- Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai akaun Yes saya menggunakan Kad Tambah Nilai?
Kad Tambah Nilai dilengkapi dengan 16-digit kod pengaktifan. Untuk tambah nilai, sila masukkan kod pengaktifan kad tambah nilai.a) Melalui MyYes app: Pilih “Quick Reload” > Imbas Kad > Masukkan kod Pengaktifan Tambah Nilai b) Melalui Yes Pay & Reload Masukkan Nombor Yes > Klik Sahkan > Pilih Servis > Aktifkan Kad Tambah Nilai dan tukar ke Add-On > Masukkan 16-digit kod Pengaktifan Tambah Nilai dan klik Hantar c) Melalui SMS Hantar REL<ruang><Nombor Yes><ruang><16 digit kod Pengaktifan Tambah Nilai> ke 0183301111
e.g. REL 0181230000 1234567890123456
*Caj standard bagi SMS akan dikenakan untuk tambah nilai menggunakan operator telekomunikasi yang lain. - Apakah Tambah Nilai Yes yang boleh dibeli?
Tambah Nilai Yes adalah seperti berikut;Tambah Nilai Yes
Kredit Yes
Tempoh Sah Akaun
RM2 RM2 4 hari RM5 RM5 10 hari RM10* RM10 20 hari RM15 RM15 30 hari RM20 RM20 40 hari RM30* RM30 60 hari RM35 RM35 70 hari RM40 RM40 80 hari RM50 RM50 100 hari RM100 RM100 200 hari *Bagi kad Tambah Nilai adalah hanya untuk RM10 dan RM30.
- Adakah terdapat tarikh luput untuk Kad Tambah Nilai?
Ya. Tarikh luput dicetak pada Kad Tambah Nilai. - Apakah yang akan berlaku pada baki kredit saya setelah saya membuat tambah nilai baru?
Tambah nilai baru anda akan ditambahkan ke baki kredit anda yang sedia ada.
Contoh: Sekiranya anda mempunyai baki RM20 dan anda menambah nilai RM20 lagi, baki baru pada akaun anda adalah RM40. - Bagaimanakah cara untuk saya menyemak baki setelah selesai proses menambah nilai? Adakah saya akan menerima notifikasi?
Ya, anda akan menerima notifikasi SMS.
Untuk menyemak baki anda, muat turun aplikasi MyYes dan log masuk dengan butiran anda. Sekiranya tambah nilai anda berjaya, anda akan dapat lihat jumlah tambah nilai tersebut dikreditkan ke dalam baki semasa akaun anda.Untuk menyemak baki Kredit Yes anda melalui SMS:
Taip BAL<ruang><nombor Yes anda> dan hantar ke 018 330 11111. - Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk kredit yang tidak dipakai pada Kad Tambah Nilai saya?
Tidak boleh, semua Kad Tambah Nilai tidak akan dikembalikan. Kredit yang telah dimasukkan ke dalam akaun Yes anda juga tidak akan dikembalikan. - Sekiranya kod pengaktifan tidak sah, bagaimanakah untuk saya mendapatkan bantuan?
Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di yescare@yes.my. - Bolehkah saya menambah nilai nombor Yes yang lain dengan menggunakan Kad Tambah Nilai?
Ya, boleh. Anda hanya perlu klik di sini dan masukkan ID Yes/ Nombor Telefon/ Nombor Akaun daripada akaun Yes yang anda ingin ditambah nilai bersama-sama dengan kod pengaktifan daripada Kad Tambah Nilai Yes anda. - Bolehkah saya membeli Tambahan untuk Data Prabayar menggunakan Kad Tambah Nilai?
Kad Tambah Nilai Yes pada masa ini hanya berfungsi untuk menambah nilai Kredit Yes sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan baki kredit anda untuk membeli Data Tambahan Prabayar di aplikasi MyYes. - Bolehkah saya menggunakan Kad Tambah Nilai untuk menambah nilai melalui SMS?
Ya, boleh.