Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru Yes
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SIM anda:
- Langkah 1
Muat turun, dan buka aplikasi MyYes. - Langkah 2
Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”. - Langkah 3
Imbas kod bar atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual. - Langkah 4
Pilih nombor telefon dan teruskan - Langkah 5
Pilih jenis ID dan pastikan ID yang sah digunakan - Langkah 6
Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda. - Langkah 7
Cipta kata laluan anda untuk log masuk ke aplikasi MyYes. Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah pengesahan selesai - Langkah 8
Untuk Yes eSIM – Anda perlu memasang profil eSIM dengan klik “Pasang” pada skrin utama bagi peranti yang menyokong Yes eSIM.Nota: Untuk “Tukar ke Yes” boleh dilakukan semasa pengaktifan SIM.
Sila tonton video bagi langkah pengaktifan SIM mudah;
i. Cara mengaktifkan Yes SIM fizikal, klik di sini.
ii. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui yes.my, klik di sini.
iii. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui aplikasi MyYes, klik di sini.
iv. Cara mengaktifkan Yes eSIM apabila pembelian dilakukan melalui Yes Store, klik di sini
Cara Tukar ke Yes
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk “Tukar ke Yes”:
- Langkah 1
Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk. - Langkah 2
Pilih “Tukar ke Yes” pada halaman utama kemudian klik “Tukar ke Yes”. - Langkah 3
Masukkan nombor anda dan klik “Sahkan” kemudian “hantar”. - Langkah 4
Sila sahkan dan klik pada nombor yang anda ingin tukar ke Yes. - Langkah 5
Sila balas pengesahan SMS yang diterima untuk tukar ke Yes dan melengkapkan proses.
Dengan mengaktifkan perkhidmatan prabayar Yes melalui nombor mudah alih ini, anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan Prabayar kami seperti yang dinyatakan di dalam www.yes.my/legal dan anda juga membenarkan data peribadi anda untuk diproses dan/digunakan mengikut Dasar Privasi Kumpulan YTL yang terdapat di ytl.com/privacypolicy.asp