- Siapakah yang layak untuk melanggan Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan?
Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia atau bukan warganegara Malaysia dan mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas sebelum anda boleh melanggan Pelan Pascabayar Yes Infinite dengan 12 bulan. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan?
Anda akan menikmati rebat bulanan selama 12 bulan untuk yuran komitmen bulanan anda bagi mana-mana pelan yang ditawarkan di bawah:Nama Pelan Infinite Basic 12M Infinite Standard 12M Infinite Premium 12M Infinite Ultra 12M Komitmen Bulanan RM58 RM88 RM118 RM178 Komitmen Bulanan (Selepas Rebat) RM58 RM38
(Rebat RM20 X 12 bulan)RM88 RM58
(Rebate RM30 X 12 months)RM118 RM78
(Rebate RM40 X 12 months)RM178 RM98
(Rebate RM80 X 12 months)Data (5G/4G)* Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Hotspot (5G/4G)* 20GB 50GB 80GB 110GB Perkhidmatan On-Net untuk panggilan suara domestik Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan Off-Net untuk panggilan suara domestik Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan On-Net SMS domestik Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Perkhidmatan Off-Net SMS domestik RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS Plan Advance Payment RM38 RM58 RM78 RM98 Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) RM38 (RM40.28
termasuk SST)
(Rebat ke atas bulan pertama)RM58 (RM61.48
termasuk SST)
(Rebat ke atas bulan pertama)RM78 (RM82.68
termasuk SST)
(Rebat ke atas bulan pertama)RM98 (RM103.88
termasuk SST)
(Rebat ke atas bulan pertama)* Penggunaan dan Kelajuan Data tertakluk kepada liputan 5G atau 4G.
- Apakah tempoh pendaftaran bagi program ini?
Tempoh pendaftaran Pakej bermula dari 27 Mac 2024 dan sehingga diberitahu kelak. - Bagaimanakah saya boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan?
Anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan melalui saluran berikut:
(a) Laman Web Yes @yes.my;
(b) Aplikasi MyYes;
(c) Yes Store / kiosk; dan
(d) Rakan Niaga Yes yang sah - Berapakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan yang boleh saya daftarkan?
Anda boleh melanggan satu atau lebih Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan dimana anda tidak mempunyai, maksima lebih dari lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes. - Bolehkah saya melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan jika saya bukan warga Negara Malaysia?
Ya boleh. - Saya telah menerima SIM Yes 5G saya, bagaimanakah saya boleh mengaktifkan SIM Yes?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lanjut. - Untuk tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan, bilakah saya perlu mengaktifkan SIM Yes selepas penerimaan SIM Yes?
Anda adalah digalakkan untuk mengaktifkan SIM Yes anda dengan segera supaya anda boleh menikmati dan menggunakan tawaran perkhidmatan di bawah Pakej ini. Apabila anda telah menerima SIM Yes, anda dikehendaki untuk melakukan pengaktifan SIM Yes dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh anda menerima SIM Yes (“Tempoh Pengaktifan SIM”). - Apakah yang berlaku jika saya tidak mengaktifkan SIM Yes dalam Tempoh Pengaktifan SIM?
SIM Yes anda akan tamat tempoh secara automatik dan akaun Perkhidmatan akan ditamatkan jika anda tidak mengaktifkan SIM Yes anda dalam Tempoh Pengaktifan SIM. Dengan ini, sebarang pembayaran yang dibuat oleh anda, termasuk Yuran Komitmen dan sebarang deposit akan lucut hak, tiada pembayaran balik akan dikembalikan dan anda juga boleh dikenakan caj penamatan awal untuk baki tempoh kontrak. - Bagaimanakah saya boleh terus menikmati rebat bulanan, walaupun kontrak 12 bulan telah tamat?
Setelah kontrak telah tamat, anda mempunyai pilihan untuk melanjutkan lagi kontrak selama 12 bulan (kontrak semula) untuk menikmati rebat bulanan yang sama bagi program ini. - Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kapasiti data hotspot saya?
Sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam Kitaran Pengebilan peruntukan kapasiti data hotspot tidak akan dibawa ke hadapan, ke kitaran pengebilan yang seterusnya. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon sedia ada saya bagi syarikat telekomunikasi lain dengan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada anda, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Rujuk pada “Keep Your Number” untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya layak bagi promosi pertukaran nombor ke pelan Yes Infinite (rebat RM20 selama enam (6) bulan) apabila saya bertukar ke Yes dari penyedia telekomunikasi yang lain?
Tidak, Pelan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan adalah tidak layak bagi promosi pertukaran nombor ke pelan Yes Infinite. - Adakah terdapat sebarang caj yang akan dikenakan jika saya menamatkan Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan sebelum tamat tempoh kontrak?
Ya, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) untuk baki tempoh kontrak dari tarikh penamatan pelan dimana caj perlu dijelaskan dengan segera jika Pelan Pascabayar Yes Infinite dengan kontrak 12 bulan ditamatkan sebelum kontrak tamat. - Adakah terdapat sebarang caj akan dikenakan ke atas Perkhidmatan IDD?
Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk kadar panggilan suara dan SMS berhubung dengan Perkhidmatan IDD @yes.my/roaming. - Adakah saya akan mendapat panggilan suara tanpa had percuma jika saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan kepada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Yes. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di @yes.my/roaming untuk butiran lanjut. - Adakah saya boleh menyertai program Rujuk & Jana di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari Soalan Lazim bagi Program Rujuk & Jana Disini. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.