- Apakah itu ‘Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM 7GB Yes bagi Tujuan Pembelajaran dari Rumah’ (“Program LFH”)?
Program LFH terbuka kepada semua ibu bapa warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia (“Pelanggan Yang Layak”) untuk membolehkan anak-anak mereka mengakses sumber pembelajaran dalam talian, termasuklah Aplikasi Kuiz FrogPlay bagi tujuan pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. - Apakah tempoh Program LFH?
Program LFH ini bermula pada 16 September 2021, 12:00 pagi dan berterusan sehingga 30 September 2021, 11:59 malam. - Apakah yang terkandung di dalam Program LFH ini?
Ia adalah terdiri daripada:-
(a) Satu (1) Kad SIM Prabayar Yes PERCUMA berserta Nombor Mudah Alih Yes;
(b) 7GB Data LTE PERCUMA untuk Tempoh Sah Perkhidmatan selama tiga puluh (30) hari setiap kitaran selama Tempoh Kempen (“Tempoh Sah Perkhidmatan”). - Siapakah yang layak untuk menebus Program LFH Bundle ini?
Semua ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang mempunyai anak-anak sekolah (berumur kurang daripada 20 tahun yang masih bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia). Pelanggan Yang Layak hendaklah mempunyai MyKad yang sah (atauMyPR atau My Tentera, mana yang berkenaan dan Anak Pelanggan Yang Layak hendaklah mempunyai MyKad yang sah (atau sekiranya Anak Pelanggan Yang Sah berusia kurang dari dua belas (12) tahun dan/atau masih belum mempunyai MyKad, anak tersebut hendaklah mempunyai MyKid yang sah). - Bagaimana untuk menebus Program LFH Bundel ini?
Untuk menebus Program LFH Bundel ini, setiap Pelanggan Yang Layak hendaklah mendaftarkan minatnya melalui Yes Online Portal di https://ytlfoundation.org/ dengan memberikan maklumat penuh di dalam ruangan yang ditetapkan. - Adakah apa-apa pengesahan diperlukan untuk menyertai Program LFH Bundle ini?
Ya, pengesahan NRIC adalah diperlukan semasa pendaftaran. Anda boleh mendaftar melalui laman web Yes dengan memberikan maklumat penuh di dalam ruangan yang ditetapkan. - Berapa banyak Program LFH Bundel yang berhak didaftar oleh setiap Pelanggan yang Layak?
Setiap Pelanggan Yang Layak hanya berhak untuk mendaftar satu (1) anak untuk satu (1) Program LFH Bundle. Pelanggan Yang Layak tidak boleh mempunyai lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan Yes. - Adakah Akaun Prabayar Yes mempunyai Tempoh Sah Perkhimatan?
Ya, Akaun Prabayar Perkhidmatan Yes mempunyai Tempoh Sah Perkhimatan Akaun selama tiga puluh (30) hari untuk setiap Tempoh Sah Perkhidmatan di dalam Tempoh Kempen yang akan tamat pada 30 September 2022. Anda boleh membeli YES Reload untuk melanjutkan Akaun Prabayar Perkhidmatan Yes anda. - Bagaimanakah saya mengaktifkan Kad SIM Prabayar Yes selepas penerimaan SIM?
Untuk mengaktifkan Kad SIM:-Berhubung dengan Pelanggan Baru
(i) Muat turun aplikasi MyYes;
(ii) Pada laman log masuk, tekan “Pengguna Baru”;
(iii) Klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iv) Sebaik pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.Berhubung dengan Pelanggan Yes
(i) Log masuk ke aplikasi MyYes;
(ii) Di bawah Akses Pantas, tekan butang “aktif SIM dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iii) Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Mestikah saya mengaktifkan Kad SIM sebaik sahaja menerima Kad SIM atau pada bila-bila masa?
Anda digalakkan untuk mengaktifkan Kad SIM anda dengan segera agar anda dapat menikmati Perkhidmatan yang disediakan. Setelah penyerahan Kad SIM kepada anda, anda perlu mengaktifkan Kad SIM dalam masa enam (6) bulan dari tarikh penghantaran Kad SIM, jika tidak, Kad SIM anda tidak dapat diaktifkan selepas tamat tempoh tersebut tiada penggantian Kad SIM akan diberikan. Kegagalan untuk mengaktifkan Kad SIM adalah melanggar Syarat Promosi ini dan memberikan hak segera kepada Yes untuk menamantkan akaun Perkhidmatan Pelanggan Yes tanpa notis - Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan maklumat lanjut mengenai Program LFH Bundle ini?
Anda boleh emel kami di learnfromhome@yes.my