Umum (Pelan Pascabayar Yes Infinite+ dan Yes Infinite)
- Adakah saya dibenarkan untuk menukarkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar sedia ada saya ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, anda boleh bertukar kepada pelan yang lebih tinggi dengan syarat Anda tidak melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan yang Dikecualikan atau Anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak, Anda dibenar untuk menukarkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar sedia ada Anda kepada yang berikut:-
(a) Pelan Perkhidmatan Pascabayar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite; dan
(b) Perkhidmatan Prabayar kepada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. - Apakah Pelan Perkhidmatan yang Dikecualikan?
Seperti berikut:-
(a) Pelan Bundel Jalur Lebar Yes 4G;
(b) Perkhidmatan Internet Wayarles Tetap; dan
(c) Pelan Kasi Up Family
(selepas ini hendaklah secara kolektif dirujuk sebagai “Pelan Perkhidmatan yang Dikecualikan”). - Adakah saya dibenarkan untuk menurunkan taraf Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Pelan Perkhidmatan Prabayar sedia ada saya?
Anda tidak dibenarkan menurunkan taraf pelan. - Bolehkah saya terus menggunakan Kad SIM yang sedia ada setelah pertukaran kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite berjaya dengan SIM yang saya terima?
Tidak, Kad SIM yang sedia ada tidak boleh digunakan dengan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. Dengan itu, sebaik sahaja pertukaran ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite berjaya, Yes akan menghantarkan SIM baru ke alamat penghantaran Anda. Anda dikehendaki untuk mengaktifkan Kad SIM baru sebelum menikmati tawaran perkhidmatan di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat lanjut berkenaan pengaktifan Kad SIM. - Bagaimanakah untuk saya mengetahui sama ada Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar sedia ada saya berjaya ditukarkan ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel atau SMS sebaik sahaja penukaran pelan anda berjaya . - Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad SIM yang diterima?
Sila ikuti langkah yang dinyatakan di bawah jika Perubahan Pelan melalui aplikasi MyYes
i. Log masuk ke aplikasi MyYes
ii. Di bawah “Akses Pantas”, klik butang “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah pengaktifan pada skrin
iii. Setelah pengaktifan anda berjaya, anda akan di log masuk ke akaun Perkhidmatan anda secara automatik. - Jika terdapat sebarang data internet yang tidak digunakan dalam Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada, adakah data internet yang tidak digunakan akan dipindahkan ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite baru saya?
Tidak, data internet yang tidak digunakan dari Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada atau Perkhidmatan Prabayar anda tidak akan dibawa ke hadapan sebaik sahaja Anda bertukar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. Ini bermakna sebarang data internet di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada atau Perkhidmatan Prabayar anda tidak lagi boleh digunakan apabila penukaran pelan telah berjaya. - Jika saya terikat dengan kontrak, adakah saya dibenarkan untuk bertukar ke mana-mana pelan perkhidmatan sedia ada saya?
Tidak, sekiranya masih terikat dengan kontrak. - Jika saya telah membayar Yuran Komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada saya pada bulan kalendar tertentu, adakah Yuran Komitmen tersebut akan dikenakan pada kadar pro rata sekiranya saya bertukar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Yuran Komitmen yang dibayar pada bulan kalendar akan dikenakan kadar pro rata dan ditolak dari Bil yang dikeluarkan pada bulan kalendar yang seterusnya apabila Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite berjaya ditukarkan.Sebagai contoh:-
Pelanggan telah membayar Yuran Komitmen untuk bulan Jun 2022, seperti yang ditunjukkan dalam Bil yang dikeluarkan pada Jun 2022 di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada pada 2/6/2022;• Pelanggan menukarkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite pada 5/6/2022; atau
• Pelanggan mengaktifkan Kad SIM pada 8/6/2022,Dengan ini, Yuran Komitmen untuk bulan Jun 2022 yang dibayar pada 2/6/2022 akan dikenakan pada kadar pro rata dan ditolak dari Yuran Komitmen untuk bulan Julai 2022, dimana akan ditunjukkan di dalam Bil yang dikeluarkan pada bulan Julai 2022.
- Adakah akan terdapat sebarang perubahan pada had kredit setelah saya bertukar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada saya ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, akan terdapat perubahan pada had kredit yang dinikmati oleh Anda sebaik sahaja bertukar dari Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite.
Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan had kredit Anda, sila:-
(a) Muat turun dan Log Masuk ke aplikasi MyYes app;
(b) Klik tab “profil”; dan
(c) klik pada tab “Akaun”. - Adakah sebarang caj akan dikenakan apabila saya bertukar dari Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar sedia ada ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, caj akan dikenakan apabila Anda bertukar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. Caj yang dikenakan adalah bergantung pada jenis kadar tawaran di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite yang dilanggan oleh Anda. Anda boleh rujuk kepada Terma & Syarat Pelan Pascabayar Yes Infinite+ dan Yes Infinite untuk butiran yang lebih lanjut. - Adakah sebarang caj akan dikenakan apabila saya menukar daripada Perkhidmatan Prabayar sedia ada saya kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Ya, caj akan dikenakan apabila Anda bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. Anda boleh merujuk kepada yes.my untuk butiran yang lebih lanjut. - Bolehkah saya menggunakan jumlah baki Kredit Yes untuk menjelaskan sebarang caj yang dikenakan semasa pertukaran ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Tidak, jumlah baki Kredit Yes tidak boleh digunakan untuk menjelaskan sebarang caj yang dikenakan semasa pertukaran ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. - Apakah yang akan berlaku kepada jumlah baki Kredit Yes saya setelah bertukar ke Pelan Perkhidmatan Prabayar sedia ada ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Sebarang baki di dalam Kredit Yes Anda akan dipindahkan ke akaun Perkhidmatan Pascabayar baru anda di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dan akan digunakan untuk pembayaran Bil Yuran Komitmen pada bulan seterusnya selepas bulan kalendar pertukaran pelan Anda berjaya. Butiran mengenai penggunaan Kredit Yes untuk pembayaran Yuran Komitmen akan ditunjukkan pada Bil yang berikutnya selepas bulan kalendar apabila pertukaran pelan berjaya. - Bolehkah saya membayar Yuran Komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite melalui Pengebilan Automatik?
Jika Anda ingin membayar Yuran Komitmen Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite melalui Pengebilan Automatik, Anda dikehendaki untuk memilih pilihan Pengebilan Automatik di dalam aplikasi MyYes dengan mengikuti langkah-langkah di dalam aplikasi. Untuk penjelasan, sekiranya Anda telah memilih untuk pembayaran Yuran Komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada Anda melalui Pengebilan Auto, pilihan tersebut akan tamat secara automatik sebaik sahaja Anda bertukar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. - Bagaimanakah jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes atau berbual dengan Chatbot Sofia. - Adakah saya perlu menukarkan SIM saya apabila bertukar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Untuk pertukaran pelan Pascabayar atau Prabayar Yes yang dilakukan melalui Yes Store termasuk pertukaran pelan Prabayar melalui aplikasi MyYes, anda akan diberikan Kad SIM baru untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite. - Saya telah berjaya menukarkan pelan saya ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite dan telah menerima kad SIM baru, apakah yang perlu saya lakukan?
Apa yang anda perlu lakukan adalah mengaktifkan kad SIM Baru melalui aplikasi MyYes untuk terus menggunakan perkhidmatan Yes. - Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data internet saya di bawah peruntukan kapasiti data hotspot?
Sebarang data internet di bawah peruntukan kapasiti data hotspot yang masih tidak digunakan dalam Kitaran Bil tidak boleh dibawa ke Kitaran Bil yang seterusnya. - Bagaimanakah jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite?
Anda boleh merujuk kepada Terma & Syarat Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite untuk butiran lanjut. Anda juga boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes atau berbual dengan Chatbot Sofia.
Pelan Perkhidmatan Pascabayar Infinite+ - Bagaimanakah saya boleh menukarkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada atau Pelan Perkhidmatan Prabayar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Anda boleh berbuat demikian melalui saluran yang dinyatakan di bawah:
(a) Yes Store; atau
(b) Pengedar Sah Yes - Adakah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ mempunyai kontrak?
Terdapat tempoh kontrak selama 36 bulan untuk Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+. - Berapa banyak Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ yang boleh saya daftarkan?
Anda hanya boleh berdaftar satu (1) Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ bagi setiap MyKad atau MyTentera yang sah (dengan syarat Pelanggan yang Layak tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada enam (6) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes). - Adakah terdapat sebarang semakan kelayakan untuk pertukaran pelan ke Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Ya, terdapat semakan kelayakan sebelum anda boleh menukarkan pelan ke Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+. - Untuk tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+, bilakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM selepas penerimaan Kad SIM?
Anda adalah digalakkan untuk mengaktifkan Kad SIM anda dengan segera supaya anda boleh menikmati tawaran perkhidmatan di bawah program ini. Apabila menerima Kad SIM, anda dikehendaki melakukan pengaktifkan Kad SIM dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM, jika gagal, Kad SIM akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM.
Pelan Perkhidmatan Pascabayar Infinite - Bagaimanakah saya boleh menukarkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada atau Pelan Perkhidmatan Prabayar ke Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Anda boleh berbuat demikian melalui saluran yang dinyatakan di bawah:
(a) Yes Store; atau
(b) Pengedar Sah Yes
(c) Aplikasi MyYes - Untuk tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite, bilakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM selepas penerimaan Kad SIM?
Anda adalah digalakkan untuk mengaktifkan Kad SIM anda dengan segera supaya anda boleh menikmati dan menggunakan tawaran perkhidmatan di bawah Pakej ini. Apabila anda telah menerima Kad SIM, anda dikehendaki untuk melakukan pengaktifan Kad SIM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh anda menerima Kad SIM (“Tempoh Pengaktifan SIM”). Kad SIM anda akan tamat tempoh secara automatik dan akaun Perkhidmatan akan ditamatkan jika anda tidak mengaktifkan Kad SIM anda dalam Tempoh Pengaktifan SIM. Dengan ini, sebarang pembayaran yang dibuat oleh anda, termasuk Yuran Komitmen dan sebarang deposit tidak akan dikembalikan dan tiada pembayaran balik akan dibuat kepada anda.