- Apakah Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Pelan Talian Tambahan Infinite terdiri daripada lima Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite untuk langganan bersama pelan yang tersedia di bawah Soalan Lazim 6. - Apakah perkhidmatan di bawah Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite membolehkan pengguna prinsipal (utama) dan pengguna talian tambahan menikmati data internet tanpa had dan juga servis perkhidmatan Yes mengikut langganan pelan oleh pelanggan. - Adakah saya akan terikat dengan sebarang tempoh kontrak jika saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Tidak, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila anda melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite. Sila layari yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut. - Berapa lamakah tempoh Program Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Program ini akan bermula pada 9 September 2022 dan berterusan sehingga diberitahu kelak. - Bagaimanakah saya boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite melalui saluran berikut:
(a) Aplikasi MyYes;
(b) Yes Stores;
(c) Rakan Niaga Yes - Apakah tawaran di bawah Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Tawaran di bawah Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite adalah seperti di bawah:Nama Pelan Infinite Basic s Infinite Basic s Infinite Standard s Infinite Premium s Infinite Ultra s Yuran Komitmen Bulanan RM20
(+ RM1.20 SST)RM58
RM48
(+ RM2.88 SST)RM88
RM68
(+ RM4.08 SST)RM118
RM88
(+ RM5.28 SST)RM178
RM128
(+ RM7.68 SST)Data (5G/4G) 20GB Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Data dan kelajuan 5G + 4G tanpa batasan Panggilan Domestik bagi Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Panggilan Domestik Luar Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had SMS Bagi Rangkaian Yes Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had SMS Luar Rangkaian Yes RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS Hotspot (5G/4G) Sehingga 20GB data 20GB 50GB 80GB 110GB Pelan yang layak bagi Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite Pelan yang layak:
Infinite Basic
Infinite Standard
Infinite Premium
Infinite Ultra
Infinite+ Basic
Infinite+ Standard
Infinite+ Premium
Infinite+ Ultra
Yes Wireless Fibre 120Mbps Discount
Infinite Basic Nothing Phone 2
Yes Infinite Basic_Nubia Neo 5G_18M
Yes Postpaid RM1 iPhone 15
Yes Postpaid RM1 iPhone 15 Plus
Infinite Basic 12M
Infinite Standard 12M
Infinite Premium 12M
Infinite Ultra 12MPelan yang layak:
Infinite Basic
Infinite Standard
Infinite Premium
Infinite Ultra
Infinite+ Basic
Infinite+ Standard
Infinite+ Premium
Infinite+ Ultra
Yes Wireless Fibre 120Mbps
Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle
Yes Wireless Fibre 120Mbps_Promo
Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle_Promo
Yes Wireless Fibre 120Mbps_Promo_R
Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle_Promo_R
Yes Wireless Fibre 120Mbps Discount
Infinite Basic Nothing Phone 2
Yes Infinite Basic_Nubia Neo 5G_18M
Yes 5G Wireless Broadband Flexi
Yes 5G Wireless Broadband Gateway
Yes Postpaid RM1 iPhone 15
Yes Postpaid RM1 iPhone 15 Plus
Infinite Basic 12M
Infinite Standard 12M
Infinite Premium 12M
Infinite Ultra 12MPelan yang layak:
Infinite Standard
Infinite Premium
Infinite Ultra
Infinite+ Standard
Infinite+ Premium
Infinite+ Ultra
Yes Wireless Fibre 120Mbps
Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle
Yes Wireless Fibre 120Mbps_Promo
Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle_Promo
Yes Wireless Fibre 120Mbps_Promo_R
Yes Wireless Fibre 120Mbps Bundle_Promo_R
Yes Wireless Fibre 120Mbps Discount
Yes 5G Wireless Broadband Flexi
Yes Postpaid RM1 iPhone 15
Yes Postpaid RM1 iPhone 15 Plus
Infinite Standard 12M
Infinite Premium 12M
Infinite Ultra 12MPelan yang layak:
Infinite Premium
Infinite Ultra
Infinite+ Premium
Infinite+ Ultra
Yes Wireless Fibre 120Mbps Discount
Yes Postpaid RM1 iPhone 15 Plus
Infinite Premium 12M
Infinite Ultra 12MPelan yang layak:
Infinite Ultra
Infinite+ Ultra
Yes Wireless Fibre 120Mbps Discount
Infinite Ultra 12M*Perkhidmatan Panggilan Domestik Rangkaian Yes tanpa had bagi panggilan suara dan SMS, dan Panggilan Domestik Luar Rangkaian Yes adalah eksklusif untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan terpakai untuk komunikasi antara penggunaan peribadi dan bukan untuk penggunaan komersial.
**Bermula 22 October 2022, RM200 deposit bagi Warga Asing tidak lagi terpakai untuk pendaftaran Bukan Warganegara Malaysia di bawah Pelan Pascabayar SIM Yes ( “Yes Postpaid SIM Plan”).
- Bolehkah saya mendaftar lebih daripada satu (1) Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Anda boleh melanggan sehingga empat (4) Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite bagi setiap satu talian prinsipal, dengan syarat bahawa anda tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes. - Bolehkah saya menggunakan telefon pintar saya sebagai hotspot mudah alih?
Ya, hotspot dibenarkan bagi Pelan Perkhidmatan Tambahan Infinite. - Bolehkah saya menambah kuota hotspot saya bagi Prinsipal dan talian tambahan?
Ya, anda boleh membeli data tambahan di Data Tambahan Hotspot. - Jika saya membeli data tambahan hotspot untuk talian prinsipal, adakah talian tambahan saya akan menikmati perkhidmatan yang sama?
Tidak, untuk pembelian Data Tambahan Hotspot, hanya sah bagi nombor mudah alih yang membeli data tambahan hotspot sahaja. - Adakah pelanggan sedia ada Yes dibenarkan untuk mendaftar Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Anda boleh merujuk Soalan Lazim 6 bagi kelayakan untuk pendaftaran Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite. - Saya adalah pelanggan Yes. Bolehkah saya mengekalkan nombor Yes saya yang sedia ada dan melanggan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Tidak, langganan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite adalah untuk pendaftaran pelanggan baru atau pertukaran talian ke Yes (MNP). - Adakah data tanpa had boleh digunakan untuk kegunaan luar negara?
Tidak, data tanpa had yang ditawarkan di bawah Pelan Talian Tambahan Infinite hanya untuk kegunaan domestik sahaja. Kadar IDD standard dan caj perayauan akan dikenakan bagi penggunaan di luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada FAQ Perayauan & IDD. - Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data internet saya di bawah peruntukan kapasiti data hotspot?
Sebarang data internet di bawah peruntukan kapasiti data hotspot yang masih tidak digunakan dalam kitaran pengebilan yang berkaitan tidak boleh dibawa ke kitaran pengebilan yang seterusnya. - Jika talian prinsipal (utama) saya digantung, apakah yang akan berlaku kepada talian saya?
Setelah talian prinsipal (utama) disekat, anda tidak akan dibenarkan untuk menggunakan servis data tanpa had, panggilan keluar dan SMS. Pada masa yang sama, pengguna talian tambahan juga tidak akan dapat menikmati servis penggunaan data tanpa had dan tidak dibenarkan untuk membuat panggilan keluar dan SMS. - Bilakah saya boleh mengaktifkan SIM Yes yang saya terima di bawah Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite ini?
Anda mesti mengaktifkan SIM Yes dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh anda menerima SIM Yes (“Tempoh Pengaktifan SIM”). - Apakah yang berlaku jika saya tidak mengaktifkan SIM Yes semasa tempoh pengaktifan SIM?
SIM Yes anda akan tamat tempoh secara automatik dan akaun perkhidmatan anda akan ditamatkan, jika anda tidak mengaktifkan SIM Yes anda dalam tempoh pengaktifan SIM. Dengan ini, sebarang pembayaran yang dibuat oleh anda, termasuk yuran Komitmen, sebarang deposit tidak akan dikembalikan kepada anda.Pengebilan - Jika saya telah melanggan pelan pascabayar lain sebagai tambahan kepada Pelan Prinsipal Talian Tambahan Infinite, adakah saya akan menerima bil yang berasingan untuk setiap pelan termasuk Pelan Talian Tambahan Infinite?
Tidak, penyata bil untuk Pelan Prinsipal Talian Tambahan Infinite akan disatukan dengan bil pelan pascabayar yang ada dan anda boleh membuat pengurusan akaun dan pembayaran bil anda melalui aplikasi MyYes . - Adakah pengguna talian tambahan akan menerima sebarang penyata bil?
Tidak, hanya satu penyata bil untuk talian prinsipal (utama) dan anda boleh membuat pengurusan akaun dan pembayaran bil anda melalui aplikasi MyYes. - Adakah butiran penggunaan prinsipal (utama) dan pengguna talian tambahan akan disenaraikan dalam penyata bil?
Ya, butiran penggunaan pengguna prinsipal (utama) dan talian tambahan akan disenaraikan dalam penyata bil.Penutupan Akaun - Jika saya menamatkan talian prinsipal saya, adakah talian tambahan masih kekal aktif?
Jika talian prinsipal (utama) ditamatkan, semua talian tambahan yang ada akan ditamatkan bersama. - Apakah yang akan berlaku jika saya menamatkan talian prinsipal dan talian tambahan?
Selepas penamatan semua talian, caj anda akan dikira secara pro rata bagi tempoh penggunaan dan ini adalah tambahan ke atas jumlah bil yang tertunggak (jika ada) kepada Yes. Sekiranya, anda berada di bawah kontrak, anda juga akan dikenakan penalti bagi caj penamatan awal. - Di manakah saya boleh menamatkan talian prinsipal atau talian tambahan saya?
Hanya pengguna prinsipal boleh menamatkan akaun melalui yescare@yes.my atau Yes Stores. - Bolehkah pengguna talian tambahan menamatkan talian mereka sendiri?
Tidak, pengguna talian tambahan tidak boleh menamatkan akaun sendiri. Penamatan pelan hanya boleh dilakukan oleh Pengguna Prinsipal.MNP - Bolehkah saya bertukar talian (Port In) ke Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Ya, anda boleh bertukar (Port In) ke Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite. - Bagaimanakah saya boleh bertukar kepada Pelan Prinsip Talian Tambahan Infinite?
Sila kunjungi Yes Stores terdekat atau melalui aplikasi MyYes untuk permintaan pertukaran talian ke Yes. - Adakah terdapat sebarang bayaran untuk perkhidmatan bagi pertukaran talian ke Yes?
Tiada caj dikenakan ke atas pertukaran talian ke Yes (Port in). - Adakah terdapat sebarang yuran atau caj yang perlu dibayar semasa pendaftaran Pelan Tambahan Infinite?
Harap maklum tiada pembayaran diperlukan semasa proses pendaftaran untuk Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite. Caj bagi penambahan Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite akan dicaj ke dalam kitaran bil yang akan datang. - Bolehkah saya menukarkan (Port In) talian prinsipal (utama) bersama talian tambahan saya dari telco yang lain ke Yes?
Ya, anda boleh tukar ke Yes (Port In) dari pembekal perkhidmatan telco yang lain dan menjadi talian prinsipal (utama) atau talian tambahan apabila tukar ke Yes. - Apakah yang akan berlaku jika saya menamatkan talian prinsipal (utama) dan talian tambahan di bawah Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite?
Selepas penamatan semua talian, caj Anda akan dikira pro rata untuk tempoh penggunaan dan ini adalah tambahan ke atas jumlah bil yang tertunggak (jika ada) kepada Yes. Sekiranya, anda berada di bawah kontrak, Anda juga akan dikenakan caj penamatan awal - Bolehkah saya bertukar talian Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite ke telco yang lain?
Tidak, pengguna Pelan Perkhidmatan Talian Tambahan Infinite tidak boleh membuat pertukaran keluar talian. - Apa yang berlaku jika talian prinsipal (utama) ingin bertukar talian ke telco yang lain?
Sebaik sahaja talian prinsipal (utama) berjaya bertukar talian ke telco yang lain, kesemua talian tambahan anda di bawah talian prinsipal (utama) anda juga akan bertukar talian. - Berapa lamakah masa yang diambil untuk bertukar talian ke servis Yes?
Proses pertukaran talian ke Yes akan mengambil masa sehingga 24 jam. - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu. Anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia.