iPhone Yes. Bagaimanakah cara bagi saya untuk memindahkan fail saya dari peranti sebelum ini?
Anda boleh memindahkan fail dari peranti anda dengan menggunakan iCloud anda, komputer atau, sebagai alternatif, menggunakan aplikasi “Alih ke iOS”.Sebelum bermula;
– Pada peranti Android anda, pastikan sambungan Wi‑Fi
– Pastikan sambungan kuasa peranti iOS baru dan peranti Android.
– Pastikan pemindahan fail, termasuk kandungan pada kad Micro SD anda, akan dimuatkan bersama pada peranti iOS baru anda.
– Jika anda ingin memindahkan fail pada halaman Chrome, kemas kini Chrome ke versi yang terkini pada peranti Android anda.Muat turun aplikasi “Alih ke iOS” pada peranti Android anda untuk mulakan.
Langkah 1 :
Hidupkan peranti iOS baru dan letakkan berdekatan dengan peranti Android.
Langkah 2:
Klik Alihkan Data dari Android.
Langkah 3:
Buka aplikasi Alihkan ke iOS.
Langkah 4:
Tunggu kod.
Langkah 5:
Gunakan kod.
Langkah 6:
Pilih kandungan fail anda dan tunggu.
Langkah 7:
Sediakan peranti iOS anda.
Langkah 8:
Kandungan fail anda berjaya dipindahkan. - Saya membeli aksesori iPhone dan mengalami kerosakan. Siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh merujuk kepada laman web rasmi pengeluar atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan pengeluar untuk mendapatkan bantuan. - Saya telah tersilap membeli tambahan aksesori bagi sarung model iPhone. Bolehkah saya menukar aksesori yang telah dibeli?
Sebarang aksesori atau tambahan aksesori yang dibeli tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dikembalikan. - Apakah promosi iPhone 13 dan 14 “Rebat RM235 ke atas bil pertama”?
Pelanggan yang membeli iPhone 13 atau 14 di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ melalui saluran jualan Yes layak mendapat rebat RM235 ke atas bil pertama. - Apakah tempoh promosi iPhone 13 dan 14?
Promosi akan bermula dari 25 Disember 2023 hingga 1 October 2024. - Apakah Promosi Tawaran Eksklusif Dalam Talian iPhone 15 Yes?
Pelanggan yang membeli iPhone 15 di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ layak untuk mendapatkan Promosi Tawaran Eksklusif Dalam Talian Yes, iaitu harga kos peranti bulanan dengan serendah RM10 pada setiap bulan apabila anda membeli mana-mana siri iPhone 15 melalui Kedai Dalam Talian Yes (yes.my) dan aplikasi MyYes. - Apakah tempoh Promosi Tawaran Eksklusif Dalam Talian iPhone 15?
Promosi akan bermula dari 29 Mac 2024 sehingga 3o September 2024. - Apakah promosi iPhone 16 untuk Pengecas Kuasa USB-C 20W pada harga RM1?
Pelanggan yang membeli iPhone 16 dengan Pelan Pascabayar Yes Infinite+, Pelan Pulangan Tunai Infinite atau Pelan telefon Bundel Prabayar layak untuk membeli Pengecas Kuasa USB-C 20W (bernilai RM99) dengan hanya RM1. Promosi ini bermula dari 20 September 2024 hingga 22 September 2024, sementara stok masih ada. - Bagaimanakah cara untuk saya membeli pengecas di bawah promosi iPhone 16 untuk Pengecas Kuasa USB-C 20W pada harga RM1?
Pelanggan boleh memilih pengecas RM1 semasa proses pembayaran bagi pendaftaran iPhone 16 melalui Kedai Dalam Talian Yes (Laman Web Yes). Di Yes Store, pengecas RM1 boleh dibeli sebagai aksesori selepas pembelian iPhone 16. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia membantu, anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia.