- Apakah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite (“Program”) adalah program masa terhad yang dilancarkan oleh YTL Communications Sdn Bhd. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan kadar perkhidmatan, sila layari yes.my. - Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Tidak. Tiada kontrak untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. - Berapa lamakah tempoh untuk Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Program ini akan bermula pada 26 Mei 2022 dan berterusan sehingga diberitahu kelak. - Bagaimanakah saya boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite melalui saluran berikut:
(a) Laman web Yes @yes.my;
(b) Aplikasi MyYes;
(c) Yes Store / kiosk; dan
(d) Rakan Niaga Yes yang sah. - Berapakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite yang boleh saya daftarkan?
Anda boleh melanggan satu atau lebih Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan syarat Anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes. - Bolehkah saya melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite jika saya bukan warga Negara Malaysia?
Ya boleh. - Saya telah menerima SIM Yes 5G saya, bagaimanakah saya boleh mengaktifkan SIM Yes?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lanjut. - Untuk tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite, bilakah saya perlu mengaktifkan SIM Yes selepas penerimaan SIM Yes?
Anda adalah digalakkan untuk mengaktifkan SIM Yes anda dengan segera supaya anda boleh menikmati dan menggunakan tawaran perkhidmatan di bawah Pakej ini. Apabila anda telah menerima SIM Yes, anda dikehendaki untuk melakukan pengaktifan SIM Yes dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh anda menerima SIM Yes (“Tempoh Pengaktifan SIM”). - Apakah yang berlaku jika saya tidak mengaktifkan SIM Yes dalam Tempoh Pengaktifan SIM?
SIM Yes anda akan tamat tempoh secara automatik dan akaun Perkhidmatan akan ditamatkan jika anda tidak mengaktifkan SIM Yes anda dalam Tempoh Pengaktifan SIM. Dengan ini, sebarang pembayaran yang dibuat oleh anda, termasuk Yuran Komitmen dan sebarang deposit akan lucut hak dan tiada pembayaran balik akan dibuat kepada anda. - Adakah saya dibenarkan untuk memilih Nombor Mudah Alih Yes apabila saya memohon Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Tidak pada masa ini. Nombor Mudah Alih Yes akan diberikan untuk setiap SIM Yes selepas pengaktifan. - Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kapasiti data hotspot saya?
Sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam peruntukan kapasiti data hotspot dalam Kitaran Pengebilan tertentu tidak akan dibawa ke hadapan, ke Kitaran Pengebilan yang seterusnya. - Bolehkah saya mengekalkan nombor telefon sedia ada saya dari syarikat telekomunikasi yang lain kepada pelan perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, anda boleh menukarkan nombor mudah alih anda yang sedia ada ke pelan perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ anda selepas pengaktifan SIM Yes 5G. Rujuk www.yes.my/keep-your-number/ untuk maklumat yang lanjut. - Adakah terdapat sebarang caj akan dikenakan ke atas Perkhidmatan IDD?
Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk kadar panggilan suara dan SMS berhubung dengan Perkhidmatan IDD @yes.my/roaming. - Adakah saya akan mendapat panggilan suara tanpa had percuma jika saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan kepada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Yes. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di @yes.my/roaming untuk butiran lanjut. - Adakah saya boleh menyertai program Rujuk & Jana di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari Soalan Lazim bagi Program Rujuk & Jana Disini. - Apakah baucar Shopee RM20?
Baucar Shopee RM20 ditawarkan kepada lima puluh (50) pelanggan pertama yang membeli Pelan Perkhidmatan Pascabayar Infinite dalam tempoh 25 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023 di Queensbay Mall (QBM) Yes Store. - Apakah tempoh sah baucar Shopee RM20?
Tempoh sah bagi Baucar Shopee RM20 adalah untuk enam (6) bulan selepas diberikan. Baucar Shopee RM20 akan dihantar melalui e-mel dan pelanggan boleh menebus dengan memasukkan kod baucar semasa pembayaran melalui aplikasi Shopee. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.