- Apakah Tambah Nilai Secara Automatik (Auto Reload)?
Anda boleh membuat pembaharuan ke atas tambah nilai Prabayar anda secara automatik pada penghujung tempoh sah akaun menggunakan kad kredit/debit berdaftar. Dengan Auto Reload, akan menyenangkan anda untuk membuat pembayaran dan juga kesukaran untuk mengingati tarikh tamat tempoh sah bagi akaun Prabayar anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Tambah Nilai Secara Automatik (Auto Reload)?
Anda boleh melanggan Auto Reload dengan mengikuti langkah-langkah ini dalam aplikasi MyYes:- i. Log masuk ke aplikasi MyYes;
ii. Pergi ke “Profil”, kemudian pilih “Maklumat Pengebilan” dan “Urus Reload Secara Automatik” di bawah Tetapan Pengebilan.
iii. Klik “Urus Reload Secara Automatik”, aktifkan Reload secara Automatik dan tambah butiran kad anda.
iv. Pilih “Nilai Reload” dan pilih hari Reload, dan klik “Langganan” untuk Tambah Nilai secara Automatik. - Bilakah Tambah Nilai Secara Automatik (Auto Reload) Prabayar saya akan bermula?
Tambah Nilai Prabayar anda akan bermula pada tarikh tambah nilai yang dipilih semasa langganan bagi tambah nilai secara automatik. - Bolehkah saya menukar butiran kad kredit saya?
Ya, anda boleh menukar butiran kad kredit/debit anda melalui aplikasi MyYes dengan mengikut langkah-langkah berikut:-
i. Klik “Profil” pada skrin utama aplikasi MyYes;
ii. Klik “Maklumat Pengebilan”;
iii. Di bawah Tetapan Bil, klik “Urus Kad” untuk menukar butiran kad kredit/debit anda. - Adakah Tambah Nilai Secara Automatik Prabayar saya akan berlaku secara automatik jika jika telah habis menggunakan Kredit Yes saya sebelum tamat tempoh sah akaun?
Tidak, Tambah Nilai Secara Automatik Prabayar anda adalah mengikut tarikh tambah nilai yang dipilih semasa langganan bagi tambah nilai secara automatik. - Bagaimanakah saya boleh membatalkan perkhidmatan Tambah Nilai Secara Automatik (Auto Reload)?
Anda boleh berhenti melanggan melalui aplikasi MyYes dengan mengikuti langkah berikut:-
i. Klik “Profil” pada skrin utama aplikasi MyYes;
ii. Klik “Maklumat Pengebilan”;
iii. Di bawah tetapan pengebilan, klik “Urus Kad” untuk memadamkan butiran kad kredit/debit anda untuk pembatalan. - Bolehkah saya menggunakan kad kredit/debit pihak ketiga untuk melanggan Tambah Nilai Secara Automatik (Auto Reload)?
Ya, dengan syarat pemilik kad kredit/debit bersetuju dan memberikan kebenaran untuk melanggan Tambah Nilai Secara Automatik (Auto Reload).