- Apakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Pelan Pulangan Tunai Infinite memberi pelanggan kebebasan dan fleksibiliti untuk memiliki iPhone tanpa kontrak, dan mendapat pulangan tunai bulanan sehingga 35 bulan, dengan syarat anda kekal bersama Yes. Memandangkan ini bukan pelan kontrak, tiada penalti atau caj penamatan awal jika anda memilih untuk penamatan pelan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan tawaran pelan, sila layari www.yes.my/iPhone. - Siapakah yang layak mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Pelan ini ditawarkan kepada individu berumur 18 tahun ke atas. - Apakah tempoh pendaftaran bagi Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Tempoh pendafataran bermula dari 20 September 2024 sehingga diberitahu kelak. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran perkhidmatan, sila rujuk di bawah;Nama Pelan Infinite Cashback
Basic 36MInfinite Cashback Standard 36M Infinite Cashback Premium 36M Infinite Cashback Ultra 36M Model Peranti Layari www.yes.my/iPhone untuk maklumat lanjut Peranti (RRP) Layari www.yes.my/iPhone untuk maklumat lanjut Pembayaran Pendahuluan Pelan Layari www.yes.my/iPhone untuk maklumat lanjut Caj Komitmen Bulanan RM58
(+ RM3.48 SST)RM88
(+ RM5.28 SST)RM118
(+ RM7.08 SST)RM178
(+ RM10.68 SST)Pulangan Tunai Bulanan Layari www.yes.my/iPhone untuk maklumat lanjut.
(Pulangan Tunai Bulanan sehingga 35 bulan akan di kredit ke e-wallet di Dompet aplikasi MyYes bermula enam puluh (60) hari selepas tarikh pengaktifan SIM Yes)Data dan kelajuan (5G/4G) data
dan kelajuan tanpa haddata
dan kelajuan tanpa haddata
dan kelajuan tanpa haddata
dan kelajuan tanpa hadHotspot (5G/4G) 20GB 50GB 80GB 110GB Kontrak – – – – Panggilan Suara domestik On-Net Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Panggilan Suara domestik Off-Net Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had SMS domestik On-Net Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had SMS domestik Off-Net RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS Pembayaran Pelan Pendahuluan RM58 (RM61.48 including SST)
(rebat pada bulan pertama)RM88 (RM93.28 including SST
(rebat pada bulan pertama)RM118 (RM125.08 including SST
(rebat pada bulan pertama)RM178 (RM188.68 including SST)
(rebat pada bulan pertama)Jumlah Pembayaran Semasa Pendaftaran (Termasuk SST) Layari www.yes.my/iPhone untuk maklumat lanjut - Di manakah saya boleh mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Anda boleh mendaftar di Yes Online Store (www.yes.my), Aplikasi MyYes, Yes Stores atau Rakan Niaga Yes. - Berapakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite yang boleh saya daftarkan?
Anda boleh melanggan satu atau lebih Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite dimana anda tidak mempunyai, maksima lebih dari lima belas (15) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes. - Bagaimanakah untuk saya menyemak pulangan tunai yang saya terima?
Anda sentiasa boleh menyemak pulangan tunai anda melalui Dompet Yes melalui Aplikasi MyYes. Pada skrin utama Aplikasi MyYes klik pada “Baki Tunai” dan pulangan tunai anda akan dikreditkan di bawah “Dompet”. - Apakah yang boleh saya lakukan dengan pulangan tunai yang diterima dalam Yes Wallet? Pulangan tunai adalah sama dengan wang tunai di mana akan dikreditkan ke dompet aplikasi MyYes. Anda boleh menggunakannya untuk:
(a) Pembayaran bil pascabayar
(b) Beli tambah nilai prabayar
(c) Beli data tambahan, kecuali pas perayauan data
(d) Pindahan terus ke akaun bank anda
(e) Simpanan untuk pembelian iPhone! - Saya telah menerima SIM Yes 5G saya, bagaimanakah saya boleh mengaktifkan SIM Yes?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIMuntuk maklumat yang lanjut. - Bilakah saya perlu mengaktifkan SIM Yes?
Setelah menerima SIM Yes, anda perlu melakukan pengaktifan SIM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan SIM Yes tidak lagi boleh diaktifkan, dan tiada penggantian atau bayaran balik. - Adakah saya dibenarkan memilih Nombor Mudah Alih Yes apabila saya memohon Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Ya. Anda boleh berbuat demikian, semasa pengaktifan Yes SIM. - Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kapasiti data hotspot saya?
Sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam Kitaran Pengebilan peruntukan kapasiti data hotspot tidak akan dibawa ke hadapan, ke kitaran pengebilan yang seterusnya. - Bolehkah saya menggunakan nombor telefon bimbit sedia ada saya bagi syarikat telekomunikasi lain dengan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite?
Sudah tentu! Anda boleh tukar ke Yes dengan nombor sedia ada anda, semasa atau selepas pengaktifan SIM. Rujuk pada “Keep Your Number” untuk maklumat yang lebih lanjut. - Adakah saya perlu meneruskan pembayaran Yuran Komitmen jika akaun Perkhidmatan Pasca Bayar Pulangan Tunai Yes Infinite saya digantung sementara?
Ya, walau pun akaun Perkhidmatan Pelan Pascabayar Pulangan Tunai Yes Infinite anda digantung sementara, komitmen anda untuk membayar Yuran Komitmen bulanan perlu diteruskan sepanjang tempoh penggantungan. - Mengapakah Kitaran Bil saya jatuh pada pertengahan setiap bulan?
Apabila anda mendaftarkan akaun Yes, kitaran bil dipilih secara automatik untuk anda. Anda tidak boleh menukar kitaran bil anda. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan ke atas Perkhidmatan IDD?
Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk kadar panggilan suara dan SMS berhubung dengan Perkhidmatan IDD @yes.my/roaming. - Adakah saya masih mendapat panggilan suara tanpa had percuma jika saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan kepada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Yes. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di @yes.my/roaming untuk butiran lanjut. - Bolehkah saya menukar Pelan Perkhidmatan Yes saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Pulangan Tunai Infinite Yes?
Ya, anda boleh. Kunjungi mana-mana Yes Store atau Rakan Niaga Yes atau hubungi yescare@yes.my untuk maklumat lanjut. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai telefon pintar seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk kepada laman web rasmi pengeluar atau menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. - Saya masih tidak menerima peranti saya, siapa yang harus saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan di yes.my/trackorder/atau anda boleh menghantar soalan ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Bungkusan saya rosak, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghubungi yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Saya telah membeli aksesori iPhone, dan aksesori mengalami kerosakan. Siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh merujuk kepada laman web rasmi pengeluar atau menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menukar aksesori yang telah dibeli?
Sebarang aksesori yang dibeli tidak boleh ditukar dan tidak boleh dikembalikan. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami sedia membantu, anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia.