Pembayaran melalui AutoPay
- Apakah AutoPay?
Anda boleh membuat pembaharuan ke atas data tambahan Prabayar anda secara automatik apabila tempoh sah data tambahan tamat dengan menggunakan kad kredit/debit yang berdaftar. Dengan AutoPay, akan menyenangkan anda untuk membuat pembayaran dan juga kesukaran untuk mengingati tarikh tamat tempoh sah bagi data tambahan Prabayar anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya melanggan AutoPay?
Anda boleh melanggan AutoPay dengan mengikuti langkah-langkah ini dalam aplikasi MyYes:-
i) Log masuk ke aplikasi MyYes
ii) Klik pada “Profil”, simpan butiran kad kredit anda pada “Maklumat Pengebilan” dan “Urus Kad”;
iii) Klik “Beli Data Tambahan” pada skrin utama dan pilih pembayaran kad kredit/debit dan “Tambah Kad” untuk pembayaran melalui AutoPay;
iv) Klik “Sah” untuk melengkapkan pembayaran langgan AutoPay. - Bilakah AutoPay bagi data tambahan Prabayar saya akan bermula?
AutoPay bagi data tambahan Prabayar anda adalah berdasarkan pada tarikh tamat tempoh sah data tambahan Prabayar anda. Contoh: AutoPay bagi data tambahan Prabayar Kasi Up 7Days 10GB adalah dengan tempoh sah 7 hari, pembaharuan automatik ini adalah bagi setiap 7 hari, manakala data tambahan Prabayar Kasi Up 30Days 10GB datang dengan tempoh sah 30 hari, AutoPay adalah bagi setiap 30 hari. - Bolehkah saya menukar butiran kad kredit saya?
Ya, anda boleh menukar butiran kad kredit/debit anda melalui aplikasi MyYes dengan mengikut langkah-langkah berikut:-
(i) Klik “Profil” pada skrin utama aplikasi MyYes.
(ii) Klik “Maklumat Pengebilan”.
(iii) Di bawah tetapan pengebilan, klik “Urus Kad” untuk menukar butiran Kad Kredit/Debit anda. - Adakah AutoPay bagi data tambahan Prabayar akan berlaku secara secara automatik jika telah habis menggunakan data Internet sebelum data tambahan saya tamat Tempoh Sah?
Tidak, AutoPay bagi data tambahan Prabayar anda hanya akan bermula selepas tempoh sah bagi data tambahan Prabayar semasa anda telah tamat. - Bagaimanakah saya boleh membatalkan perkhidmatan AutoPay saya?
Anda boleh berhenti melanggan melalui aplikasi MyYes dengan mengikuti langkah berikut;
(i) Klik “Profil” pada skrin utama aplikasi MyYes;
(ii) Klik “Maklumat Pengebilan”;
(iii) Di bawah tetapan pengebilan, klik “Urus Kad” untuk memadamkan butiran kad kredit/debit anda untuk pembatalan. - Bolehkah saya menggunakan kad kredit/debit pihak ketiga untuk melanggan AutoPay?
Ya, dengan syarat pemilik kad kredit/debit bersetuju dan memberikan kebenaran untuk melanggan AutoPay. - Saya adalah pelanggan pascabayar, bagaimana unt.uk melanggan pada pemotongan bil secara automatik (Auto Billing)?
Bagi pelanggan pascabayar, anda boleh membuat pemotongan automatik (Auto Billing) dan nikmati rebat 2% sehingga RM5 pada bil bulanan anda, melalui aplikasi MyYes dengan mengikuti langkah-langkah berikut:-
(i) Pada skrin utama aplikasi MyYes, Klik “Bayar Bil”.
(ii) Pilih kaedah pembayaran dan simpan butiran kad kredit/debit bagi penolakan automatik;
(iii) Klik “Bayar Sekarang” dan langganan “Auto Billing” akan bermula.