- Siapakah hyang layak untuk menyertai PrApakah itu ‘Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM 7GB Yes untuk Institusi Pelajaran Tinggi bagi Tujuan Pembelajaran dari Rumah’ (“Program IHL LFH”)?
Program IHL LFH ini adalah satu program yang membolehkan Kakitangan dan Pelajar dari Institusi Pelajaran Tinggi terpilih yang mengambil bahagian untuk belajar melalui platform digital. Sila rujuk laman web YTL Foundation di http://ytlfoundation.org/learnfromhomeuni untuk maklumat lanjut mengenai senarai Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang mengambil bahagian dalam Program ini. - Berapa lamakah tempoh Program IHL LFH ini?
Tempoh Program IHL LFH ini ialah bermula pada 16 September 2021, 12:00 pagi sehingga 30 September 2022, 11:59 malam. - Apakah yang terkandung dalam Bundel Program IHL LFH ini?
Ia adalah terdiri daripada:-
(a)Satu (1) Kad SIM Prabayar Yes PERCUMA berserta Nombor Mudah Alih Yes; dan
(b)7GB Data LTE PERCUMA untuk Tempoh Sah Perkhidmatan selama tiga puluh (30) hari setiap kitaran selama Tempoh Program (“Tempoh Sah Perkhidmatan”), tertakluk kepada Klausa 5.2, 5.3 dan 5.4 Terma dan Syarat Program IHL LFH. - Siapakah yang layak untuk memohon Program IHL LFH ini?
Kakitangan dan Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi terpilih adalah layak untuk menyertai Program IHL LFH ini. - Apakah dokumen sokongan untuk perlu dikemukakan oleh Pelanggan Yang Layak sebagai prasyarat untuk penyertaannya dalam Program IHL LFH ini?
Pelanggan yang Layak diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:–
(a) bagi warganegara Malaysia atau penduduk tetap, MyKad (atau MyPR atau MyTentera yang mana berkenaan) yang sah dikemukakan; atau
(b) bagi warga asing, Pasport Antarabangsa yang sah perlu dikemukakan; dan
(c) Kad pengenalan sah kakitangan dan pelajar yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat. - Bagaimanakah caranya untuk memohon Bundel Program IHL LFH ini?
Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat akan membekalkan Pautan URL kepada Pelanggan Yang Layak. Pelanggan yang Layak hendaklah mendaftarkan hasratnya melalui Pautan URL atau melalui Portal Atas Talian Yes di https://ytlfoundation.org/ dan memberikan maklumat yang diperlukan melalui borang talian yang tersedia di dalam Pautan URL tersebut sebelum atau pada 30 September 2022, 11:59p.m. Untuk penjelasan, Pelanggan yang Layak hendaklah mengesahkan alamat e-melnya sebagai sebahagian daripada pendaftarannya. - Apakah pengesahan yang diperlukan untuk peryertaan dalam Bundel Program IHL LFH ini?
Kami akan mengesahkan dokumen sokongan yang diberikan kepada kami untuk memastikan bahawa Pelanggan yang Layak memenuhi semua kriteria permohonan. Bagi permohonan dalam talian, jika Pelanggan yang Layak memenuhi kriteria permohonan, kami akan membuat penghantaran Kad SIM Prabayar Yes secara kurier melalui Ejen Penghantaran kami ke alamat Pelanggan Yang Layak yang dinyatakan pada borang dalam talian. Ejen Penghantaran akan mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan Yang Layak berdasarkan dokumen pengenalan diri Pelanggan Yang Layak, yang dikemukakan semasa penghantaran Kad SIM Prabayar Yes. Oleh itu, Pelanggan Yang Layak diminta untuk menyediakan dokumen pengenalan asalnya untuk pengesahan oleh Ejen Penghantaran semasa penghantaran Kad SIM Prabayar Yes. - Berapa banyak Bundel Program IHL LFH yang berhak dipohon dan didaftar oleh setiap Pelanggan Yang Layak?
Setiap Pelanggan Yang Layak berhak mendaftar satu (1) Bundel Program IHL LFH sahaja dengan syarat Pelanggan Yang Layak tidak boleh mempunyai jumlah lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan Yes. - Adakah terdapat sebarang tempoh sah Perkhimatan yang diberikan melalui Program IHL LFH ini?
Ya, akaun Prabayar Yes yang diberikan bawah Program IHL LFH ini mempunyai Tempoh Sah Perkhimatan Akaun selama tiga puluh (30) hari setiap kitaran di dalam Tempoh Program. - Bagaimanakah saya mengaktifkan Kad SIM Prabayar Yes selepas penerimaan SIM?
Untuk mengaktifkan Kad SIM:-Berhubung dengan Pelanggan Baru
(i) Muat turun aplikasi MyYes;
(ii) Pada laman log masuk, tekan “Pengguna Baru”;
(iii) Klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iv) Sebaik pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.Berhubung dengan Pelanggan Yes
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes;
(ii) Di bawah Akses Pantas, tekab butang “ktif SIM dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iii) Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Mestikah saya mengaktifkan Kad SIM sebaik sahaja menerima Kad SIM atau pada bila-bila masa?
Anda digalakkan untuk mengaktifkan Kad SIM anda dengan segera agar anda dapat menikmati Perkhidmatan yang disediakan. Setelah penyerahan Kad SIM kepada anda, anda perlu mengaktifkan Kad SIM dalam masa enam (6) bulan dari tarikh penghantaran Kad SIM, di mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Kad SIM anda untuk tidak dapat diaktifkan selepas tamat tempoh tersebut tiada penggantian Kad SIM akan diberikan. Kegagalan untuk mengaktifkan Kad SIM adalah melanggar Syarat Program IHL LFH ini dan memberikan hak segera kepada Yes untuk menamantkan akaun Perkhidmatan Pelanggan Yes tanpa notis. - Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan maklumat lanjut mengenai Program IHL LFH Bundle ini?
Anda boleh e-melkan soalan anda ke learnfromhome.uni@yes.my.