- Apakah Yes Prihatin RM20 Unlimited?
Yes Prihatin RM20 Unlimited adalah pakej Data Tambahan (Add-On) Prabayar yang ditawarkan kepada pelanggan pelan Prabayar Prihatin yang sedia ada. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya membeli Yes Prihatin RM20 Unlimited?
Anda boleh membeli Yes Prihatin RM20 Unlimited melalui:-
(a) Aplikasi MyYes;
(b) Yes Store; dan
(c) Rakan Niaga Yes. - Apakah caj dan tawaran di bawah Yes Prihatin RM20 Unlimited?
Sila rujuk jadual di bawah:Nama Add-On Harga Data
(5G/4G)Tempoh Sah Servis Data Add-On Servis On-Net panggilan suara domestik Servis Off-Net panggilan suara domestik Servis On-Net SMS domestik Servis Off-Net SMS domestik Tempoh Sah Akaun Hotspot Yes Prihatin RM20 Unlimited RM 20 Data Tanpa Had
(Kelajuan Tanpa Had Uncapped 5G)
(4G sehingga 7Mbps)30 hari dari tarikh pembelian Tanpa Had Tanpa Had Tanpa Had RM0.09/SMS 60 hari dari tarikh pembelian 12GB - Berapakah bilangan Yes Prihatin RM20 Unlimited yang boleh saya beli?
Anda boleh membeli satu (1) Yes Prihatin RM20 Unlimited Add-On bagi setiap tempoh sah servis data. - Bolehkah Yes Prihatin RM20 Unlimited digunakan untuk mengakses dan digunakan Yes pada peranti Jalur Lebar (Broadband)?
Anda tidak akan dapat menggunakan Yes Prihatin RM20 Unlimited untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan Yes pada peranti Jalur Lebar (broadband). Yes Prihatin RM20 Unlimited hanya boleh digunakan untuk mengakses dan digunakan melalui telefon pintar yang disokong. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Kami di sini untuk membantu! Hubungi Yes melalui pilihan mudah:
i. Berbual bersama Sofia di yes.my.
ii. Muat turun aplikasi MyYes dari Google Play, Apple App Store, atau Huawei AppGallery untuk berbual dengan Sofia bagi sokongan segera, atau hantar tiket di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon ‘YesCare’ untuk bantuan lebih lanjut.
iii. E-mel kami di yescare@yes.my untuk bantuan lebih lanjut. Kami sentiasa di sini untuk sebarang bantuan!