- Apakah itu Data Tambahan Prabayar?
Data Tambahan Prabayar adalah pilihan untuk tambahan data yang memberikan penjimatan yang lebih banyak, faedah dan nilai yang lebih banyak kepada anda. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Terma dan Syarat Data Tambahan Prabayar. - Bagaimanakah saya boleh membeli Data Tambahan Prabayar?
Anda boleh membeli Data Tambahan Prabayar melalui:
– Aplikasi MyYes
– Yes Store or Yes Exclusive Store
– Pengedar Yes
– Pembayaran Ekspres Yes. - Bolehkah saya menggunakan Kredit Yes untuk membeli Data Tambahan Prabayar?
Ya boleh, tetapi sila ambil perhatian bahawa tambah nilai menggunakan Kredit Yes tidak akan melanjutkan tempoh sah akaun anda. - Bolehkah saya menggunakan Kredit Yes yang digabungkan dengan kad kredit saya untuk membeli Data Tambahan Prabayar?
Tidak boleh. Kredit Yes dan kad kredit anda tidak boleh digabungkan dalam satu transaksi. Anda memerlukan Kredit Yes yang mencukupi untuk pembelian atau gunakan kad kredit sepenuhnya untuk membeli Tambahan Prabayar. - Berapakah harga Data Tambahan Prabayar, dan berapa kapasiti data yang akan saya dapat?
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila rujuk kepada Terma dan Syarat Data Tambahan Prabayar. - Berapakah harga Data Tambahan Prabayar, dan berapa kapasiti data yang akan saya dapat?
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila rujuk kepada Terma dan Syarat Data Tambahan Prabayar. - Berapakah Data Tambahan Prabayar yang boleh saya beli pada satu masa?
Anda boleh membeli beberapa Data tambahan Prabayar untuk satu nombor Yes. - Apakah yang akan berlaku apabila saya membeli Data Tambahan Prabayar yang lain sebelum tamatnya tempoh Data Tambahan Prabayar yang saya ada sekarang?
Sekiranya anda telah membeli Data Tambahan Prabayar yang lain sebelum tamatnya tempoh Data Tambahan Prabayar yang sedia ada, Data Tambahan yang akan tamat tempoh sah lebih awal akan digunakan terlebih dulu. - Adakah saya akan dimaklumkan apabila Data Tambahan Prabayar akan tamat tempoh?
Ya, notifikasi melalui SMS akan dihantar ke nombor Yes berkenaan Data Tambahan Prabayar anda akan tamat tempoh. - Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan dan baki Data Tambahan Prabayar saya?
Anda boleh menyemak penggunaan dan baki Data Tambahan Prabayar anda melalui Aplikasi MyYes.