Pembayaran melalui Saluran Perbankan – JomPAY
- Apakah JomPAY?
JomPAY ialah inisiatif nasional, disokong oleh Bank, untuk membolehkan pembayaran bil dalam talian di seluruh Malaysia. Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) adalah pengendali JomPAY. - Adakah JomPAY PERCUMA?
Ya, JomPAY sememangnya PERCUMA untuk pelanggan yang membuat pembayaran bil. - Di manakah saya boleh menggunakan JomPAY?
JomPAY adalah tersedia untuk perkhidmatan Perbankan Internet & Mudah Alih daripada 42 bank di Malaysia. - Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?
Tiada pendaftaran diperlukan dengan JomPAY. Walau bagaimanapun, anda mesti mempunyai akses perkhidmatan Internet atau Perbankan Mudah Alih di salah satu daripada 42 bank. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi akses perkhidmatan Internet atau Perbankan Mudah Alih, sila hubungi bank pilihan anda. - Bagaimanakah cara untuk saya membayar menggunakan JomPAY?
Sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
Langkah 1 – Log masuk ke Internet atau Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih anda;
Langkah 2 – Pilih JomPAY dari menu Bayar Bil;
Langkah 3 – Masukkan Kod Pengebil (22376 untuk Yes), Rujukan-1 (Akaun Bil) dan jumlah pembayaran;
Langkah 4 – Sahkan maklumat dan sahkan transaksi.
Langkah 5 – No. Rujukan JomPAY yang unik akan diberikan apabila transaksi berjaya. - Berapa lama masa yang diambil untuk pembayaran saya diterima?
Pembayaran yang dibuat semasa hari bekerja, hujung minggu atau cuti umum hanya akan diterima pada hari bekerja yang berikutnya. - Apakah Kod Bil?
Kod Bil ialah nombor unik untuk mengenal pasti penerima pembayaran dari JomPAY. Kod Bil unik Yes ialah 22376. - Apakah Ref-1? Bagaimanakah untuk saya dapatkan?
Ref-1 adalah nombor akaun bagi bil Yes. Ref-1 dicetak di sebelah logo JomPAY pada penyata bil anda. Dapatkan dari logo JomPAY pada penyata bil anda. - Apakah Ref-2? Bagaimanakah untuk saya dapatkan?
Ref-2 adalah nombor talian. Ref-2 dicetak di sebelah logo JomPAY pada penyata bil anda. Dapatkan dari logo JomPAY pada penyata bil anda. - Bolehkah saya menggunakan JomPAY untuk membeli tambah nilai atau tambahan data untuk prabayar?
Anda hanya boleh membuat pembayaran bagi bil Pascabayar melalui JomPAY.